Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1086
View
22
Reply

[Tempatan] Siti Kassim - Malaysia Negara Sekular, Asalnya Hindu

[Copy link]

Author: al-dajal       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-2-2017 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia Negara Sekular, Asalnya HinduBy admin - February 17, 2017



Kuala Lumpur: Malaysia adalah sebuah Negara sekular dan bukannya Negara Islam kerana tidak menjalankan sepenuhnya undang-undang  Islam, itu antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Peguam yang juga Aktivis Bebas, Siti Kassim.

Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa Malaysia adalah Negara yang mengamalkan Islam, itu tidak tepat disebabkan perlembagaan kita masih mempunyai Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Bagaimanapun tidak dinafikan negara Malaysia masih menjalankan beberapa undang-undang syariah mengikut landasan tetapi ianya terhad Jadi bagaimana kita mahu mengatakan yang Malaysia merupakan sebuah Negara Islam?katanya.

Ditanya mengenai bagaimana  sejarah yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam kerana  terdapat Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama, Siti Kassim mengakui yang beliau sememangnya tidak tahu mengenai sejarah itu.

Tetapi menurutnya, Malaysia mempunyai perlembagaan yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan sekularisme walaupun Raja-Raja atau Sultan diberikan kuasa sebagai ketua agama.

Islam itu muncul setelah kehadiran saudagar Islam yang berdagang di sini kemudian barulah masyarakat memeluk agama Islam tetapi ketika itu negara belum ada perlembagaan lagi,katanya.

Apa yang saya tahu, sejarah negara ini bermula dengan fahaman Hinduisme dan sebelum itu saya tak pasti adakah ini Negara Islam, yang pasti negara kita bermula selepas kemerdekaan pada tahun 1957.

Kenyataan yang mengambarkan BEBAS menyebarkan pemikiran liberal di kalangan umat Islam menjadikan ajaran sesat sukar dibendung disanggah oleh Siti Kassim yang mempersoalkan bagaimana pihak-pihak tertentu menyatakan liberal itu sesat sedangkan Islam itu sendiri adalah liberal?.

Menurutnya, jika mengikut pandangan minda yang tertutup sudah pasti mereka akan mengatakan liberal itu sesat sedangkan Islam sebenar tidak mengongkong, tidak membandingkan seperti dilabel golongan fasiq.

Sebenarnya liberal yang dikecam Pas sebagai sesat itu, bukanlah sebuah ajaran atau sebuah agama, liberal sendiri adalah perkataan dan perkara yang baik, kewujudan liberal adalah untuk seluruh manusia di dunia mempraktikkannya dan bersifat universal.

Beliau turut menyelar dakwaan beberapa pihak menyatakan pendirian BEBAS jelas berhasrat ingin membiarkan umat Islam bergelumang di dalam noda dan dosa seperti zina, khalwat dan lain-lain tanpa apa-apa bentuk tindakan atau pencegahan.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempromosikan maksiat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kita lihat sendiri negeri Kelantan yang mendapat jolokkan serambi mekah, tetapi negeri merekalah yang paling ramai membuat maksiat.

Jangan tanya saya apabila kami mempraktikkan Human Nature iaitu perkara yang dinisbahkan kepada Islam Liberal, sehingga membolehkan pihak-pihak tertentu menimbulkan kontroversi dengan pelbagai tomahan.

Sebenarnya tidak semestinya orang yang tidak mengambarkan kehidupan secara Islamik itu tidak bermoral dan boleh dipandang rendah,katanya.

Menurutnya, moral itu datang dari diri dan naluri,  perkara ini adalah fahaman bersifat universal sekalipun  mereka tidak mempunyai agama seperti di negara kafir tetapi mereka lebih mempraktikkan Islam daripada Negara Islam sendiri.

Katanya, Pas bukanlah hendak laksanakan hudud melalui usul RUU 355 dan perkara itu memang sudah sah, tetapi Hadi di lihat  membuka jalan untuk mengimplimentasikan akta hudud mereka.

Kata beliau, sebenarnya enekmen akta hudud di Kelantan atau di Terengganu bukanlah sepenuhnya Islamik walaupun mereka mengambilnya dari Al Quran.

Jadi inilah masalahnya, perlaksanaan hukum seperti rejam batu, potong tangan dan pancung  sebenarnya bukan hudud tetapi hukum yang ditiru dari budaya orang Arab.

Saya juga senada berhubung mahkamah sivil kerana hukuman gantung dan bunuh itu dianggap terlalu kejam, katakan orang yang digantung itu tidak bersalah dan sudahpun digantung, adakah boleh dihidupkan semula orang yang sudah mati itu.

Apakah dengan meningkatkan hukuman, seorang pesalah itu akan terus berubah, sebenarnya tidak boleh, kita tidak boleh mengajar orang dengar cara memaksa,katanya.

Menurut beliau, cara Islam yang diajar di Malaysia sudah terpesong begitu jauh sekali, Islam sepatutnya diajar dengan lebih lembut.

Tohmahan yang mengatakan BEBAS tidak layak bercakap tentang agama kerana tidak mempunyai ilmu dan berpemikiran liberal mendapat reaksi beliau dengan menyatakan tidak seorang pun dapat meneka sejauh mana tahap pengetahuan seseorang itu.

