CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: al-masihi

[Tempatan] Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi?

[Copy link]
Post time 20-2-2017 07:42 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-2-2017 07:46 AM

Bolehkah Tajassus Dalam Mencegah Kemungkaran ?

Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perlu kita ketahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan tajassus.Menurut al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah, tajassus dari sudut istilah bermaksud: "Mencari cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia." Lihat Tafsir al-Munir (26/247)

Hukum asal bagi perbuatan ini diharamkan berdasarkan firman Allah:



وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا

Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.

(Surah Al-Hujurat : 12)



Kata al-Imam al-Maraghi: Tajassus adalah mencari-cari keaiban yang tersembunyi. Beliau turut menambah: Sebaliknya kamu hendaklah berpuas hati dengan apa yang nyata bagimu mengenai dirinya. Lihat Tafsir al-Maraghi (13/6506)

Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah kita faham bahawa mencari-cari kesalahan yang tersembunyi merupakan perbuatan yang dilarang dalam ayat tersebut. Sebaliknya, jika kesalahan dan keaiban itu jelas kepada kita maka bolehlah kita mengambil tindakan. Ini dijelaskan lagi dengan kata-kata Abdullah Ibn Mas’ud R.anhu ketika beliau dibawakan kepadanya seorang lelaki yang terdapat titisan arak di janggutnya. Lalu Abdullah berkata: Sesungguhnya kita telah dilarang dari melakukan tajassus. Akan tetapi, apabila jelas kepada kita sesuatu maka kita mengambil tindakan terhadapnya. Rujuk Musannaf Ibn Abi Syaibah (9/86).



Tajassus Yang Disyariatkan

Berkata al-Imam al-Ramli yang merupakan tokoh besar dalam mazhab al-Imam al-Syafie: Tidak boleh bagi seseorang untuk mencari-cari kesalahan dan melakukan tajassus serta memecah masuk ke dalam rumah-rumah berdasarkan sangkaan. Ya, jika berat sangkaannya bahawa berlaku maksiat sekalipun dengan qarinah (petunjuk) yang jelas seperti perkhabaran dari seorang lelaki yang terpercaya maka dibolehkan untuknya melakukan tajassus. Bahkan wajib ke atasnya untuk melakukan tajassus sekiranya dia khuatir perkara tersebut terlepas dari pemerhatiannya seperti berlakunya pembunuhan dan perbuatan zina. Lihat Nihayah al-Muhtaj (4/47-49)

Demikian juga al-Imam al-Qadhi Iyadh menyatakan keharusan untuk melakukan tajassus dalam keadaan apabila kita meningggalkan perbuatan tersebut akan berlakulah pencerobohan ke atas kehormatan seseorang yang kita akan terlepas pandang akannya. Sebagai contoh, apabila seseorang diberi khabar dari seorang lelaki yang terpercaya bahawa terdapat seorang lelaki yang berkhalwat dengan lelaki lain dengan tujuan untuk membunuhnya atau dengan seorang perempuan yang dia ingin berzina dengannya maka diharuskan baginya dalam keadaan ini untuk melakukan tajassus. Lihat Al-Ahkam al-Sulthaniah. (Hlm. 366)



Pandangan Hujjat al-Islam al-Ghazali

Kata al-Imam al-Ghazali Rahimahullah: Maksiat yang sedang berlaku dan pelakunya sedang melakukannya contohnya memakai sutera, memegang ʿoud (diistilahkan juga sebagai qanbūs atau gambus) dan arak. Maka membatalkan (menghalang) maksiat ini adalah wajib dengan segala yang termampu selama tidak membawa kepada maksiat yang lebih keji atau sama dengannya. Dan ini terpakai kepada mana-mana individu dan rakyat.

Demikian juga, Imam al-Ghazali menambah:  Begitu juga duduk berdua-duaan dengan wanita ajnabī (al-khalwah bi al-ajnabiyyah) itu sendiri adalah perbuatan maksiat kerana ia pada sangkaan, akan terjadi maksiat. Dan mendatangkan sesuatu yang menimbulkan sangkaan maksiat itu adalah maksiat.  Kami maksudkan dengan ‘sangkaan’ itu adalah sesuatu yang dilakukan insan pada kebiasaan untuk terjadinya sesuatu maksiat,  yang mana dia tidak ada kemampuan untuk mencegahnya. Maka, hakikatnya  itu hisbah adalah pada maksiat yang sedang terjadi, tidak berlaku kepada maksiat yang masih dalam jangkaan (boleh jadi berlaku atau tidak). Lihat Ihya’ Ulum al-Din (2/382-384)



