CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4385|Reply: 18

Tuhan adalah lemah & perlu dilindungi

[Copy link]
Post time 20-2-2017 06:53 AM | Show all posts |Read mode
https://www.facebook.com/yatikpw/posts/10158227302170371

Norhayati Kaprawi
15 hrs ·
Tajuk buku Gus Dur "Tuhan Tidak Perlu Dibela" ini membuatkan saya teringat riwayat yang dicatat oleh Ibn Hisham, iaitu kisah Abrahah yang berhasrat untuk menyerang Ka'abah.

Abrahah panggil datuk Nabi Muhammad s.a.w, Abdul Muttalib menemui beliau. Abrahah maunya Muttalib negotiate dengan dia in a way supaya Muttalib yang jadi wakil kaum Quraisy itu acknowledge authority dia (Abrahah).

Tapi dalam negotiation itu, Abdul Muttalib hanya minta Abrahah memulangkan kembali 200 ekor untanya yang telah dirampas Abrahah sebelum itu. Abrahah pun merasa sangat kecewa dengan sikap Abdul Muttalib yang macam buat tak peduli je tentang kekuasaan atau power Abrahah itu.

Jadi Abrahah pun tuduh atau sindir Abdul Muttalib seperti hanya mementingkan hartanya sendiri kerana AMuttalib tidak kisah pun untuk memohon Abrahah agar tidak memusnahkan Ka'abah.

Jawapan cepumas Abdul Muttalib adalah "Urusanku ialah unta-unta itu kerana aku tuan punyanya, manakalah Rumah itu (Ka'abah) adalah urusan Empunya nya (Allah) untuk melindunginya" ...

Jadi kadang2 tu, tak payah lah nak over-over sangat konon nak 'protect' Tuhan semua, sebab macam Gus Dur kata - Tuhan itu sendiri kan YANG MAHA AGUNG, YANG MAHA PERKASA, YANG MAHA MELINDUNGI, YANG MAHA BIJAKSANA, YANG MAHA PENGATUR SEGALA-GALANYA...

Sebenarnya, manusia lah yang perlukan Tuhan untuk bela dia manakala Tuhan sendiri tak perlukan pun manusia kerdil untuk bela Dia.

Malahan, Tuhan lebih concern dan mahu agar manusia fokus untuk bela orang-orang yang lemah, yang tertindas, teraniaya, anak2 yang tak dapat nafkah, anak-anak yatim yang dimakan haknya, bela hak rakyat dari ditipu dan ditindas pemerintah yang corrupt dsb.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 07:26 AM | Show all posts
gus dur , cak nur adalah liberalist. begitu juga sesetengah sarjana Sorbonne.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:29 AM | Show all posts
Islam Liberal:


Islam Liberal yang sedang mengancam keberadaan agama Islam beraliran arus perdana di Malaysia dan di Dunia Melayu.

Aliran ini antaranya boleh dilihat elemen-elemennya dalam buku suntingan Leonard Binder ’Islamic Liberalism’, buku suntingan Charles Kurzman, ’Liberal Islam A Source Book’; ia juga boleh dilihat dalam himpunan tulisan-tulisan seperti ’Islam Liberal dan Fundamental Sebuah Pertarungan Wacana’, yang di dalamnya ada karangan-karangan oleh Abdurrahman Wahid, Mustafa Bisri, Haidar Baqir, Ulul Abshar Abdalla, Goenawan Mohamad, dan Benny Susetyo.

Dalam pendahuluannya kepada buku ’Liberal Islam’ Charles Kurzman menyebut tentang ’modes of Liberal Islam’ (hlm 13-26) dengan menggariskan beberapa ’unsur’nya seperti ’Syariah yang liberal’, ’Syariah yang senyap’ dalam hubungan dengan perkara-perkara yang Syariah ’senyap’ tentangnya, penentangan terhadap ’theodicy’, atau perlaksanaan Syarak sebagai hukum Tuhan, ’Syariah yang ditafsirkan’ dengan menekan Syariah yang ditafsirkan oleh manusia; walaupun ia berasal dari sumber rabbani, ia tafsiran manusia; oleh itu tidak sunyi daripada tersilap.

