CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: al-masihi

[Tempatan] Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi?

[Copy link]
Post time 19-2-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 19-2-2017 08:31 PM
matlamat x menghalalkan cara yg salah

ntah apa2 hang nih. tak kena lgsg guna frasa tu.
Lebai ckp benda lain, hang ckp lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
al-masihi replied at 19-2-2017 07:02 PM
gunakan yg halal saja.... asal takdak babi

komen tak menahan      
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 19-2-2017 07:31 PM
Ok, so, lepas ni kalau berleluasa kisah buang anak boleh rujuk mufti ni  yeahhhhhhh hehehehe

Konsepnya kalau tidak wujud stigma berkenaan anak luar nikah dlm masyarakat di mana tiada kes mengintai dan menyerbu di rumah org atau bilik hotel, maka tiada dorongan utk buang bayi. Sbb buang bayi wujud dlm masyarakat yg berstigma tinggi terhadap wujudnya bayi luar nikah, so kena buang utk elak dari ditangkap dan dihukum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak biol penyokong RUU ni cukup suka kalau "orang lain" dan bukan diri dia yang terhukum.....macam lah diri tu maksum sangat.
Masa kami muda2 ..... ada kawan2 yg pantang nampak pepet....semua nak dirasanya. Minum arak macam minum air kosong.....berjudi usah cerita. Tapi sekarang janggut sampai dada....dahi hitam.....penyokong totok hudud versi PAS.
Sepatutnya sebelum hukum dijatuhkan atas orang lain....minta penguasa jatuhkan hukum atas diri sendiri dulu mengikut hudud. Takkan bila taubat je terus  terhapus dosa dulu2. Banyak cantik muka kau. Asal orang lain terus hudud.....bila kena batang hidung sendiri.....diam membisu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah al azim...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 19-2-2017 06:11 PM
Mufti Perlis ni Islam ke?

Tak,  Hindu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Maza ckp psl bnda lain ler..
Tgkla sndiri youtube..dia jelaskn.klu org report khalwat.dia sndiri suh serbu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:55 AM | Show all posts
al-masihi replied at 19-2-2017 07:14 PM
https://www.facebook.com/DeanKadeer/posts/414418785568883
Thanks abang untuk artikel ni

FC tak kisah lah yang nak menyerbu tu .. nak buat tangkapan buat la
tapi hormat lah diri sendiri semasa membuat serbuan dan tangkapan
jaga pandangan .. biar lah yang perempuan tu siap pakai lengkap dulu

yang ghairah nak tangkap gambar .. ambil bideo bagai tu ..
jangan lepas tangan ja nak cuci tangan .. owh .. tu reporter .. bukan orang kami
reporter ke sapa ka .. suruh ja tunggu d luar
kalau memang perlu nak ambik gambar pun sebagai bukti
ambik jer la gambar muka sahaja selepas perempuan tu siap berpakaian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 01:07 AM | Show all posts
Edited by batu kikir at 20-2-2017 01:08 AM

Jangan lupa..........hukum rejam sampai mati untuk zina............ayat2 hukum itu tak de dalam Al Quran sebab ayat2 yang ditulis (mungkin atas kulit binatang atau kulit kayu) kononnya telah dimakan kambing.
Ianya cuma ada dalam hadit je........yang didengar dari sipolan, olih sipolan, olih sipolan, olih sipolan........
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 20-2-2017 01:16 AM
batu kikir replied at 20-2-2017 01:07 AM
Jangan lupa..........hukum rejam sampai mati untuk zina............ayat2 hukum itu tak de dalam Al Q ...


Para perawi konfius dengan agama Yahudi/Bible barangkali.  

Dalam Bible ada yah hukum bunoh untuk zina heteroseksual, homoseksual dan bestiality.

www.sabda.org/sabdaweb/bible/chapter/?b=3&c=20

(rujuk link untuk Imamat [BI = Leviticus] ayat 20:10 dan seterusnya)
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 05:23 AM | Show all posts
ini link :

http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... g25-dan-isu-khalwat

BAYAN LINNAS
BAYAN LINNAS SIRI 42: G25 DAN ISU KHALWAT

Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 18 Disember 2015



http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... g25-dan-isu-khalwat

https://mforum.cari.com.my/forum ... ;highlight=tajassus




dan ini biografinya:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 05:24 AM | Show all posts
so  Dr Maza bagi stand alone statement.
Mufti Kl dah perjelaskan dah  isu ini dalam bayyan linnas, sila pi mufti kl 's website.
banyak ilmu dari sumber yg sahih dan ri yg ditauliahkan dan diiktiraf keilmuan

cer tengok siapa gru guru beliau semasa menuntut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 05:27 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/yatikpw/posts/10158220624605371

Norhayati Kaprawi
18 February at 09:00 ·
Kalau nak pinda Rang Undang-undang Jenayah Islam sangat pun, pindalah supaya ada Akta dalam RUU itu untuk Hukum PENGUASA AGAMA SENDIRI - iaini Penguasa-penguasa dan pegawai2 Agama yang tidak amanah dan tidak jujur, yang menyalahgunakan kuasa, yang membazirkan duit zakat, yang menular waktu kerja, yang SONGLAP DUIT ANAK YATIM dsb.