Beberapa Dalil Dan Perbincangannya

Antaranya:

Apa yang diriwayatkan daripada Abd al-Rahman Bin Auf katanya:
حَرَسْتُ لَيلَةً مَعَ عُمَرَ بنُ الخَطَّابِ بالمَدِينَةِ إِذ تَبَيَّن لَنَا سِرَاجٌ فِي بَيتِ بَابِهِ مُجافَى عَلَى قَومٍ لهُم أَصْوَاتٌ مُرتَفِعَةٌ ولَغَط. فَقَالَ عُمَرُ: هَذَا بَيت رَبِيعَة بنُ أُمَيَّة بنُ خَلَف وَهُم الآَن شَرَب فَمَا تَرَى، قُلتُ: أَرَى أَنَّا قَدْ أَتَينَا مَا نَهَى اللهُ عَنهُ وَلَا تَجَسَّسُوا وَقَد تَجَسَّسْنَا، فَانْصَرَفَ عُمَرُ وَتَرَكَهُم

Maksudnya: “Aku pernah satu malam bersama Umar bin al-Khattab membuat rondaan di kota Madinah kemudian kami dapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan terdapat satu pintu yang sedikit jauh daripada orang lain. Terdapat padanya beberapa orang yang suaranya kuat dan bising. Maka Umar berkata: “Ini rumah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pendapatmu: “jawabku: Aku berpendapat sebenarnya kita telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan meninggalkan mereka.”

Riwayat al-Tabarani 1806, al-Hakim 4/419, dan al-Baihaqi 18080. Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh Syaikhan. Imam al-Zahabi bersetuju dengan kesahihan hadis ini

Dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh Imam al-Qurtubi (16/333), Abu Qilabah berkata:
حَدَث عُمرُ أَنَّ أبَا محجَن الثَّقَفِي يَشرَبُ الخَمْرَ مَعَ أَصحَابٍ لَهُ فِي بَيتِهِ فَانطَلَقَ عُمَرُ حَتَّى دَخَلَ عَلَيهِ فَإِذَا لَيسَ عِنْدَهُ إِلَّا رَجُل فَقَالَ أبُو محجَن: إِنَّ هَذَا لَا يَحلُّ لَكَ قَد نَهَاكَ اللهُ عَنِ التَّجَسُّس ِفَخَرَجَ عُمَرُ وَتَرَكَه

Maksudnya: Umar menceritakan bahawa Abu Mihjan al-Thaqafi minum arak bersama para sahabatnya di rumahnya, lantas Umar menuju ke rumah tersebut dan masuk, didapati tiada di sisinya kecuali seorang lelaki, lantas berkata Abu Mihjan: “Sesungguhnya ini tidak halal bagi kamu dan Allah melarangmu daripada Tajassus (mengintip), maka Umar keluar dan meninggalkannya.”

Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (10/232)

Komentar dan Ulasan

Sesungguhnya dua peristiwa di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa sifat pemimpin prihatin dan cakna kepada rakyat. Justeru, amar makruf dan nahi mungkar adalah digalakkan tetapi ditegah melakukan tajassus kecuali dalam beberapa keadaan. Ini bertujuan memelihara hak masing-masing yang perlu dihormati. Antara hak tersebut ialah:

Hak ke atas tempat tinggalnya.
Ruang kebebasan peribadi.
Begitu juga kadangkala pengintip menghalalkan cara yang haram bertujuan sampai kepada matlamat, perkara seperti ini juga perlu diambil kira.



Cadangan Garis Panduan Operasi Tangkap Khalwat

Berikut merupakan beberapa cadanga dhawabith (garis panduan) yang kami kira perlu diambil cakna oleh pihak yang terlibat dalam operasi penangkapan khalwat:

1- Tidaklah serbuan dilakukan semata-mata berdasarkan sangkaan. Bahkan ia dilakukan berdasarkan laporan yang diterima dari individu yang diyakini kebenarannya sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi dan al-Imam al-Ramli. Manakala sekiranya laporan yang disampaikan itu datangnya dari golongan fasiq, hendaklah dilakukan proses tabayyun (selidik) terlebih dahulu pada laporannya.

2- Hendaklah penguatkuasa meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu sebelum memulakan serbuan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:



يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَدۡخُلُواْ بُيُوتًا غَيۡرَ بُيُوتِكُمۡ حَتَّىٰ تَسۡتَأۡنِسُواْ وَتُسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَهۡلِهَاۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡر لَّكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian memasuki rumah-rumah selain rumah kalian sehinggalah kalian meminta izin dan memberi salam kepada ahli rumahnya. Yang demikian itu lebih baik untuk kalian mudah-mudahan kalian mendapat peringatan.