Ini disusuli dengan penerangan tentang penentangan terhadap ’theodicy’, sokongan terhadap demokrasi Barat, hak-hak wanita secara Barat, hak-hak bukan Islam, kebebasan berfikir, dan akhirnya kemajuan.




Kalau pendekatan Leonard Binder ialah membentangkan pemikiran beberapa tokoh Timur Tengah (terutamanya Mesir) dalam penentangannya terhadap Barat, Charles Kurzman mengambil pendirian menonjolkan beberapa tokoh liberal dalam Islam yang menentang Islam itu dari dalam Islam itu sendiri, sebagaimana yang dinyatakannya dalam pendahuluannya.(halm. 13).



Di Dunia Melayu, kita boleh melihat elemen-elemen Islam Liberal antaranya dalam tulisan Ulil Abshar ’Menyegar kembali Pemahaman Islam’ dalam buku suntingannya Islam Liberal & Fundamental’.

Di dalam tulisannya beliau menyatakan dengan terang bahawa yang dikehendakinya ialah ’penafsiran Islam yang non-literal, substansial, kontekstual, dan sesuai dengan denyut nadi peradaban manusia yang sedang dan terus berubah’ (hlm 8), Juga ia ’(penafsiran) yang dapat memisahkan mana unsur-unsur di dalamnya yang merupakan kreasi budaya setempat, dan mana yang merupakan nilai fundamental.

( NOTA SAYA : lihat elemen religio ethics :manifestasi : alah  ini budaya arab , menutup aurat tu budaya aurat zaman arab  dulu kan...inilah yg penulis cuba nak bawa dalam perenggan di atas yg ditegur oleh Dr Muhammad El Muhammady )



Kita harus bisa membedakan mana ajaran dalam Islam yang merupakan pengaruh kultur Arab dan mana yang tidak’ (hal.8).
( nota : yups tulisan liberal muslim di atas as exactly )

Seperkara lagi ialah beliau mahu supaya ’umat Islam hendaknya tidak memandang dirinya sebagai ’masyarakat’ atau ’umat’ yang terpisah dari golongan yang lain.

Umat manusia adalah keluarga universal yang dipersatukan oleh kemanusiaan itu sendiri…’ (hal. 8).
Natijahnya boleh kita lihat dalam kenyataannya sendiri bahawa ’Segala produk hukum Islam klasik yang membedakan antara kedudukan orang islam dan non-Islam harus diamademenkan (yakni diubah –uem) berdasarkan prinsip kesederajatan universal dalam tataran kemanusiaan’ (hal.9).

( NOTA SAYA : ini scarry dan sangat salah !!! kan elemen liberal ini )


Berikutnyta beliau menyatakan bahawa ’kita membutuhkan (yakni memerlukan –uem) struktur sosial yang dengan jelas memisahkan mana kekuasaan politik dan mana kekuasaan agama.
Agama adalah urusan peribadi; sementara pengaturan kehidupan publik adalah sepenuhnya hasil kesepakatan masyarakat melalui prosedur demokrasi.’(hal.9)

Dengan itu katanya ’tidak ada yang disebut ’hukum Tuhan’ dalam pengertian seperti dipahami kebanyakan orang Islam [termasuk yang difahami oleh imam-imam mujtahidin, dan ulama, bahkan failasuf seperti ibn Rushd dengan ’Bidayatul-Mujtahid’nya,  serta yang terkandung dalam teks-teks seperti ’al-Fiqh ’ala l-madhahib al-arba’ah’ oleh al-Jaziri dan ’al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ oleh al-Zuhaili itu-uem]. Katanya ’Misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan, dan sebagainya …’(hal.9). Dengan ini seluruh hukum Islam yang diijmakkkan dalam umat terbatal semuanya.

