CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3649|Reply: 77

[Tempatan] Kanak-kanak, dua tahun terkunci dalam kereta tengah hari tadi

[Copy link]
Post time 17-2-2017 04:24 PM | Show all posts |Read mode
NILAI - Sepasukan anggota bomba bertindak pantas menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun daripada lemas akibat terperangkap dalam kereta milik bapanya di garaj sebuah rumah teres satu tingkat di Bandar Enstek di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota bomba terbabit bertindak memecahkan salah satu tingkap kereta tersebut apabila mendapati kanak-kanak berkenaan berada dalam keadaan lemah selepas lebih setengah jam terperangkap dalam kereta berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Fauzi Shamir berkata, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap dalam kereta jenis Naza Bestari tersebut kerana dia mengunci pintu kenderaan terbabit dari dalam sewaktu ketiadaan bapanya.

"Kami menerima panggilan kecemasan daripada bapanya pada pukul 11.40 pagi dan seramai sembilan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama sebuah jentera dikerahkan memberi bantuan.

"Apabila kami sampai 20 minit kemudian, kanak-kanak itu sudah tidak bermaya. Matanya kuyu dan kelihatan lemah. Kami meminta izin bapanya untuk memecahkan tingkap penumpang belakang bagi mengeluarkan kanak-kanak itu dan memberinya minuman supaya kembali segar," katanya kepada Kosmo! hari ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 04:28 PM | Show all posts
awat bapa dia bingai sgt, takkan nk pecahkan tingkappun tak pandai?...
kunci takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:29 PM | Show all posts
Org Malaysia ni selagi tak kena dekat batang hidung sendiri selagi tu dorg takkan belajar daripada kesilapan kes-kes org lain.

Bodohnya biarkan anak usia dua tahun dalam kereta berseorangan tanpa pengawasan org dewasa? Apa jenis ayahlah. Beranak pandai, jaga anak bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:30 PM | Show all posts
alahai bapak pun, takkan itu pun nak panggil bomba
sanggup tu biar anak terkurung lama2
pecahkan sendiri jelah cermin tu

kami pun pernah pecahkan cermin sbb tertinggal kunci kat dlm
tu kunci je tinggal, bkn anak pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:32 PM | Show all posts
tu la pentingnya ada spare keys..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:33 PM | Show all posts
Haiyaaa, tak ada spare key di rumah ke?

Kos duplicate kunci lebih murah berbanding gantikan cermin kereta yang pecah.

Xpelah. Nyawa adik ni lebih penting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 04:36 PM | Show all posts
boleh guna taktik jolok pembaris besi kat tingkap kalau kereta lama...
kalau kereta baru boleh tarik kabel boot depan di area atas tayar depan kanan...bila boot depan terbuka, cabut bateri dan kunci akan terbuka dgn sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:37 PM | Show all posts
Aduhaii nasib baik tak melayang nyawa budak tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 04:39 PM | Show all posts
bapa dia tinggalkan anak dalam kereta and masuk rumah or adik ni sendiri masuk kereta yang tak berkunci then kunci dari dalam?

whatever it is..perlu ke tunggu bomba? i would break the cermin kereta immediately
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 17-2-2017 04:33 PM
Haiyaaa, tak ada spare key di rumah ke?

Kos duplicate kunci lebih murah berban ...

Aku ada spare key...tapi aku letak dlm keta....

Mengong kan aku.....


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:45 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 17-2-2017 04:43 PM
Aku ada spare key...tapi aku letak dlm keta....

Mengong kan aku.....

Simpan satu anak kunci dalam dompet. Juga letakkan satu anak kunci di rumah. Letak di tempat yang ahli keluarga senang nak capai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bapak dia xpecahkan je tingkap tu bawak anak dia keluar? Kenapa sampai nak kena panggil bomba dtg tolong??   Takkanla dia ingat if Bomba dtg selamat Bomba ada cara utk selamatkam anak dia tanpa perlu pecahkan tingkap keta dia??  Sayang keta lebih drpd anak ke:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku dulu memang tak percaya bapak ank aku jaga ank aku.....

Klu dia cuti pun, aku suruh hantar ke pengasuh....kang dia membuta ke...tak pasal pasal ank masuk bilik air ke ..ank turun tangga ke...main kat dapur ke dia takkn sedar...


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:53 PM | Show all posts
mungkin bapak dia sayang nk pecahkn cermin kereta, call bomba mana tahu bomba ada cara lain. skali bomba datang terus pecahkn cermin kereta. terkedu bapaknya. kalau dari awal buat camtu tak payah susah2 panggil bomba. bomba datang berlumba2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:53 PM | Show all posts
Nasib tak melayang nyawa budak ni. 20 minit tu tunggu bomba, sepanjang 20 minit tu tak boleh ke bapanya pecahkan sendiri tingkap?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:58 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 17-2-2017 04:53 PM
Nasib tak melayang nyawa budak ni. 20 minit tu tunggu bomba, sepanjang 20 minit tu tak boleh ke bapa ...

bapaknya fenik kot
terbygkn mcm ucop wilcha berlari2 dlm filem hantu kak limah
"tolong...tolong..."
sambil lari keliling kete





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 05:01 PM | Show all posts
bodow punya bapak, menyusahkan bomba jer.
nak pecah cermin pun nak panggil bomba.
dah la sengal tak simpan kunci spare kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 05:05 PM | Show all posts
Agaknya masa kejadian si bapa baru nak buka pintu rumah lepas balik dari memana. Anak plak dibiarkan seketika dalam kereta. sekali budak tu pi kunci pintu kereta daaaa...nak bergurau gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik bapak..kalau mak tadi mmg dah kena maki mak mak satu malaysia leka lah..lalai lah...nganga lah....

Ada gak bapak hauk...potong 3 yg dlm seluo tu campak dlm longkang ye...:::
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa nya lembam ke apa? Sanggup tunggu anak mampus dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.739802 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list