(Surah Al-Nuur : 27)



Berdasarkan ayat ini, rumah-rumah yang dimaksudkan itu adalah premis-premis kediaman peribadi seseorang yang kita dilarang menceroboh masuk ke dalamnya tanpa izin.

3- Memastikan semua pegawai yang dihantar untuk melakukan operasi tersebut merupakan individu yang terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan terhadap tugasan yang dilakukan.

4- Hendaklah serbuan tersebut dilakukan setelah ada tanda-tanda yang jelas akan berlakunya maksiat yang mana sekiranya kita tidak melakukan serbuan tersebut akan berlakulah maksiat. Ini berdasarkan athar daripada Ibn Mas’ud yang mengatakan:



إِن يَظْهَر لَنَا شَيء نَأخُذ بِهِ

Maksudnya: Sekiranya telah jelas kepada kita sesuatu, maka kita mengambil tindakan terhadapnya.

Musannaf Ibn Abi Syaibah (9/86)



Dalam konteks kita di Malaysia, tanda-tanda yang jelas ini termasuklah apabila kelihatan dua pasangan yang memang diketahui belum berkahwin tetapi bersekedudukan di dalam rumah atau bilik, maka perlunya maklumat ini disampaikan kepada pihak berkuasa supaya larangan kepada perkara mungkar dapat dilakukan.

Sebahagian pihak mengkritik beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa semasa melakukan operasi serbuan. Seperti perbuatan menceroboh masuk tanpa izin dan bersikap kasar, menceroboh masuk ke dalam bilik pasangan yang sudah berkahwin, serta beberapa kes lain. Teguran-teguran sebegini tidak dinafikan dalam usaha memastikan operasi pencegahan maksiat tidak menjadi fitnah terhadap agama Islam. Akan tetapi, kaedah fiqah ada menyebut:



العِبرَةُ لِلغَالِبِ الشَّائِعِ لا لِلقَلِيلِ النَّادِرِ

Maksudnya: Yang diambil kira itu adalah pada kebiasaan yang meluas, bukannya pada sedikit yang jarang berlaku.



Memahami Teks Agama Berdasarkan Rasional Akal

Dewasa kini, terdapat beberapa individu atau golongan yang cuba memahami dan menafsirkan nas-nas agama berdasarkan rasional akal mereka. Bahkan mereka hanya menggunapakai serta berhujah dengan nas-nas yang menepati hawa nafsu mereka dan meninggalkan nas-nas yang dirasakan kurang sesuai. Ini bercanggah dengan prinsip asas kita yang memahami agama berdasarkan wahyu. Kata Saidina Ali R.anhu:



لَو كَانَ الدِّينُ بِالرَّأيِ لَكَانَ أَسْفَلَ الخُفِّ أَولَى بِالمَسْحِ مِن أَعلَاه

Maksudnya: Sekiranya agama ini berdasarkan ra’yi (rasional akal) nescayalah bahagian bawah khuf itu lebih utama untuk disapu berbanding bahagian atasnya.

Riwayat Abu Dawud (162)



Athar ini tidaklah menafikan peranan akal sebagaimana yang disangka oleh sebahagian pihak. Akan tetapi, athar ini jelas menunjukkan bahawa akal yang sahih dan sejahtera adalah yang bertepatan dengan petunjuk wahyu. Justeru, akal yang sejahtera akan berpandangan bahawa sapuan khuf di bahagian atasnya itu adalah perbuatan yang tepat kerana ia bertepatan dengan pandangan syarak.

Bahkan penggunaan lafaz يَنْظُرُونَ ، يَعْقِلُونَ ، يَتَفَكَّرُونَ  di dalam al-Quran, kesemuanya ini mengisyaratkan agar kita menggunakan akal akan tetapi diselaraskan dengan timbangan syarak. Inilah pendapat yang sebenarnya.



Meraikan Uruf Dan Adat Setempat

Di dalam konteks di Malaysia, hendaklah setiap individu menghormati uruf dan adat masyarakat setempat. Ini berdasarkan sebuah kaedah fikah yang masyhur: Al ‘Aadah Muhakkamah. Di sisi masyarakat kita, berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang ajnabi adalah merupakan satu keaiban yang memalukan. Ia bukan sahaja menimbulkan sangka buruk orang lain terhadap kita bahkan menimbulkan fitnah ke atas maruah diri dan juga keluarga.

Justeru, setiap pihak baik dari kalangan NGO atau mana-mana agensi diharapkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memecahkan keharmonian uruf dan adat setempat di negara kita ini.

