Edited by tupaiterbang at 18-2-2017 08:48 PM
3 lelaki gadai nyawa selamatkan najis ‘pening’ di lebuh raya
Mereka cuba membawa najis itu ke tepi lebuh raya tetapi gagal apabila ia bertindak menggigit sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 5km.
PETALING JAYA: Tiga lelaki Melayu, Cina dan India bertindak nekad walaupun terpaksa berhadapan risiko dilanggar kenderaan demi menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap di tengah-tengah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Menurut seorang daripada “penyelamat” berani, Anas Saiful Azhar, 36, anjing itu kelihatan seperti “pening” dan tidak tahu ke mana arah tujuan. Beliau bersama 2 lagi pengguna jalan raya yang kebetulan lalu, mengalami kesukaran membawa anjing ke tepi jalan apabila binatang itu beberapa kali bertindak mengigit apabila disentuh. “Semasa saya dalam perjalanan kira-kira jam 10.30 pagi dari Damansara menuju ke Kelana Jaya, saya nampak seorang ‘brother’ Cina sedang menyelamatkan anjing dan berhenti membantunya sebelum seorang lagi lelaki India berhenti membantu. “Kami bertiga cuba memujuk anjing itu dan membawanya ke tepi dengan memegang kepalanya tetapi gagal apabila saya dan 2 yang lain digigit beberapa kali anjing tersebut kerana tidak mahu bergerak seolah-olah mahu kereta melanggarnya. Kami rasa anjing itu ‘pening’ dan tidak tahu nak ke mana,” katanya ketika ditemui FMT di tempat kejadian. Ketika ditanya, sama ada beliau terfikir mengenai larangan agama memegang anjing, Anas berkata dalam situasi tersebut beliau berpendapat ia melangkaui soal halal dan haram. Beliau yakin usaha menyelamatkan nyawa manusia dan seekor binatang lebih penting. “Dalam situasi tersebut saya hanya berfikir cara menyelamatkan 2 nyawa. Pertama, nyawa anjing yang terperangkap di tengah lebuh raya; ke-2, nyawa manusia yang melalui kawasan tersebut dan bagi saya itu kerja paling mulia,” katanya. “Di samping itu juga, saya dapat lihat muafakat pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India terjalin dan harap ia boleh dijadikan contoh kepada orang ramai di mana perlunya kerjasama untuk menyelamatkan nyawa tidak kira dalam apa jua situasi,” kata Anas yang bekerja sebagai pemandu Uber dan GrabCar. Selepas sejam cuba memujuk dan menenangkan anjing tersebut, ia akhirnya membuahkan hasil apabila ia mula tenang dan bergerak meninggalkan kawasan lebuh raya sambil dikawal orang ramai yang berhenti serta dibantu pihak polis. Keadaan itu menyebabkan keadaan trafik sesak lebih 5km.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/16/3-lelaki-gadai-nyawa-selamatkan-anjing-pening-di-lebuh-raya/
|