Begitu juga, kalau nak pinda RUU - tuliskan kat situ satu Akta untuk mengenakan hukuman QAZAF, iaini 80 kali sebatan pada kesemua pegawai2 agama yang menuduh sesiapa berzina tapi gagal membuktikannya.

Kalau PAS semua ni betul2 nak ikut ajaran Islam, seharusnya malah amalan buat 'serbuan khalwat' ini dihapuskan. Ia kerana, kalau ulama PAS baca al-Qur'an, ada ayat yang jelas, terang dan nyata HUKUM atau PERINTAH TUHAN (HUDUD?) :
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.” (An-Nur 24: 27)

Padahal, boleh saja cukup sekadar sunnah atau hadith Nabi untuk ajar umat Islam tentang adab pergi ke rumah orang. Akan tetapi, Allah swt sendiri mahu menekankan tentang HAK PRIVACY setiap umat Islam atau malah setiap manusia. Oleh kerana itu, AYAT TENTANG HAK PRIVACY itu dimasukkan dengan jelas DALAM AL-QUR'AN.

Tapi, itu pun, agamawan Islam tak nak ikut. Bukankah patutnya siapa yang ingkar dengan ayat An-Nur di atas boleh dihukum (hudud)?
Kalau ikut sejarah Islam juga, Rasulullah s.a.w TIDAK PERNAH MENGARAHKAN para sahabat untuk pergi skodeng rumah/bilik orang, nak check ada orang berzina atau tidak. MALAHAN, ada orang yang berzina MENGAKU pun, kalau boleh Nabi tak nak dengar pengakuannya.

NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK OBSES UNTUK HUKUM ORANG APATAH LAGI UNTUK ARAH SKODENG RUMAH/BILIK ORANG.

Begitu juga, ada riwayat tentang Sayidina Umar yang akur dengan teguran 'si pembuat maksiat' sendiri agar jangan skodeng rumah orang.
Dari Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali ada menyebut riwayat tentang kisah ini "Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.

Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.

Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya "

Kalau rajin, silalah google tulisan Dr Asri tentang bab serbuan khalwat ini. Saya petik sedikit beberapa hasil penelitian beliau di sini:
- Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulum berpendapat :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini..."
- Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.

Mentaliti yang suka benor serbuan khalwat inilah juga yang ghairah sangat dengan RUU 355...

well, seperti yang saya katakan semalam - kalau cara Islam dilaksanakan di Malaysia ini menjadi semakin sadis, maka lambat laun umat Islam di Malaysia ini akan menjadi seperti umat Kristian di Eropah yang akan jadi sekular dan menolak institusi2 agama.

HILANG HIJAU, TIMBUL PURPLE !




Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 05:28 AM | Show all posts
kalau nak penjelasan lanjut why dont you all pi elok elok tanya :


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:29 AM | Show all posts
Edited by Lebai_harum at 20-2-2017 07:38 AM

KHALWAT: Adakah mengintip dan menyerbu pasangan berkhalwat satu keperluan pentadbiran?

Pembuka Bicara

Catatan kali ini tercetus kerana berita terkini lagi sensasi berkaitan perihal khalwat, sebahagian daripada perkara yang diutarakan oleh jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, dalam satu sidang akhbar pada dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) 6 Disember 2015. Anda boleh baca pautan ke Utusan Malaysia; G25 mahu hukuman khalwat dimansuh.

Sehari selepas itu, G25 telah mendapat nasihat;  Wajar bertaubat - Boleh membawa murtad. Itu belum kena 'tembak' pula dengan soalan; Isu khalwat: Mufti tanya mana G25 dapat hadis. Kena pula dengan Peribumi; Khalwat tetap dosa, tak timbul soal dosa peribadi. Akhir sekali, kena nasihat lagi; Khalwat: G25 jangan tafsir agama ikut nafsu dan Kerajaan tak perlu layan desakan G25. Teruk gamaknya. Nampaknya seperti G25 sedang kena 'bantai' bertubi-tubi - ini tidaklah pelik - kerana beberapa hari sebelumnya, G25 juga kena tegur sebab 'gatal mulut' mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan; rujuk pautan Utusan Malaysia; Jakim selar pihak pertikai kewujudannya dan G25 aibkan 
kumpulan sendiri - Keluar kenyataan tanpa selidik.

G25 yang ditubuhkan mewakili bekas pegawai tinggi kerajaan bukan hanya vokal dalam isu di atas, malah banyak isu-isu kemasyarakatan lain dan tata selia pemerintahan demokrasi berparlimen. Sebenarnya, pada bulan Ogos tahun ini, G25 juga telah menetapkan komitmen mereka; G25 bersedia menghadap YDPA berkenaan undang-undang Islam. Tidak dapat dipastikan mengapa bekas pegawai kerajaan bersikap demikian, cuma barangkali adalah sangat baik jika mereka begitu vokal sebenar-benar vokal semasa masih menjawat jawatan dalam kerajaan. Rasanya, tak perlulah kita buat sangkaan liar. Biarkanlah begitu, mungkin kini mereka sedar, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam sistem masyarakat Malaysia hari ini; apa jua pandangan mereka hari ini, walaupun kelihatan agak lewat, mungkin masih relevan dan berguna kepada generasi hari ini dan yang akan datang.