Begitu juga kita hendaklah memahami antara prinsip rukun negara ialah menghormati kesopanan dan kesusilaan yang merentasi agama, bangsa dan rakyat yang bernaung sebagai warganegara Malaysia.



Dosa Peribadi Dan Perbahasannya

Sebahagian pihak mendakwa, khalwat dan zina termasuk dalam dosa-dosa peribadi yang hanya melibatkan pelaku maksiat dengan Tuhannya. Justeru, kita tidak boleh masuk campur menjatuhkan hukuman kepada pesalah tersebut. Benarkah dakwaan ini ?

Kita katakan bahawa perbuatan ini secara hakikatnya telah mencemarkan dharuriyyat al-khamsah itu sendiri iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga maruah, dan menjaga harta.

Hujah yang sering digunakan ialah sebuah athar dari Saidina Umar bin al-Khattab R.anhu yang mendapati ada seseorang yang meminum arak di dalam rumahnya. Kemudian mereka turut mengaitkan sama keadaannya dengan golongan yang berkhalwat dan berzina di dalam rumah-rumah mereka.

Kita katakan, benarkah khalwat dan zina itu termasuk dalam dosa peribadi ?

Menjawab persoalan ini, kita pecahkan kepada beberapa isi penting:

Khalwat hukumnya haram. Ia merupakan wasilah (jalan) ke arah berlakunya zina. Kaedah fikah ada menyebut: Apa-apa yang membawa kepada perkara haram maka ia juga turut haram.
Kedua, berdua-duaan akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat dan kedua-kedua keluarga pasangan yang berkhalwat. Nama baik keluarga akan tercemar dengan perbuatan ini.
Membenarkan khalwat berlaku dengan alasan tidak mahu masuk campur dalam dosa peribadi hanyalah menggalakkan percambahan berlakunya kes zina dalam kalangan masyarakat. Ketika berlakunya zina, akan timbul kes pembuangan dan pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan penzinaan juga akan menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan)
Setelah kita jelas berkenaan perkara-perkara di atas, ketahuilah kita bahawa dakwaan khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah kemungkaran ini.

http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... g25-dan-isu-khalwat
ini adalah dari seorang mufti - yg ditauliahkan dan CVnya dipaparkan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 09:54 AM | Show all posts
Lebai_harum replied at 19-2-2017 07:53 PM
Dalam usul fiqh, ana rasa boleh ambil tindakan ke atas yang lebih memudarat mengatasi yang kurang mu ...

Tuan lebai, dalam hukum hakam ni tak boleh rasa2 , agak2 or suka2. Kalau takde ilmu or taktau tak payah rasa2. Biarlah yg ada ilmu dalam bab2 hukum ni berdebat dan berdikusi sampai jumpa jalan penyelesaian.

Saya yakin Dr MAZA keluarkan dalil2 beliau bukan berdasarkan rasa2 atau agak2 login akal.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 20-2-2017 09:54 AM
Tuan lebai, dalam hukum hakam ni tak boleh rasa2 , agak2 or suka2. Kalau takde ilmu or taktau tak  ...

hang tegoq lebai yg bagik pendapat secara sopan, yg kaki tibai islam hang biaq ja. Hang punya tarak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 01:27 PM | Show all posts
keh keh keh

so wahabians wanabe...
zina secara sembunyi tak boleh hukum...
rasuah secara sembunyi boleh hukum ka tak boleh?
so lepas ni semua orang buat salah sila buat secara sembunyi ya...
apa bikin lu orang mau tengok akaun wa? wa punya akaun wa punya privasi lah?

sungguh wa kata, wahabi ni akal mereka letak di lutut agaknya..
agama main logik akal surface sahaja..
diorang ingat ulama2 terdahulu sama macam mereka bila keluarkan fatwa agaknya..
mains sebat je....

keh keh keh


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 01:30 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 20-2-2017 01:27 PM
keh keh keh

so wahabians wanabe...

ada sepet area rumah aku dulu sembunyi2 buat maksiat jual judi online. kena tangkap gak.
apa hal?