Subhana’Llah.

(NOTA SAYA: sounds familiar right , tentang unsur manifestasi pemikiran mereka  yg selalu mengenepikan pandangan tradisi kelilmuan yg berusia 1 000 lamanya - so sebab tu thinsg like hadith or  whant not depa sceptics )




Sebagai natijah daripada pendekatan ini juga, Ulil mengaitkan Nabi saw dengan ’mitos yang dikagumi’, lalu ia menyatakan pendiriannya: ’Rasul Muhammad saw adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis (sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya) … (hal.9-10).

Pandangan nabi saw ’yang banyak kelemahan-kelemahannya’ bercanggah dengan Quran, sunnah dan ijma’; apa lagi bila diingatkan para anbia dengan sifat ma’sum mereka sebagaimana yang ada dalam pendirian arus perdana Islam.



Natijahnya juga padanya ialah bahawa ’setiap nilai kebaikan , di manapun tempatnya, sejatinya adalah nilai Islami juga.Islam-seperti pernah dikemukakan oleh Cak Nur dan sejumlah pemikir lainnya adalah ’nilai generis’ yang bisa ada di Kristian, Hindu, Budha, Konghucu, Yahudi, Taoisme, agama dan kepercayaan lokal, dan sebagainya. Bisa jadi, kebenaran ’Islam’ bisa ada dalam filsafat Marxisme.’(hal.11). Katanya ’Saya tidak memandang bentuk tetapi isi…’

( NOTA SAYA : lihat Cak Nur ? yes ini tokoh liberal islam di indonesia )


Tentang wahyu, yang disederetkan sama dengan pemikiran manusia, sebagai wahyu ’nonverbal,  katanya ’Bagi saya. Wahyu tidak terhenti pada zaman nabi; wahyu terus berkerja dan turun kepada manusia.Wahyu verbal memang telah selesai dalam al-Qur’an, tetapi wahyu nonverbal dalam bentuk ijtihad akal, manusia terus berlangsung’ (hal.10).



Inilah setengah daripada pendirian-pendirian ’Islam Liberal’ yang ada di Dunia Melayu yang bercanggah dengan Islam arus perdana yang menjadi pegangan rantau ini dari dulu sampai sekarang. Nampaknya ’Islam Liberal’ yang ada di Dunia Melayu ini benar-benar terpengaruh dengan nuansa ’Islam Liberal’ yang ditaja oleh tokoh-tokoh seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman.

GERAKAN ALIRAN PEMIKIRAN BARU DAN CABARANNYA KEPADA UMAT ISLAM



Sumber: MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 07:31 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 07:26 AM
gus dur , cak nur adalah liberalist. begitu juga sesetengah sarjana Sorbonne.

jadi kamu adalah islam versi ISIS?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:50 AM | Show all posts
al-masihi replied at 20-2-2017 07:31 AM
jadi kamu adalah islam versi ISIS?

apa pendapat anda tentang gus dur and cak nur? or sarjana sorbonne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 08:02 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 07:50 AM
apa pendapat anda tentang gus dur and cak nur? or sarjana sorbonne?

kamu sympathizer ISIS?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 08:04 AM | Show all posts

apa pendapat you tentang

a) cak nur and gus dur
b) how about those sorbonne scholars ? apa pendapat anda tentang pemikiran mereka?
what do you think?

i am interested to know.

dah anda share tentang gus dur ...so sya ingin mengetahui pendapat anda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 09:28 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 08:04 AM
apa pendapat you tentang

a) cak nur and gus dur

apakah kamu setuju apa yg ISIS buat adalah berlandaskan al quran?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 11:07 AM | Show all posts
keh keh keh

apa ke bodohnya punya statement...
banyak sangat tegok pilem lu orang ni
memang la tak perlu nak pertahankan Allah..
Dia Maha segala-gala..