Bebalik kepada isu khalwat, sebenarnya sebelum ini pada bulan Ogos, G25 sudah pun menegaskan bahawa undang-undang berkaitan khalwat adalah tidak islamik; Khalwat laws unIslamic, says G25.

Berikut saya salin tampal artikel penuh dari laporan dari portal Free Malaysia Today; G25: Khalwat a ’personal sin’, not a crime, merujuk kepada laporan serupa oleh Utusan Malaysia berkenaan sidang akhbar pada 6 Disember 2015 (dengan sedikit penekanan perkataan ditebalkan hurufnya);

Topik Perbincangan
KHALWAT: Adakah mengintip pasangan berkhalwat satu keperluan pentadbiran?


Perihal ini wajar diperhalusia, kerana di kalangan pendeta Islam juga mereka berbeza pendapat tentang perkara ini.

Marilah kita mulakan dengan takrifan terlebih dahulu.

TAKRIFAN KHALWAT
Perkataan khalwat (خلوة) berasal dr kalimah akar خلا yang memberi bermaksud kosong. Khalwat dalam tasawuf adalah perkataan yang sangat positif; bermaksud bersendirian bagi tujuan zikrullah; mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya dengan cara mengasingkan diri dari hiruk pikuk dunia, bersunyian supaya fokus kita semata-mata kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.

Bagaimanapun, perkataan khalwat yang lazim kita fahami dalam konteks masyarakat Islam di negara ini (Malaysia) adalah sangat negatif; iaitu bersunyi-sunyian dengan berbeza pasangan yang bukan mahramnya bagi tujuan melakukan kemaksiatan.  Sepatutnya tidak perlulah kita merujuk perbuatan ini sebagai khalwat; cukup rujuk sebagai bersendirian / bersunyi-sunyian / berdua-duaan. Rasanya itu lebih tepat. Tapi nak buat macam mana, sudah menjadi bahasa lazim, terpaksalah kita terima khalwat itu sebagai sesuatu yang negatif - begitulah adanya - catatan ini juga terpaksalah rujuk KHALWAT sebagai berdua-duaan sehingga menyebabkan terjadinya fitnah, kemaksiatan dan zina.

Carian dalam e-fatwa [1] menemukan soal jawab berikut;

Tangkap Khalwat [Jenayah]

Tarikh Keputusan:  16 May, 1999
Huraian Tajuk/Isu:

a. Apakah hukumnya Penguatkuasa membiarkan pasangan berkelakuan sedemikian (dari duduk berjauhan sehingga bercumbu-cumbuan) selama 30 minit baru bertindak?

b. Bilakah masa yang sesuai untuk Penguatkuasa Syariah bertindak?
Keputusan:

Setelah meneliti maksud soalan-soalan berdasarkan kedua-kedua contoh kes di atas, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa kemusykilan yang ditimbulkan itu termasuk dalam urusan pentadbiran Bahagian Penguatkuasaan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa berpendapat bahawa mencegah sesuatu maksiat itu adalah dituntut supaya dilakukan dengan segera agar ia dapat dihindarkan daripada berlaku.


Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Negeri/Group: Terengganu

Anda nilaikan sendiri. Pada pandangan saya, keputusan yang dinyatakan masih belum menjawab soalan (a) Harus / makruh / haram?  Entahlah, sukar barangkali persoalan tersebut (maksud saya, secara lazimnya, apabila soalan dikemukakan oleh orang awam, mereka cuma ingin tahu hukum ringkas; wajib / harus / makruh / haram - itu sahaja).

Selain dari jumpaan carian, nampaknya tiada sebarang isu lain yang secara spesifik dirujukkan kepada persoalan khalwat. Barangkali kerana perihal Khalwat telah pun di jadikan enakmen syariah oleh negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Hal ini kenalah dirujuk kepada peguam syarie yang bertauliah.

sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:30 AM | Show all posts
Edited by Lebai_harum at 20-2-2017 07:40 AM

Begitulah serba sedikit tentang khalwat.

ISU 1: KHALWAT, MENGHAMPIRI ZINA DAN BERZINA

Boleh kita katakan semua orang Islam memang tidak berbeza pendapat, iaitu menghampiri zina dan berzina adalah perkara yang dikeji oleh Tuhan. Perkara ini sudah terang lagi bersuluh, jika kita merujuk kepada ayat Al-Israa’ (_:32)
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32) - [akan dikemaskini]

Perihal khalwat, sebagaimana didakwa akan menjurus kepada menghampiri zina dan berzina pula sering dirujuk kepada hadis-hadis berkaitan takrifan zina dan mencegah kemaksiatan. Hadis-hadis ini boleh di rujuk dalam pautan-pautan yang diberikan dalam catatan ini. Kerana kecenderungan mencegah ini, maka berlakulah perlakuan mengintip (tajassus) orang yang berkhalwat.
ISU 2: BOLEHKAH MENGINTIP ORANG BERKHALWAT?
Ada dua jawapan: BOLEH dan / atau TIDAK BOLEH, bergantung kepada keadaan.