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 01:38 PM | Show all posts
gasbracun replied at 20-2-2017 01:30 PM
ada sepet area rumah aku dulu sembunyi2 buat maksiat jual judi online. kena tangkap gak.
apa hal? ...

keh keh keh

itu sebab ini negara belum ikut ini hukum wahabi lagi..
lepas ikut hukum ini wahabi baru tak kena tangkap..
sila bersabar dan sokong ini mufti wahabi ya..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 02:13 PM | Show all posts
kakiselit replied at 20-2-2017 12:35 PM
hang tegoq lebai yg bagik pendapat secara sopan, yg kaki tibai islam hang biaq ja. Hang punya tara ...

saya setuju dengan pendapat dr maza
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 20-2-2017 02:13 PM
saya setuju dengan pendapat dr maza

Hang wahabian ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 03:50 PM | Show all posts
xde ulamak yang maksum dah sekarang ni..
ini hujah die
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 04:29 PM | Show all posts

asal drmaza je wahabian, boring la... ni crite jaman tok kaduk lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 08:35 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-2-2017 08:39 PM
Ah_Kwan replied at 20-2-2017 01:27 PM
keh keh keh

so wahabians wanabe...

kalau begitu kalau kita kiaskan/analogikan :personal sins - dosa yg peribadi tak diketahui

contoh :

kes NFC yg mana rafizi disalahkan sebab bongkar benda yg dianggap confidential oleh sistem perbankan  - i mean the kerani bank tu memang tu kan yg dedahkan benda yg privacy, saya difahamkan itu yg menajdi kesalahnnya -  the action of doing that as in breaching the confidentiality - mana boleh kerani bank pi dedah si polan si polan ada berapa?
dan sekarang  tengah kes mahkamah kan?

so kalau ikut kias golongan liberal ni - personal sins - so kena diam, aib peribadi

maka depa tak patut bising jugak lah kan kes NFC sebab benda ni dalam akaun dan benda ni adalah rahsia

so nampak tak selektif ?

bila mai tang amal makruf nahi mungkar ...banyak alasan pulak.
nampak tak

depa argue personal sins , dedahkan  aib - okay ia personal
tapi tang bab rasuh penipuan depa lantang
tapi depa juga yg kata personal sins doasa yg peribadi dan tak dikeathui sampai bawa qardhawi semua  - tak patut dihukum
so yg kes kerani bank yg pecahkan kerahsian tu - tak dikira personal sins  yg ingin didedahkan?

so pada i inilah yg i tengok selektifnya


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai mupti perlis ni nyanyok ke apa? Bila masa ada hukuman shariah untuk berzina? Yg ada khalwat berdua-duan dgn bukan muhrim kan?
Kalau dah berzina kau nak cegah apa lagi?  
Otak asyik pikir sex aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 09:07 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-2-2017 09:10 PM
kakiselit replied at 20-2-2017 12:35 PM
hang tegoq lebai yg bagik pendapat secara sopan, yg kaki tibai islam hang biaq ja. Hang punya tara ...

you  know ada golongan yg dok kisah personal sins ni - i mean heheheh
bila kita kata nanti SPRM ambik qiyas personal sins  habislah tak leh buat keje nak banetras rasuah , ingat rasuah ni secara terang terang ke?
boleh pulak bidas kata
eh rasuah ni sivil...oh tang bab ini pendedahan benda confid dan perbadi halal pulak dalam pandangan depa , kan?


ohhh...

bab yg depa lantang boleh pulak selektif, gitu.

bab yg mana kerani yg dedahkan kes sharizat ada so and so isu dalam bank account boleh pulak kata tak adil itu ini-hmm////

tapi bab bab mai tang bab khalwat or personal contoh aktiviti persundalan yg dikatakan dosa peribadi wah dalil itu ini diberikan.

i mean - u know Maza pun i rasa berbanggakah kenyataan dia yg sering saja dia buat dalam hal hal RuU355 ni diputar belit atau dia suka ka tengok org yg anti islam used thsi against islam?

i mean ...???


RUU 355 bukan hudud pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:21 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 08:35 PM
kalau begitu kalau kita kiaskan/analogikan :personal sins - dosa yg peribadi tak diketahui

con ...

keh keh keh

begitulah mereka...
ingat akal yang Allah kurnia pada mereka itu dah cukup lengkap untuk memimpin manusia..
Muhammad dah ajar, mereka tak faham..
Mereka pertikai..kerana panduan mata hati mereka tak nampak..
Mereka mendustakan ahlillah yang sedah dibuka mata hati..
Bila mereka tak pernah sampai, mereka kata yang dah sampai itu karut..
Kemudian mereka terjemah sendiri walhal buta mata hati...
Dan yang lebih hebatnya, ramai yang nak ikut tu...rasa betul..sebab sama buta mata hati..
kami pun buta juga, tapi ..nasib juga lah sedar diri ni buta..ikut je lah pimpinan yang dah celik..
yang tak sedar diri ni yang masalahnya...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:23 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 19-2-2017 06:27 PM
Akn byk lah baby di tong sampah & toilet nanti...

Alhamdullilah..pelakunya mesti syiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.133023 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list