CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 4

Muhammad Akram Miliki 200 Koleksi Permainan Papan

[Copy link]
Post time 17-2-2017 01:03 PM | Show all posts |Read mode


Salah satu permainan koleksi Muhammad Akram, Survive - Escape from Atlantis.



Ahmad Syazwan dan Muhammad Akram sedang bermain dengan salah satu jenis permainan papan, Survive Escape From Atlantis.




Muhammad Akram bersama koleksi permainan papan kepunyaannya.


Saidina, Monopoli dan Jutaria mungkin tidak asing bagi remaja era 90-an namun permainan papan itu kini kian dilupakan seiring dengan peredaran zaman.


Malah, tidak ramai tahu bahawa komuniti ‘board gamers’ masih aktif dan salah seorangnya adalah Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz yang memiliki 200 koleksi permainan papan.


Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, koleksi permainan berkenaan dibeli sedikit demi sedikit sejak berumur 17 tahun menggunakan wang simpanan.


“Seperti remaja lain, saya juga gemar bermain bola sepak namun hobi itu agak klise terutama bagi budak lelaki.


“Kerana mahu mencari kelainan, saya mencuba hobi baru iaitu bermain permainan papan dan ternyata ia amat menyeronokkan.


“Minat itu kemudian bertukar menjadi hobi sehingga saya sanggup mengumpul wang bagi membelinya untuk bermain dengan rakan sebilik ketika di asrama,” katanya yang bekerja sebagai peguam sivil dan harta intelek.


Bercerita lanjut, Muhammad Akram berkata, sehingga kini, dia sudah membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi membeli semua koleksi permainan berkenaan.


Menurut Muhammad Akram, jumlah itu agak besar tetapi dia tidak menganggapnya sebagai satu pembaziran kerana minat dan yakin boleh menjualnya semula pada masa akan datang.


“Sebahagian koleksi dibeli dari kedai di sekitar Subang Jaya dan Wangsa Maju manakala selebihnya perlu ditempah terlebih dulu sementara menunggu stok tiba.


“Saya membelinya dengan harga antara RM60 hingga RM100 dan ada juga yang mencecah RM500 bagi satu set permainan.


“Ia bergantung kepada jenis dan kebiasaannya. Harga permainan keluaran terhad lebih mahal,” katanya yang mengumpul pelbagai koleksi permainan papan seperti 5 Pillars, Survive-Escape From Atlantis, Twilight Imperium, Pandemic, Acquire, Risk dan Cluedo.


Menurut Muhammad Akram, selain mendapat kepuasan, permainan papan membolehkannya berinteraksi lebih rapat dengan individu sekeliling terutama rakan sekerja dan kakitangan.


Oleh kerana itu, dia menjadikan permainan itu sebagai salah satu aktiviti wajib di pejabat bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka.


“Selalunya, saya akan mengajak rakan sekerja dan kakitangan bermain selepas waktu pejabat.


“Jika tidak sempat, kami akan bermain selepas solat Jumaat atau ketika berkumpul di rumah saya dan tempoh bermain mengikut jenis permainan.


“Menariknya, bukan saja rakan lelaki malah ada juga perempuan yang turut serta kerana permainan ini sesuai untuk semua golongan,” katanya.


Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Game lama. Da lama x main
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:09 PM | Show all posts
wow..bestnya..banyak tul koleksi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:47 PM | Show all posts
Rare ni. Hobi unik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh.. Salute kat mamat ni.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list