Perihal ini dirujuk kepada perkara hisbah, iaitu; amal makruf, nahi mungkar yang selalu dirujuk kepada hadis Nabi yang sangat popular; yang membawa pengertian bahawa hendaklah kita mencegah kemungkararan samada dengan tangan, lisan dan hati. Mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman.

MENCEGAH KEMUNGKARAN

Sebenarnya, amal makruf, nahi mungkar bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya. Jika kita merujuk kepada pandangan dua pendeta agama tersohor kita akan menemui ini;

Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan Al-Amr bi Al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan Al-Nahy ‘An Al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Taala telah melarang hal ini.

Kisah Umar dan Abdul Rahman bin Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab Al-Suhbah (Adab-adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: “Allah Taala telah berfirman maksudnya: ‘Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain’. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman maksudnya: ‘Masukilah rumah melalui pintu-pintunya’. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman maksudnya: ‘Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya’. Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Maka Umar pun meninggalkannya. Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990)[2].

Yusof Al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh Al-Daulah fi Al-Islam telah menyatakan: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya.” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi sewenangnya seseorang di dunia, sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya, bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)[2].

sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 07:31 AM | Show all posts
Edited by Lebai_harum at 20-2-2017 07:40 AM

Dr. Zaharuddin ada membuat penjelasan ringkas berhubung syarat-syarat yang perlu dipenuhi demi membolehkan dilaksanakan perubahan (taghyir) samada dengan tangan, lisan dan hati [3]. Tanpa syarat ini, tiada peruntukan dibenarkan oleh Islam untuk melakukan tindakan pencegahan tadi (nahi mungkar). Ringkasannya seperti berikut :-

1) Kejahatan (maksiat) itu mestilah dari jenis yang disepakati sebagai dosa dengan hukum haram secara qat'ie (putus) berdasarkan dalil-dalil yang tepat, specifik dan jelas atau dengan ijma'. Sebarang hukum yang bersifat ijtihadi terbuka untuk perbincangan dengan hujjah yang kemas [3];


2) Maksiat itu sedang berlaku, jika ia belum berlaku atau dijangkakan akan berlaku, tindakan yang harus hanyalah dinasihati terlebih dahulu. Ini bermakna, sebelum berlaku, tiga tindakan cegahan tadi belum menjadi harus, kerana itulah amalan menasihati samada secara umum atau specifik dibenarkan. ( At-Tasyri' al-JInaie Al-Islami, 1/502)[3];


3) Mempunyai kemampuan sebenar dari sudut ilmu, kuasa, suasana dan yang berkaitan untuk melakukan usaha mencegah ini [3];


4) Mestilah diyakini pencegahan itu tidak membawa kemudaratan yang lebih besar [3];


5) Maksiat itu mestilah terzohir (ternampak) dengan jelas tanpa perlu pengintipan samada dengan cara pendengaran, penglihatan dan sebagainya [3].

BOLEH MENGINTIP ORANG YANG BERKHALWAT

Setelah memahami kaedah mencegah kemungkaran, barulah kita boleh menilai tentang keharusan mengintip orang yang berkhalwat. Pendapat ini bolehlah dirujuk kepada lanjutan perbahasan oleh Dr. Zaharuddin dalam artikel yang sama [3]. Berikut saya cedok sebahagian artikel tersebut;

“….adakah mengintip, menyelidik serta menyerbu premis peribadi dan bilik hotel harus dilakukan?. Jawab ringkasnya; walaupun seseorang tidak dibenarkan mengintip kesalahan dan aurat orang lain, tetapi jika ‘ghalib zhon' (besar kemungkinan) seseorang cuba menyembunyikan sesuatu maksiat atau jenayah yang boleh memudaratkan ramai orang (seperti yang melibatkan orang lain, seperti menculik, cubaan membunuh dan sebagainya) tetapi dalam masa yang sama terzahir juga tanda-tanda kejahatan dengan jelas atau berdasarkan laporan yang boleh dipercayai benarnya, maka hukum larangan menyelidik, mengintai dan menyerbu mungkin berubah dari haram kepada harus malah wajib dalam keadaan tertentu berdasarkan tahap maslahat yang disasarkan (Fiqh Ad-Dakwah Ila Allah, Syeikh Abd Rahman Hassan Al-Habannakah, 2/242 dengan pindaan dan tambahan). Antara bentuk yang boleh mengharuskannya adalah seperti :-

a- Terdengar suara orang menjerit meminta pertolongan dalam sebuah rumah tertutup yang diyakini terdapat mangsa sedang bergelut dengan penjahat di dalamnya.

b- Terkeluar bauan arak yang amat kuat dari sebuah rumah orang Islam serta ramai pula tetamunya (persis sebuah majlis arak dan seks beramai).

c- Terlihat dengan jelas si lelaki membawa wanita yang diyakini bukan isterinya berdua-duan, berpelukan dan berpegangan tangan dengan cara yang diketahui bukan cara sang suami dengan isteri.

d- Berdua-duaan lelaki dan wanita yang diyakini bukan mahram di tepi-tepi tasik atau di dalam bilik kuliah di Universiti pada jam 2 pagi.

e- Melakukan maksiat secara bersembunyi di dalam kereta tetapi di lakukan tempat awam yang gelap.