Katanya, adakah hanya kerana dia memakai serban atau digelar ustaz dan ustazah sahaja yang layak bercakap mengenai soal agama Islam dan tidak semestinya orang itu bertudung labuh membolehkan dia berhak untuk bercakap daripada orang yang tidak bertudung.

Menurutnya,  ada juga orang yang tidak mempunyai ciri-ciri Islamik  tetapi lebih bermoral dan mempunyai pandangan dan ilmu pengetahuan mengenai Al Quran lebih baik dan mendalam.

Sebenarnya ulamaklah yang paling banyak kaki tipu dan paling banyak masuk neraka, jelas ini adalah hudud Pas bukan hudud Allah,katanya.

Read more at: https://www.menara.my/malaysia-negara-sekular-asalnya-hindu/
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ayo..sejarah pun tak tahu...
lagi mau cakap bnyk...
cakap merapu..tiada fakta....cam ni ke peguam...
oh ye..peguam..hanya suka buat andaian saja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pookey la statement ko... takat jumpa Candi kat Lembah Bujang terus tag Tanah Melayu ni asal hindu?? Tuh Batu Bersurat kat Terengganu tuh hapa...  Tak setuju ngan PAS  carry on la...tapi tak payah la nak tag negara ni asal hindu la...apa la..hakkk tuihhh! punya statement..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:23 PM | Show all posts
Dia lupa kot, sebelum hindu masuk, masyarakat tanah malaya ni adalah penyembah tegar pokok chengal. Dalam porem ni ada sorang. Kira saki baki leluhur laa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-2-2017 11:24 PM | Show all posts
PristineOne replied at 17-2-2017 03:21 PM
Pookey la statement ko... takat jumpa Candi kat Lembah Bujang terus tag Tanah Melayu ni asal hindu?? ...

candi lembah bujang tu dah wujud sebelum nabi ko dilahirkan  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:29 PM | Show all posts
Cer tunjuk hudud allah tu cemane??
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
al-dajal replied at 17-2-2017 11:24 PM
candi lembah bujang tu dah wujud sebelum nabi ko dilahirkan

Patung berhala pun wujud zaman Raja Namrud kat Tanah Arab masa zaman Ibrahim A.S.... Ada ker statement tagging kata Arab Saudi tu negara asal Penyembah Berhala???      

Nak liberal....sekular pun lantak pi laa... tak payah nak tag kater Tanah Melayu asal Hindu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
al-dajal replied at 17-2-2017 11:24 PM
candi lembah bujang tu dah wujud sebelum nabi ko dilahirkan

Batu bersurat tu pun dah wujud sebelum moyang ko lahir dude   
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-2-2017 11:37 PM | Show all posts
PristineOne replied at 17-2-2017 03:30 PM
Patung berhala pun wujud zaman Raja Namrud kat Tanah Arab masa zaman Ibrahim A.S.... Ada ker state ...

tau takpe....... asalnya agama zoroastrian.... sembah api...  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-2-2017 11:38 PM | Show all posts
PristineOne replied at 17-2-2017 03:31 PM
Batu bersurat tu pun dah wujud sebelum moyang ko lahir dude

moyang yg mana?   
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan aper.... sekadar tiamo dikatakan leluhur asal pikul kavadi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2017 12:08 AM | Show all posts
PristineOne replied at 17-2-2017 04:01 PM
Bukan aper.... sekadar tiamo dikatakan leluhur asal pikul kavadi

tahukah anda bhw aktiviti masa lapang moyang anda adalah berburu babi hutan dgn org asli?   


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
al-dajal replied at 18-2-2017 12:08 AM
tahukah anda bhw aktiviti masa lapang moyang anda adalah berburu babi hutan dgn org asli?   

...


Errr tak tahu....mungkin moyang anda         ..... gigih tempek gambo.. anda cuba mengenang hasil perburuan moyang anda??   
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sokong siti kasim
walaupun rupamu mcm. jembalang,  tp hatimu. mcm. malaikat
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:19 AM | Show all posts
sekngucing replied at 18-2-2017 12:59 AM
sokong siti kasim
walaupun rupamu mcm. jembalang,  tp hatimu. mcm. malaikat
hahahahahampes

gen2 dah keluar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2017 01:35 AM | Show all posts
PristineOne replied at 17-2-2017 04:11 PM
Errr tak tahu....mungkin moyang anda         ..... gigih tempek gambo.. anda ...




Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:38 AM | Show all posts
"Raja-Raja atau Sultan diberikan kuasa sebagai ketua agama."

Selepas membaca statement di atas, I terus berhenti membaca. Muntah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambut dia lawa, macam minah saleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 02:03 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2017 01:19 AM
hahahahahampes

gen2 dah keluar

YEP. LAMA TAK AKTIF
harini start memburu balik

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 02:07 AM | Show all posts
sekngucing replied at 18-2-2017 02:03 AM
YEP. LAMA TAK AKTIF
harini start memburu balik
jangan la laju sangat yer

ni tak yah reply O.T
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dody_farid replied at 18-2-2017 01:50 AM
Rambut dia lawa, macam minah saleh

tergelak aku baca statement ko!    
mesti dia pun byk mix...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 06:53 AM | Show all posts
siti kassim bongok.......candi itu didapati tiada ciri ciri hindu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.075946s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list