CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Changa

[Tempatan] Pastor Kena Abduct Oleh Men In Black Dah 5 Hari Tanpa Khabar Berita

[Copy link]
Post time 7-4-2017 04:46 PM | Show all posts
juliez replied at 7-4-2017 08:10 AM
@Changa @WhiskeyScotch

Tadi i cikcur dkt twitter nmpk org twit pasal pastor2 yg hilang ni. So i ...

Juliez, baca points yang I highlight tu. Keyword dia ancaman ekstremis dan Pertubuhan Hope ini menjalankan sesuatu yang meragukan.



Kehilangan aktivis NGO Perlis Hope, Amri Che Hat, yang telah masuk dua minggu dibimbangi mempunyai unsur-unsur jenayah terhadap beliau.

Menurut jurucakap keluarganya, Mohammad Faisol Abdul Rahman, petang semalam isteri Amri, Norhayati binti Mohd Ariffin, telah membuat laporkan polis buat kali kedua tentang kehilangan beliau sejak Jumaat, 24 November 2016.

Laporan polis kali kedua dilakukan setelah kehilangannya masih belum mendapat apa-apa petunjuk daripada pihak polis, kata Faisol.

Menurut Faisol dalam kenyataan itu, setelah membuat laporan polis kali pertama 24 November lepas, terdapat beberapa petunjuk dari saksi yang membuatkan pihak keluarga mengesyaki terdapat unsur jenayah khianat yang telah dirancang rapi ke atas Amri.

"Pihak keluarga mengesyaki bahawa kejadian kehilangan ini ada hubung kait dengan laporan media yang tersiar di dalam media akhbar dan media sosial sebelum kejadian.

"Ini kerana aktiviti Amri dalam Perlis Hope dikaitkan dengan ancaman ekstrimis oleh pihak-pihak tertentu termasuk pihak politik walhal hakikatnya beliau adalah hanya seorang aktivis sosial dan kebajikan yang memperjuangkan nasib asnaf, anak yatim dan ibu tunggal," katanya.

Kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan juga, katanya, telah menyebabkan ramai pihak menyanjung dan memuji kerja kebajikan yang beliau lakukan dan ada juga pihak yang kurang senang serta iri hati apabila kalangan rakyat Perlis sendiri turut menyokong beliau.

"Kenyataan dari pihak tertentu dan politik ini mungkin membuka peluang mewujudkan ancaman terhadap beliau," tambahnya.

Pihak keluarga juga, katanya, mendapati pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan kes ini samada dari segi mangsa, keselamatan keluarga dan kediaman serta kawalan di sempadan.

Justeru itu, katanya, pihak keluarga melalui kenyataan media ini mengharapkan media dapat menyiarkannya sebagai suatu proses untuk menuntut agar pihak polis negeri Perlis dan pihak polis Bukit Aman serta Kementerian Dalam Negeri lebih serius menyelesaikan kes.

Ini kerana pihak keluarga yakin kehilangan ini bukan berpunca dari faktor pelaburan Forex seperti dinyatakan oleh Ketua Polis Negeri Perlis yang diwar-warkan oleh media massa.

"Kami amat berterima kasih kepada pihak media yang sudi melaporkan tentang perkara ini dan jika ada sebarang pertanyaan, pihak media bolehlah menghubungi saya sebagai jurucakap keluarga Amri melalui nombor telefon seperti yang tertera di bawah ini," katanya sambil memberikan nombor telefonnya 013-4899717.

Sementara itu, antara pihak yang didapati tidak senang dengan Perlis Hope adalah Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainol Abidin.

Dalam satu kenyataannya, Dr Maza menasihati rakyat Perlis agar berhati-hati dengan Perlis Hope kerana ada banyak perkara yang meragukan.

"Pihak Jabatan Mufti, JAIPs dan Keselamatan akan menjalankan siasatan seterusnya," tulis Dr Maza di facebooknya.

NGO Perlis Hope banyak membantu rakyat Perlis termasuk membina rumah untuk mereka.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053014 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list