Maka dalam keadaan di atas, adalah HARUS untuk meninjau dan memeriksa, sebagai mengambil hazar (jalan hati-hati) dari terlewat bertindak sehingga berlakunya maksiat atau jenayah. Malah HARUS juga untuk MENGETUK, memeriksa rumah dan bilik hotel seseorang jika terdapat laporan yang boleh dipercayai tentang ia melakukan jenayah atau maksiat di dalamnya terutamanya apabila terzahir sehingga keluar bunyi jeritan minta tolong, bauan arak yang haram dan sepertinya (Rujuk Al-Ahkam Al-Sultaniyah, hlm 218 ; At-Tasryi' Al-Jina'ie, 1/504 dengan sedikit tambahan dan pindaan ; Asna Al-Matalib, 4/180 ; Ihya Ulumiddin, 5/36)[3].

sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:32 AM | Show all posts
Edited by Lebai_harum at 20-2-2017 07:42 AM

TIDAK BOLEH MENGINTIP ORANG YANG BERKHALWAT

Perihal ini adalah sangat jelas, jika kita merujuk kepada adab mencegah kemungkaran yang disarankan oleh Al-Ghazali dan Dr. Yusof Al-Qardawi.

Larangan mengintip, terutama melibatkan premis orang lain (khususnya rumah kediaman) juga sangat jelas. Rumah, pada hakikatnya adalah hijab bagi seseorang. Di dalamnya seseorang biasa membuka aurat. Di sana juga terdapat perkara-perkara yang ia merasa malu bila orang lain melihatnya. Tidak dapat kita bayangkan, bagaimana bila akhirnya pandangan mata terjatuh pada perkara-perkara yang haram. Ditambah lagi tabiat manusia yang mudah curiga-mencurigai, berprasangka buruk satu sama lain. Akankah akibat-akibat buruk itu dapat terelakkan bila masing-masing pribadi jahil dan tak mengindahkan tuntunan agama? Syari'at Islam adalah syari'at yang universal. Tidak ada satupun perkara yang membawa kemashlahatan bagi kehidupan manusia, kecuali Islam memerintahkannya. Dan tidak ada satu pun perkara yang dapat membawa mudharat bagi kehidupan manusia, kecuali Islam melarangnya. Tidak terkecuali dalam masalah adab meminta izin atau disebut isti'dzan. Islam telah memberikan tuntunan adab yang sangat agung dalam masalah ini [4].
Adab meminta izin tuan rumah disebut secara khusus, dalam ayat;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرُُ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Hai, orang orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat".[An Nur:27] - [akan dikemaskini]

فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فِيهَآ أَحَدًا فَلاَ تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ ازْكَى لَكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu "Kembali (saja)lah,” maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". [An Nur:28] - [akan dikemaskini]

Dalam perihal mengintai kesalahan orang, panduan ada diberikan dalam surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..” - [akan dikemaskini]

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997). Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang perbuatan mengintip sekalipun untuk mencegah maksiat [5].

Sebenarnya terdapat banyak hadis merujuk perbuatan dan sabda Nabi yang secara jelas merujuk kepada bencinya baginda kepada perbuatan mengintip. Saya tidak dapat mencedok di sini secara langsung kerana nampaknya hadis-hadis seperti ini seolah-olah diabaikan oleh pihak yang bersungguh-sungguh mengharuskan perbuatan mengintip. Mungkinkah kerana sanadnya yang lemah? Atau kerana dikategorikan sebagai hadis palsu? Ini kenalah kita merujuk kepada pakar hadis. Bagaimanapun, jika kita mengambil pendekatan majoriti pendeta yang memilih untuk menggunakan hadis untuk mentafsirkan Al-Quran, kebanyakan hadis-hadis ini, walaupun mungkin hadis ahad atau dhaif masih boleh diterima pakai kerana ia adalah selari dengan peringatan Tuhan yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Anda boleh merujuk ke pautan Minta Ijin Memasuki Rumah Orang Lain dan Larangan Mengintip [6] untuk menilai sendiri hadis-hadis yang melarang perbuatan mengintip - tentang kesahihan hadis, silalah merujuk kepada ahli hadis yang bertauliah.

Barangkali juga, kerana terdapat hadis seperti ini dan larangan ayat Al-Quran yang jelas tentang pengintipan, maka hujah popular seterusnya adalah membezakan antara mengintip dan menyerbu.

sambung


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:33 AM | Show all posts
ISU 3: BOLEHKAH MENYERBU ORANG BERKHALWAT?


