CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 7

[Tempatan] BN menang dengan majoriti lebih besar DUN Tanjung Datu

[Copy link]
Post time 18-2-2017 08:36 PM | Show all posts |Read mode


BN pertahan kerusi Tanjong Datu



Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, dengan majoriti 6,443 undi.
Pilihan raya kecil DUN Tanjong Datu diadakan hari ini selepas kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, ketua menteri Sarawak kelima.
Keputusan itu menyaksikan balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu yang bertanding di bawah tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menewaskan dua pesaing dalam pertandingan tiga penjuru.
Jamilah mendapatkan 6,573 undi manakala calon Star, Johnny Aput hanya mendapatkan 108 undi manakala calon PBDS Baru, Rapelson Richard Hamid memperolehi 130 undi.
Manakala jumlah keluar mengundi pula ialah 6,891 undi atau 69.2 peratus. Undi rosak sebanyak 80 undi.



Sementara itu, kesemua pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.
Tiga pusat pengundian terakhir yang ditutup ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Stunggang Lundu, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua dan SK Bumiputera Lundu.

Sebelum ini, empat daripadanya ditutup pada 12 tengah hari, empat pusat pengundian pada 1 tengah hari dan lima lagi ditutup pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini berjalan lancar walaupun pada awal pagi hujan rintik dan cuaca mendung pada tengah hari dan semakin cerah pada sebelah petang.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 01:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
me1eis replied at 19-2-2017 01:19 AM

Celaka bangsat lu ni..
Ganggu orang nak berforum...   
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah umno,hidup najib!!....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:32 AM | Show all posts
dah boleh la buat PRU... minyak dunia statik menurun... prediction pun harga minyak dunia xde masa depan yg cerah utk tahun ni... tp minyak malaysia naik 20 sen pun sokongan bertambah tambah walaupun siapa pun calon BN
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:30 AM | Show all posts
Yang ni PR pun tak hantar calon...
Wakil DUN kat sarawak, sah2 takde org berminat.
Aku lbh suka nak tengok Parlimen...
Cepat2la bubar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 10:30 AM | Show all posts
Yang ni PR pun tak hantar calon...
Wakil DUN kat sarawak, sah2 takde org berminat.
Aku lbh suka nak tengok Parlimen...
Cepat2la bubar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:16 AM | Show all posts
Pelik... sorang pun penyokong bn tak berminat untuk beri ulasan. Agaknya mereka pun tahu kemenangan ini bukan 100% berpunca dari usaha yang dibuat oleh kerajaan bn.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068318 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list