CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 5

[Tempatan] Peguam ditegur jadikan profession guaman jalan pantas untuk kaya - bekas hakim

[Copy link]
Post time 17-2-2017 04:05 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sikap tamak dikenal pasti menjadi punca standard pengamal undang-undang negara menurun terutama di Semenanjung Malaysia, kata bekas hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Ahmad.

Menurut beliau, terdapat peguam menganggap kerjaya mereka sebagai perniagaan yang mampu menjadikan mereka kaya dengan pantas.

Beliau yang bersara wajib semalam daripada jawatan pengerusi Lembaga Tatatertib Peguam cara, berkata ia mengecewakan apabila kerjaya peguam yang selama ini dianggap “profesion mulia” dijadikan jalan untuk mendapatkan kekayaan.

Beliau adalah hakim Mahkamah Rayuan semasa bersara daripada badan kehakiman pada Disember 2012.

Memberi contoh kes peguam yang juga merupakan pemberi pinjaman wang kepada pelanggan mereka dan dengan itu melakukan salah laku serius di bawah Akta Profesion Undang-Undang.

Beliau berkata, beberapa peguam menubuhkan pejabat serba lengkap hanya untuk menjadi proksi kepada orang lain dalam perusahaan perniagaan.

Beliau menasihatkan peguam muda dan mereka yang bakal menceburi kerjaya itu mendedahkan diri kepada pahit getir dan bekerja keras untuk menjadi pengamal undang-undang berwibawa.

“Jangan menjalani kehidupan dalam keselesaan kamar anda kerana ia hanya akan menjadikan anda hanya hebat pada namanya sahaja,” katanya.

Beliau juga berkata universiti menghasilkan terlalu banyak peguam dan graduan dengan standard berbeza-beza.

“Malah di institusi awam tempatan juga standardnya berbeza-beza,” katanya, sambil menambah kewujudan kolej dan universiti swasta memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata negara sepatutnya menghasilkan purata 200 hingga 250 graduan undang-undang setahun tetapi jumlah sekarang memburukkan lagi keadaan.

Universiti tempatan setiap tahun menghasilkan kira-kira 1,300 graduan undang-undang dan tambahan 200 lagi yang menceburi profesion selepas lulus Sijil Amalan Guaman (CLP).

Kebanyakan graduan tempatan dikecualikan daripada menduduki CLP.

Syed Ahmad berkata kerajaan perlu komitmen dengan mengeluarkan garis panduan dasar dan memeriksa sekolah undang-undang yang ibarat cendawan tumbuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 04:24 PM | Show all posts
"Beliau berkata, beberapa peguam menubuhkan pejabat serba lengkap hanya untuk menjadi proksi kepada orang lain dalam perusahaan perniagaan."


Statement di atas mmg berlaku pun. No doubt about it.

"Kerjaya peguam yang selama ini dianggap “profesion mulia”

Even though I was a lawyer, tak pernah sehari pun I rasa profession ini mulia. Perkataan mulia tu is too overrated dgn kerjaya ini.

"Universiti tempatan setiap tahun menghasilkan kira-kira 1,300 graduan undang-undang dan tambahan 200 lagi yang menceburi profesion selepas lulus Sijil Amalan Guaman (CLP)."

Seriously, university tempatan setiap tahun hasilkan 1300 je graduan undang-undang? Macam tak logik je statistik ni. Bersepah kot graduan undang-undang dari universiti tempatan. Kalau yg ambil CLP  waktu zaman I pun dan banyak apatah lagi graduan undang-undang dari universiti tempatan mestilah lagi banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:30 PM | Show all posts
Setahu saya, lawyer fees ni dah ada jadual dia, kan? Still x ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:39 PM | Show all posts
peguam pun dah oversupply ke?

negara pasir berdengung buat tabung pelajaran , kolej swasta make money over the bridge dengan tabung pelajaran.. yang jadi mangsa student2 yang tak layak ambil course  sanggup golok gadai untuk graduate..

bila tak dapat kerja menganggur..

dalam cycle ini yang buat duit kolej swasta.. yang weols confirm grad je kena bayar hutang..
apa kak nak sampaikan banyak course dah oversupply..

be creative be the best..   survival mode......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:37 PM | Show all posts
Sume kerjaya profesional loyar,doc, engineer

dah overated

so lepasan2 spm sila ambil kos2 lain

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076715 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list