Keharusan mengintip khalwat juga dibezakan dengan serbuan khalwat. Dalam pencegahan maksiat, majoriti pendeta Islam berpendapat perihal melibatkan serbuan premis, apabila terdapatnya kemaksiatan atau kemungkinan berlakunya kemaksiatan adalah menjadi tanggungjawab pihak pemerintah demi kemaslahatan ummah. Perkara ini jelas disokong oleh pendapat Dr. Zaharuddin [3] dalam perbahasan lanjut berhubung kait dengan keharusan mengintip. NGO terkenal, ISMA juga membuat penegasan berhubung tanggungjawab pemerintah melaksanakan serbuan dalam artikel ISMA: Islam tidak tegah serbuan khalwat [7]. Saya cedok sebahagian hujah di bawah ini;

Serbuan khalwat bukan tajassus; Kembali kepada persoalan asal yang banyak dibicarakan oleh masyarakat – adakah serbuan khalwat itu satu bentuk tajassus? Jika kita lihat kepada amalannya secara undang-undangnya sendiri, serbuan khalwat itu berlaku apabila wujudnya aduan oleh mana-mana pihak berkaitan perbuatan tersebut. Ianya bukanlah serbuan secara tiba-tiba tanpa sebarang maklumat dan bukannya atas syak semata-mata. Jelas menunjukkan ianya bukan tajassus. Jika ianya suatu serbuan berdasarkan maklumat yang "tidak hampir kepada yakin" sekalipun, ianya tetap dibenarkan oleh Islam kerana khalwat bukanlah suatu bentuk maksiat peribadi. Maksiat melibatkan pihak lain dan termasuk dalam bentuk tajassus yang dibenarkan oleh syarak seperti digariskan dalam hujah di atas [6].

Dari satu sudut lain, tindakan serbuan tersebut bukanlah kerana takut wujudnya maksiat lain dalam khalwat itu, tetapi kerana tindakan berdua-duaan dengan bukan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat. Sesungguhnya khalwat dengan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat kerana ianya adalah satu perbuatan yang akan membawa kepada maksiat (zina). Perkara yang menghasilkan maksiat adalah satu maksiat. Mengikut syarak, jika natijah sesuatu perbuatan adalah suatu dosa yang berat, maka wasilah (jalan) kepada dosa tersebut juga mestilah dibanteras. Ini dinamakan qawaid al-wasail. Khalwat ini membawa kepada dosa yang besar iaitu zina, maka khalwat yang merupakan wasilah kepada zina tersebut mesti dibanteras. Walaupun ia mengganggu sedikit maslahah yang lain, namun untuk menolak mudarat yang lebih besar, mudarat yang lebih kecil ini dibolehkan [6].

Kesimpulan; Di akhir ini dapat kita fahami bahawa serbuan khalwat yang dilakukan pegawai jabatan agama Islam pada pada hari ini bukanlah satu bentuk tajassus. Ia adalah satu bentuk nahi mungkar demi memelihara syariat Islam dan kemaslahatan masyarakat itu sendiri. Ia adalah satu perbuatan yang syarie serta perlu diimani oleh semua muslim tanpa terkecuali. Jika berlaku pelaksanaannya bermasalagm teguran dan penambahbaikan boleh dibuat. Namun undang-undang ini tidak harus dihapuskan dan kefahaman yang jelas ini tidak harus ditolak. Kita juga perlu hati-hati dalam memahami konteks ayat al-Quran dan hadis kerana ditakuti kita akan meninggalkan suatu kewajipan yang sangat jelas dalam syarak lalu mengundang laknat Allah. Tidak kiralah jika kita adalah pelaku maksiat atau sekadar berdiam diri melihat kemaksiatan yang dilakukan oleh orang lain [6].

Rumusan Ringkas

Kembali kepada isu pokok; KHALWAT: Adakah mengintip pasangan berkhalwat satu keperluan pentadbiran?

Jika kita menimbang tara semua perbahasan hukum berkhalwat yang dilaksanakan oleh pemerintah, larangan menghampiri zina dan berzina dalam Al-Quran dan hadis Nabi, keharusan mengintip yang dibolehkan oleh pentadbir dan larangan mengintip yang jelas dalam Al-Quran, serta hujah melakukan serbuan kita akan dapat menilai satu perkara yang hakiki; (1) JANGAN menghampiri zina (2) JANGAN berzina (3) JANGAN mengintip adalah perintah Tuhan yang sangat jelas dan nyata - INI BOLEH DIRUJUK SEBAGAI HUKUM ALLAH.

Selain daripada tiga perkara ini, semua perbahasan termasuk KHALWAT adalah merujuk kepada hadis-hadis, jumhur pendeta agama, pandangan pendeta agama dan tanggungjawab pemerintah tempatan. Sebab itulah kita lihat sesama pendeta agama sendiri berbeza pendapat tentang permasalahan ini. Khalwat bukanlah undang-undang dalam banyak negara yang dikuasai oleh orang Islam. Khalwat adalah enakmen syariah yang telah diwartakan oleh pemerintah negara ini - INI BOLEH DIRUJUK SEBAGAI HUKUM PEMERINTAH (orang yang berkuasa di kalangan manusia).

