CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7057|Reply: 60

[Tempatan] Ah Beng drive kereta, berhenti nak berak, akhirnya kena pijak gajah

[Copy link]
Post time 18-2-2017 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 18-2-2017 07:44 PM


Ah Beng berak tepi jalan

Tragedi perut 'meragam'
Sabtu, 18 Februari 2017 @ 1:37 PM

Taiping: Lelaki dan wanita cedera diserang gajah di Kilometer 20, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Rancangan Penempatan Semula Banun, Gerik, dekat sini.

Mangsa, Poh Keat Chye , 46, patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman dipercayai akibat dipijak gajah, dalam kejadian 5.30 petang.

Rakan niaganya, Edris Suparti, 40, juga patah tulang rusuk dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan haiwan itu.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Taiping dan dilaporkan dalam  keadaan stabil.

Robert Poh, 60, iaitu abang Keat Chye, berkata adiknya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air besar manakala rakan niaganya menunggu di luar kenderaan.

"Adik saya berjalan kira-kira 20 meter ke kawasan hutan di tepi jalan itu sebelum terlihat satu objek besar warna kelabu yang disangkakan batu, sebelum ia bergerak dan adik saya mula sedar ia adalah gajah.

"Gajah berkenaan kemudian menolak adik saya menggunakan belalai hingga jatuh dan memijak bahagian kiri belakang badan adik," kataya ketika ditemui di Hospital Taiping, di sini, hari ini.

Menurutnya, rakan adiknya yang terkejut melihat keadaan itu cuba lari namun terjatuh dan mengalami turut patah tiga tulang rusuk.

“Dalam kesakitan, rakan adik saya itu kemudian memandu kereta ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 07:14 PM | Show all posts
huaaaaaaaaaaaaaaa..gajah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:22 PM | Show all posts
Saya pernah terserempak gajah tahun 2011...
waktu dlm pkl 1 tghari...gajah relax je melintas jalan dan terus makan pucuk pokok..
Bas brek mengejut...nasib baik semua kereta lain pun sempat brek in time...
Gajah tu buat tak heran pun dengan semua kenderaan yang berhenti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan2 mcm ni hati2 ler
Mereka2 raja2 ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang engkau berak depan dia tu dah kenapa memang la pakcik tu marah dia sondolnya ko
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klako plak membaca

Sesuka ati ekau je memerot depan gajah..walau mata gajah tu sebesar biji getah tapi dia x rabun hokeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape punca gajah tu berang? I mean kesian jugakla nak mengqada hajat di hutan...kalau boleh jgn buat lagu tu sbb  tak bersih , cari toilet lain kali. Jauh ke kawasan pekan fr tempat kejadian?

I guess lain kali masuk  hutan bawa sugar cane bebanyak may be? Gajah jumpa bagi je mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la pergi berak kat kawasan gajah......lenkali berak kat toilet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadisnyer berita ni.. tp kelakar....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Poh keat tiang ni nak gi berak.. Awat member dia yg tunggu pun patah riuk gak.. Ke tunggu dekat ngan kawasan berak atau org tu nak berak dkt dgn keter...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata, kalu nak lalu jalan ni, jangan sebut2 pasal dia...nanti ketemu la..
Iols pernah dulu nk gi kenduri kat kelantan, gerak lepas kerja.
Mulut bacul, teringin nk jumpa gajah..
Dan rezeki malam tu, memang kami jumpa, mereka tengah lepak atas jalan. Nasib baik mereka block sebelah jalan je. Kalau block satu jalan, kami pun sama2 la tido tengah jln tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gajah ni jgn ckp besar je. kalao cakap besar siap la
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:21 PM | Show all posts
kalau jumpa gajah kena kejar jangan lari straight.. sila lari bengkang bengkok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
At least si ah beng blh berlagak kat kawan die kata aku kena pijak gajah masih hidup patah tulang rusuk ....tapi kwn die tu lari lintang pukang smpai jatuh n patah tulang rusuk..kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:24 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-2-2017 07:46 PM
Ape punca gajah tu berang? I mean kesian jugakla nak mengqada hajat di hutan...kalau boleh jgn buat  ...

ada petronas dekat jambatan pulau banding tu.. sebab kawasan situ seram.. jd buang hajat tepi jalan xseram sedikit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:20 PM | Show all posts
Ekceli, aku agak saspisyes dengan citer berak dia dan rakan yang lain.
Rakan dia akan lari dari gajah, secara logiknya jika rakan tu berdiri bersebelahan dengan ah beng ni.


Korang berdua-duaan dalam hutan ker hape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp aku bc cerita nurse yg terima pt ni mcm lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah basuh berak tak ah beng?


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:34 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 18-2-2017 09:29 PM
Dah basuh berak tak ah beng?

Biasanya nurse yang akan lapkan kasi bersih. Mulia sungguh kerja nurse.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-2-2017 09:34 PM
Biasanya nurse yang akan lapkan kasi bersih. Mulia sungguh kerja nurse.

Tu lahhh...aku kagum dgn nurse,  attendant hospital. & cleaner ni semua...

Tak semua org blh buat mcm tu kannn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.409340 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list