CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2973|Reply: 48

[Tempatan] Bila dah ada kematian, ada cadangan larangan bawah umur keluar waktu malam

[Copy link]
Post time 19-2-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 19-2-2017 09:16 PM

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan kerajaan negeri Johor mengeluarkan arahan perintah larangan keluar malam bagi remaja bawah umur di lokasi trtetentu dan berisiko.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat larangan keluar malam di lokasi yang berisiko terutama di kawasan bandaraya dan jalan-jalan utama yang merbahaya.

"Masalah sekarang ini polis mempunyai kuasa yang terhad terhadap mereka yang bawah umur jadi kalau kerajaan negeri sendiri mengambil satu ketetapan bahawa ia bukan perintah berkurung, tetapi melarang mereka berkeliaran pada waktu malam tambah lagi kawasan jalan raya utama yang merbahaya," kata Nur Jazlan dalam sidang media di sini, hari ini.


Cadangan tersebut sebagai langkah mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti rempuhan maut yang meragut lapan nyawa remaja yang berbasikal di sini awal pagi semalam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong 101%..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 08:19 PM | Show all posts
ARAHAN TERBARU SULTAN JOHOR BERIKUTAN TRAGEDI YANG
MENIMPA 8 ORANG BUDAK BERBASIKAL

Berkuatkuasa serta-merta, selepas jam 10 malam, kanak-kanak di bawah
umor 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa.

Sekiranya didapati berlaku, kanak-kanak tersebut dan ibubapanya akan menjalani
sesi kaunseling selama 2 bulan tanpa kompromasi dan ibubapa mungkin dipenjarakan
@ saman RM5000 kerana gagal mengawal tingkahlaku anak masing-masing.

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada ibubapa yang ingkar dengan arahan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 08:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 08:31 PM | Show all posts
Edited by nolya at 19-2-2017 08:33 PM

So... curfew  kpd remaja  mau diterapkan  hanya setelah ada kematian.  Kalau tak de kematian, tak diura2kan  secara ketat  curfew trs.  Begitu ke?  Seharusnya tak begitu bukan.

Masalah anak2 remaja kita, tak kira yg lelaki maupun perempuan  seharusnya telah lama  diambil berat oleh ibubapa, juga pihak penguatkuasa.  Banyak  kali dah terjadi hal2 yg meresahkan ulah drp anak2 remaja ni..... Dgn hal2 buruk yg menimpa,  kemalangan maut,  anak2 muda ditangkap khalwat, gadis2 remaja buang anak,  nak dikatakan  tak  ada  tindakan, ada... tapi  kenapa tak berkesan?  Apakah  makbapak dan pihak2 yg berkuasa  kalah,  tak mampu untuk membenteras  perkara yg tak molek trs.  Dah puas cakap, degil akhirnya semua pihak angkat bendera putih dgn tingkah anak2 remaja kita.  Ataukah  masih  ada cara yg lebih keras dan berkesan  lagi boleh diambil sekalipun  dah terhantuk baru nak tengadah?  Bagus juga  kalau selepas ini, remaja2 yg rempit sikal di tengah malam, mereka ditahan polis,  minta makbapak  datang  jemput anak mereka pulang.  Basikalnya ditahan  dan  perlu ditebus  jika  menuntut.  Seumur gitu dah jadi mat rempit sikal, besar sikit nanti jadi mat rempit motor pula.  Yg pompuan jadi jadi 'piala'.  Aduhai.... nak jadi apelah  generasi kita di masa depan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang tangkap nanti polis kena saman plak dgn parents dengan ada titah  mcm ni, sila rujuk ke Sultan Johor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2017 10:54 PM | Show all posts
Budak negeri lain elok jer keluar naik beskal memalam, takde laa huru-hara atas jalan macam semut kena cucuh api pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat negeri lain ada jgk ke pesen basikal tmpt duduk rendah ni.. ntah apa nama basikal ni diaorg pgil. Tp mmg seawal maghrib lg diaorg ni dok berkeliaran. Pernah terserempak dgn geng basikal ni. Da lama dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 11:58 PM | Show all posts
basikal kontot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:03 AM | Show all posts
Parents sekarang....
Cikgu, polis, masyarakat yang kena jaga anak dia orang.
Majoriti parents mcm ni yg hidup miskin penerima BR1M.
Tahu membiak aje kemudian salahkan hidup miskin, rumah sempit punca anak jahat.
Bangsa lain pun ada yang hidup miskin tapi anak2 mereka sedari kecil berakal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:05 AM | Show all posts
syukur.
atleast ada guna juga kematian budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berkuasa nak buat apa pon tak boleh.. kalau ada undang2 senang skitlah keja...

Ingat dulu jemput polis dtg bg ceramah..dia cerita bukan cikgu je kena marah kena ugut saman dengan ibu bapa yg syg anak terlebih ni..polis pon kena marah..kena ugut nak saman .. syg berpada2... kalau menyusahkn masyarakat.. apa tindakn yg polis boleh ambil..harap undang2 diperketatkn untuk kekang semua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-2-2017 10:54 PM
Budak negeri lain elok jer keluar naik beskal memalam, takde laa huru-hara atas jalan macam semut ke ...

Ni agak setuju gakla...

Elok je budak2 tu cari tempat lapang lepak2..bukn atas jalanraya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 20-2-2017 12:10 AM
sarahmirza replied at 20-2-2017 12:03 AM
Parents sekarang....
Cikgu, polis, masyarakat yang kena jaga anak dia orang.
Majoriti parents mcm  ...


Kan sis?

Haish....

Klu boleh nak salahkn org je...

Skrg ni jd gini.. xde pulak mak bapak kena tangkap sebab cuai..

Katalah budak2 tu duk asrama..pandai pulakkan.. nk salh org mcm2..ini duduk ngan ibu bapa jaga ank xsampi 10 org pon terlepas keluar pgi2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa, our law is written with blood and death. Apa2 pon kau byk berjasa dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Curfew juga kt anak2 dara kuar mlm tu..buang masa aja lepak kt mamak la aapa.pi tgk yt blaja msk sndiri la..ni kuar 2,3 pagi.pastu kene rompak kt trafik light..nyusahkn polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 12:25 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 20-2-2017 12:05 AM
Pihak berkuasa nak buat apa pon tak boleh.. kalau ada undang2 senang skitlah keja...

Ingat dulu j ...

setuju je dgn curfew ni,,biar bebudak bawah umur tak bleh merayap malam2..parent plak tau nye buat anak je..penjagaan fail

hanya undang2 ketat je boleh mengajar famili pprt camnih
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 20-2-2017 12:25 AM
setuju je dgn curfew ni,,biar bebudak bawah umur tak bleh merayap malam2..parent plak tau nye buat ...

Betul tu...

Byk sgt alasan dorg klu bab penjagaan anak ni...

Ini dah kena langgar..mati 8 org

Dulu kena tembak... arwah aminurrashid dulu tu pon umur 15 tahun gitu kan..

Lepas ni apa pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:31 AM | Show all posts
Disebabkan mak bapak bodoh.Anak sendiri pun satu  negara nak kena tolong jagakan.
Masa sedap buat anak pandai pulak sedap sendiri2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:32 AM | Show all posts
Biasalah mentaliti ummah Malaya dah berlaku baru terhegeh-hegeh nak cari solution.

Pre-emptive measure  memang sangat lemah dalam negara Malaysia ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.076299 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list