Jika kita mengetepikan semua perkara yang ditetapkan oleh pemerintah, hanya merujuk kepada hukum Allah, maka sebenarnya mengintip, mahu pun menyerbu pasangan yang berkhalwat bukanlah satu keperluan pentadbiran. Kerana itu, terdapat negara yang dikuasai oleh orang Islam sekalipun tidak menguatkuasakan undang-undang seperti ini.

Kemudian, janganlah kita lupa bahawa kita hidup bermasyarakat. Kerana ini adalah negara kita, kenalah kita ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan sebagai hukum pemerintah. Kerana taat kepada pemerintah juga salah satu dari tuntutan Allah, yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. Kerana itu, jika pemerintah sudah menetapkan sebegitu, pasukan penguatkuasa yang ditubuhkan dalam pentadbiran syariah bolehlah dianggap sebagai satu keperluan. Bagaimanapun, adab-adab penguatkuasaan hendaklah dilakukan secara berhemah. Ada banyak kes, pasangan suami isteri pun kena serbu. Hakim mahkamah syariah pun kena serbu. Banyak kes juga akhirnya menjadi tiada kes. Jadi, malu kena intip dan kena serbu, siapa hendak tanggung malu ini? Muka dah masuk surat khabar, tapi didapati tiada asas pertuduhan. Ada yang sampai kena pulau, kena buang kerja, turun pangkat, tukar jabatan, dsb.

sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:35 AM | Show all posts
Susulan perkara

Sesudah memahami hakikat ini, sepatutnya tiada sebarang masalah jika G25 mahu supaya undang-undang khalwat dimansuhkan. Kerana ia adalah hukum pemerintah, yang kita tahu sentiasa dinamik, boleh berubah-ubah mengikut masa dan tempat. Misalnya, hukum khalwat bagi satu negeri dengan negeri yang lain dalam Persekutuan Tanah Melayu ini juga berbeza-beza. Takzir bagi kesalahan syariah yang lain juga adalah berbeza-beza. Enakmen hudud bagi 3 negeri (yang diketahui; Terengganu, Kelantan dan Kedah) juga berbeza-beza. Hukum liwat juga berbeza (rujuk kepada meliwat isteri sendiri misalnya). Jika kita meninjau undang-undang negara luar yang juga dikuasai oleh orang Islam, kita akan dapati hukum hakamnya juga berbeza. Mengapakah hukum-hakam ini berbeza-beza jika benarlah 100% semua ini adalah hukum Allah? Apakah maksudnya ini? Maksudnya, HUKUM ALLAH dan HUKUM PEMERINTAH adalah dua perkara yang berbeza. HUKUM ALLAH kekal tidak berubah, sekurang-kurangnya semenjak Islam telah disahkan sebagai agama yang diredhai Allah, yang disampaikan kepada seluruh umat manusia melalui junjungan Nabi Muhammad kita. HUKUM PEMERINTAH adalah berubah-ubah, mengikut tafsiran, kefahaman, kemasalahatan ummah, masa dan sebagainya. Hakikatnya, sebagaimana undang-undang penjajah yang selalu kita cemuh sebagai sekular, undang-undang syariah yang didasari oleh sandaran hadis, jumhur pendeta Islam, fatwa, qiyas dan sebagainya seharusnya terbuka untuk diijtihadkan apabila ada keperluan. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi semua pengamal undang-undang, baik yang sekular mahupun yang syarie.

Mari kita renung sejenak kes-kes pertuduhan khalwat dan juga yang berkaitan dengannya, iaitu zina atau menghampiri zina yang menghiasi dada-dada akhbar sejak puluhan tahun di negara ini;

Terdapat kes apabila melibatkan pembesar tertentu yang dibenci atau mungkin dikhianati, memang kenalah dia. Memanglah dia tak kena hukum sivil dan terlepas hukum syariah barangkali, tapi jatuhlah air mukanya. Habislah dijaja cerita khalwat dan zina seluruh negara. Kemudian, terdapat pula kes apabila melibatkan pembesar tertentu, dari kem lain, bila sudah kena intip dan kelihatan amat jelas dialah pelaku maksiat, terlepas begitu sahaja. Perihal ini bukanlah pelik. Dalam perundangan sivil, kecuali rogol, zina bukanlah satu kesalahan. Dalam perundangan syariah pula, syarat ketat saksi pula menjadikan amat mustahil  mengesahkan melangkaui sebarang keraguan tentang perilaku zina (kita pun tidak tahu ya atau tidak - sebab cuma ditangkap berkhalwat); akhirnya orang yang dituduh zina pun terlepas juga. Jika ada aksi dirakam sekalipun, nampakya tidak boleh diguna sebagai saksi, jika kita ambil pandangan pendeta tersohor negara ini. Memanglah begitu jika video dianggap besi - seolah-olah tiada jalan kesaksian lain yang boleh dipilih - agar hukuman takzir (selain hudud) boleh dilaksanakan. Kita juga kurang pasti jika pengintip khalwat (4 orang dan cukup segala syaratnya, nampak dengan jelasnya perihal ****tuutttt...) akan membiarkan sahaja suspek pelaku zina membuat maksiat supaya perundangan syariah secara hudud boleh dilaksanakan. Ada juga kes perilaku khalwat pembesar tertentu telah diadukan kepada ketua pertubuhan, kemudiannya diabaikan begitu sahaja. Adakah kerana menutup aib itu sebenarnyalah yang dituntut oleh Islam - dalam kes sedemikian? Nampaknya seolah-olah dalam kes tertentu barulah kita menurut saranan Nabi supaya menjaga aib orang. Kemudian kita mula mencari pelbagai dalil (betapa ketatnya Nabi dalam soal menjatuhkan hukuman) supaya berita sedemikian ditutup begitu sahaja.