Tapi DIA juga yang aturkan makhluk dia untuk pertahankan DIA.. kunon nampak macam makhluk..
Sebab sifat Nya itu Rahman dan Rahim..
Dia kasih, dia bagi makhluknya peluang (kononnya) untuk mempertahankan DIA..
So, buat je lah keja makhluk...apa sebok mau pikir kerja DIA.?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 03:21 PM | Show all posts
BM berterabur...mcm mana nak faham..
selayaknya kewarganegaran ditarik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 08:28 PM | Show all posts
tuhan adalah lemah & perlu dilindungi?  


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 08:47 PM | Show all posts
al-masihi replied at 20-2-2017 09:28 AM
apakah kamu setuju apa yg ISIS buat adalah berlandaskan al quran?

tidak saya tidak ISIS - by the way untuk pengetahuan awak DAISH adalah term yg lebih tepat.
mereka tidak mewakili Islam pun.

kenapa awak begitu terpencil? dan menggunakan ISIS ? seolah olah menunjukkan kepada saya anda tak peka dan tak tahu apa yg anda perkatakan.

anda menukar topik pada DAISH

saya dah jawab soalan awak.

maka sila jawab soalan ini:

a) apakah  pendapat awak tentang

i) Cak Nur and Gus Dur
ii) sarjana Sorbonne?

b) apakah kerangka pemikiran mereka?

kalau anda tak faham apa yg anda copy and paste kenapa sebarkan? bukankah ini berbahaya pada golongan seperti anda yg amat tidak faham apa itu Islam. Tapi saya percaya somehow anda mengetahui selok belok hal hal kontroversi dan ini dijadikan crystal seed bagi golongan liberal dan pembenci Islam bertenggek berduyun menjadikan isu.

anda ambil Maza. dan stand alone opinion.
anda ambil pemikir liberal

bila ditanya anda tak mampu atau takut
menjawab

anda penakutkah?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 08:52 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 08:47 PM
tidak saya tidak ISIS - by the way untuk pengetahuan awak DAISH adalah term yg lebih tepat.
merek ...

kamu ISIS atau DAESH?  


@admin6    waspada moderator dgn agenda ISIS

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 08:59 PM | Show all posts
al-masihi replied at 20-2-2017 08:52 PM
kamu ISIS atau DAESH?  

wahai si bebas nilai

silakan menjawab

a) apakh penilian anda pada Gus DUr dan Cak Nur?
b) apakah penilaian anda pada sarjana Sorbonne

kalau anda tak tahu apa itu Sorbonne sila tanya.may be i guna term yg anda tak faham.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 09:03 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-2-2017 08:59 PM
wahai si bebas nilai

silakan menjawab

kamu ISIS atau DAESH?  atau Bako Haram?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk2 Islam liberal, teruk lagi Islam jakim yg takde keje lain hanya sibuk jaga dosa orang yg takde kene mengena dgn keharmonian masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa mana2 tuhan pun lemah. Yang batu boleh pecah.
Yg bernama pun ada krisis identiti.
Kenapa perlu berharap pada entiti lemah?:zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:31 AM | Show all posts
letter2 replied at 6-3-2017 11:57 PM
Seperti biasa mana2 tuhan pun lemah. Yang batu boleh pecah.
Yg bernama pun ada krisis identiti.
K ...

u pergi india..kalau nak berilmu ...x perlu tunjuk pandai...

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Truth.8 replied at 7-3-2017 08:31 AM
u pergi india..kalau nak berilmu ...x perlu tunjuk pandai...

Itu bukan tunjuk pandai wahai truth.8

ITU hanya pendirian peribadi.

Kita tak perlukan tuhan. Tuhan yg perlukan kita.

Tuhan reka 1 module kemudian paksa module itu dengan pelbagai peraturan. Jika ingkar akan dihukum.

Sy nak gelak pun kamu tak dengar.


Ppprrrffftttttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.301744 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list