View: 1044|Reply: 13
|
[Tempatan]
Bilangan penjawat awam kekal 1.6 juta - KSN dan Menteri Kewangan 2
[Copy link]
|
|
Edited by mimiqquee at 19-2-2017 07:57 AM
JOHARI NAFI KELUAR KENYATAAN JUMLAH PENJAWAT AWAM SEBABKAN KEJATUHAN HASIL KERAJAANrhg | February 18, 2017
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penjawat awam menyebabkan kejatuhan hasil kerajaan. Johari berkata, beliau juga tidak pernah mengeluarkan statistik perbandingan dengan negara-negara lain mengenai jumlah kakitangan kerajaan. “Apa yang saya nyatakan pada surat khabar Oriental Daily (akhbar harian bahasa Cina) hanyalah jumlah kakitangan kerajaan serta jumlah emolumen tahun 2016 yang dibayar oleh kerajaan. Kenyataan fakta saya telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Ali Hamsa: Gov’t to maintain status quo in civil servic
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/372965#ixzz4Z3DUmung
The government will neither increase nor reduce the number of civil servants but will instead seek to redeploy staff if new designations are required in future.
Chief secretary to the government Ali Hamsa said the current 1.6 million in the public service was sufficient as they had been trained to undertake multi-tasking after the redundancy of certain job positions.
He said the government had taken this measure since 2012 in an effort to reduce management expenses in the public sector and this was still being practised to this day.
“All existing and new civil servants must always be prepared to equip themselves with various skills and competencies.
“We do not reduce civil service staff but possibly when some posts are no longer necessary we replace them with new designations according to current needs,” he told reporters in Kuala Selangor today.
Elaborating, Ali said his office had received several requests for additional staff in the government agencies, including the security sector, but this would have to be evaluated as the requests must be justified.
In this regard, he said the government would have to review if redeployment was more appropriate to avoid redundancies.
He also reminded civil servants to ensure that they achieved their objectives as set by the department's key performance indicators (KPI) in line with the government’s aspiration in making 2017 a public service delivery year.
Earlier, Ali officially opened the RM4 million Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya multi-purpose hall, courtesy of Rafulin Foundation for the benefit of the school and neighbouring communities.
Ali urged other parties including the corporate sector to work with the government towards infrastructure development in educational institutions.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/372965#ixzz4Z3DRPQLZ |
|
|
|
|
|
|
|
byk duit utk upah pa |
|
|
|
|
|
|
|
Bilangan penjawat awam kekal 1.6 juta
Ali Hamsa
Ali Hamsa
19 Februari 2017 12:50 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA SELANGOR 18 Feb. - Kerajaan tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan penjawat awam, malah mengambil pendekatan redeployment jika ada keperluan mewujudkan perjawatan baharu pada masa depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, jumlah 1.6 juta penjawat awam kini dilihat sudah memadai memandang­kan golongan itu dilatih untuk bertugas secara multitasking, termasuk ke arah menghapuskan jawatan yang tidak lagi relevan sesuai dengan perubahan semasa.
Beliau berkata, ia adalah langkah yang diambil kerajaan sejak 2012 untuk mengurangkan perbe­lanjaan pengurusan bagi sektor itu dan ia masih dilaksana hingga ke hari ini.
“Semua penjawat awam sedia ada atau yang baharu perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan.
“Kita tidak kurangkan perjawatan awam, mungkin ada beberapa jawatan dahulu hilang peranannya namun diganti dengan tugas baharu yang mengikut keperluan semasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ali berkata, pihaknya turut menerima banyak permintaan untuk menambah perjawatan baharu dalam agensi kerajaan termasuk sektor kese­lamatan, namun ia akan diteliti dan dipertimbang kewajarannya terlebih dahulu.
Dalam soal ini, beliau berkata kerajaan akan melihat sama ada penggunaan konsep redeployment adalah lebih sesuai atau sebaliknya bagi mengelak wujud kembali perjawatan yang tidak perlu.
Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) mencapai sasaran sepatutnya selaras dengan hasrat kerajaan yang menjadikan tahun 2017 sebagai tahun penyampaian perkhidmatan. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kpi penjawat awam sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kecut telur nak buang penjawat awam. Tp yg patut dibuang ialah mamak hamsa tu dulu. Pelingkup jer |
|
|
|
|
|
|
|
makan tidur..makan tidur..
Ruminah Hasan
Yahudi wannabe
PPRT Pantai Dalam
bekerja di syarikat swasta sewa corner lot kedai (enterprise)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bambimo at 16-2-2018 01:05 AM
takut hilang undi letewwww...
payah nk kurang bil kakitangan awam...sbb purchasing power penjawat awam ni tinggi tau
knyataan di misintrepret rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
patut buang pjwat awam yg pemalas (org yg kerja lama bukan sbb pgalaman tp pmalas yg amat) bdasar pgalaman aku la kan org2 muda rajin bkerja mnkala org yg lama bkerja ni byk onar dia..bukannya myumbang pd kerja pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
CikNano replied at 19-2-2017 10:30 AM
patut buang pjwat awam yg pemalas (org yg kerja lama bukan sbb pgalaman tp pmalas yg amat) bdasar pg ...
Betul
Ayat diorang...."kami ni nak pencen dah"
Padahal gi sambung sampai umur 60. Aku tengok yang opt pencen awal ni la yang betul2 penyumbang kepada jabatan tapi yelah agaknya diorang pun penat tu yang baik pencen awal |
|
|
|
|
|
|
|
swastakan je semua habis cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
X semua dept or kementerian seswai pence 60thn ni |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 19-2-2017 09:39 AM
takut hilang undi letewwww...
payah nk kurang bil kakitangan awam...sbb purchasing power penjawat ...
Penjawat awam kn sng nk buat bank loan.. staff sokongan pun blh pkai moto besar yg harga puluh ribu.. tu blm loan lain lg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|