Nampaknya juga seolah-olah dalam sesetengah kes lain, tak perlulah kita ikut cara Nabi bila melibatkan orang awam. Aib orang awam, siapa peduli, barangkalilah. Sebab itulah ada suara-suara yang mencadangkan undang-undang khalwat diperhalusi dan kaedah penguatkuasaan diperkemaskan. Ada juga sampai suruh mansuh terus, macam saranan G25. Sebabnya, dalam perlaksanaan pun nampak seperti ada diskriminasi; orang awam selalu kena, manakala bila melibatkan pembesar pula (tak kiralah dari pertubuhan mana sekalipun, baik sekular mahupun agama), pelbagai dalih dan alasan boleh dibuat - tutup kes (buat dek aje) - sekurang-kurangya itulah pemerhatian orang marhaen.

Berbalik kepada saranan G25. Oleh kerana saranan ini datang dari bekas pegawai tinggi kerajaan, tentunya ada merit yang boleh dipertimbangkan oleh para pendeta agama dan pentadbir syarie kerajaan untuk meneliti kewajaran saranan tersebut. Kebanyakan ahli G25 bukanlah calang-calang orang. Sebahagian mereka juga ada yang terlibat dalam sistem perundangan negara dan sudah berpengalaman meninjau pelbagai sistem pentadbiran negara lain di dunia, baik negara yang dikuasai  oleh orang Islam atau yang bukan Islam. Kematangan (wisdom) bekas pegawai kerajaan seperti ini tidak patut kita abaikan, atau remehkan, atau sindir seolah-olah mereka ini orang yang tidak tahu agama, atau tidak layak berbicara soal agama. Lainlah jika kita fikir soal agama ini hanya layak bagi golongan tertentu sahaja. Sekiranya kita telah mendidik masyarakat kita bahawa hukum Allah dan hukum pemerintah adalah dua perkara yang berbeza, tidak sepatutnya kita mencela saranan oleh G25 atau membakul sampahkan cadangan mereka begitu sahaja. Jika kita sudi merujuk sirah Nabi dan para sahabat yang hampir, sebenarnya tiada perundangan khalwat dikuatkuasakan (sepanjang pengetahuan saya). Mungkin ada yang beranggapan, zaman Nabi dan para sahabat dulu semua orang baik-baik belaka. Mungkin ya, mungkin tidak - kerana kita tiada pun dizaman itu untuk mengesahkannya. Wallahuaálam.

Barangkali juga, masalah besar adalah kerana selama ini kita telah mempakejkan kedua-dua hukum Allah dan hukum pemerintah sebagai suatu sebatian syariat (perundangan) Islam - mungkin inilah masalahnya, barangkali. Jika inilah masalahnya, nampaknya memang tiada jalan tengah boleh dicapai sehingga kiamat. Memang sukar. Bagaimana jika kita buat kiasan mudah berikut; jika larangan Tuhan yang jelas tentang pengintipan; ia adalah HARAM, boleh dijadikan HARUS - atas alasan permasalahan ummah dan mencegah kemungkaran - jika larangan Tuhan pun boleh kita cari jalan dan dalil lain serta hujah akal dalam menetapkan sesuatu peraturan dan undang-undang - mengapakah larangan manusia (hukum pemerintah) tidak boleh kita bincangkan atau pinda jika ada saranan, keperluan, serta kena pada tempat dan kaedahnya? Itu untuk anda fikirkan.
--------------
والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:

[1] e-fatwa: Tangkap Khalwat

[2], (Larangan mengintip mencari kesalahan orang

[3] Harus Mengintip Bagi Elak Zina/Khalwat : Pandangan Ketiga

[4] Adab Meminta izin

[5] Prof Madya Dr. Asri; LARANGAN MENGINTIP DOSA PERIBADI

[6] Minta Ijin Memasuki Rumah Orang Lain dan Larangan Mengintip

[7] ISMA: Islam tidak tegah serbuan khalwat

Posted by IDRIS fikir

http://idrisfikir.blogspot.my/20 ... intip-pasangan.html

tamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.135592 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list