CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7825|Reply: 33

Ubah Persepsi, Surga Yang Tidak Dirindukan 2 Bukti Filem Agama Berjaya

[Copy link]
Post time 20-2-2017 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang pernah menonton filem Surga Yang Tidak Dirindukan pada tahun 2015 pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton sekualnya pada tahun ini.


Cerita yang sarat dengan nilai kekeluargaan ini berjaya menarik minat dan memikat jiwa penonton.



Foto: showbiz.liputan6.com



Filem Surga Yang Tidak Dirindukan 2 menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shahserta serta Reza Rahadian. Apa yang lebih menarik, pelakon Malaysia, Nora Danish juga terlibat dalam projek ini.


Menurut Nora lagi dia sangat teruja dapat menjadi sebahagian dari filem ini kerana pengalaman yang diperolehi ketika berlakon dengan produksi negara luar adalah sangat berbeza.


Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri bersama anak mereka yang penuh berliku dengan onak dan cabaran.

Foto: showbiz.liputan6.com


Mesej yang cuba disampaikan melalui filem keluaran MD Pictures ini sangat jelas membawa unsur-unsur Islam di dalamnya.


Penonton diajar untuk tidak bersikap ego dan cuba untuk mementingkan kebahagiaan orang lain.


"Islam sejati yang saya tampilkan di sini boleh dipanggil sebagai syurga. Jadi bagi memperolehi syurga, seseorang itu perlu melakukan pengorbanan yang banyak," ujar pengarahnya, Hanung Bramantyo pada media tempatan Indonesia.


Hanung Bramantyo, Foto: showbiz.liputan6.com



Filem ini mendapat banyak reaksi dan maklum balas positif dari penonton.


Antaranya ada yang mengatakan ia sangat sedih sampai boleh membuatkan kita menangis serta dapat mengingatkan tentang kematian.


Wah, nampaknya memang sangat hebat filem keluaran negara seberang ini. Apa lagi, ayuh tonton segera kerana ia sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 16 Februari lepas. -CARI

Foto: showbiz.liputan6.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sytd yang first je memang best apatah lagi yang kedua ni x sabar nak gi tgk dkt wayang esok
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:25 PM | Show all posts
yang first tu aku mmg tak bleh blah la. kawin sebab nak tolong, tolong je takyah kawen tak bleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:56 PM | Show all posts
NBM replied at 20-2-2017 07:25 PM
yang first tu aku mmg tak bleh blah la. kawin sebab nak tolong, tolong je takyah kawen tak bleh ke

Kau gila taknak kahwin dgn MeiRose yang cantik nak mampos tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:00 PM | Show all posts
sherry_zaida replied at 20-2-2017 10:56 PM
Kau gila taknak kahwin dgn MeiRose yang cantik nak mampos tu?

haaaa kannnn...nampak sgt laki dia tu nak menggatal. Cuba MeiRose tu ala2 rupa Norlia Ghani..ko ingat dia nak kawen? tolong pun tak maunya dia hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:03 PM | Show all posts
NBM replied at 20-2-2017 11:00 PM
haaaa kannnn...nampak sgt laki dia tu nak menggatal. Cuba MeiRose tu ala2 rupa Norlia Ghani..ko in ...

Kau ni husnozon la sikit nyah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2017 08:06 AM | Show all posts
dia kahwin pun sbb xnak akhbar tu rasa mcm mn dia rasa menjadi anak yatim n mak bunuh diri..apala yg komen tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku suke movie ni katanya heroin2 nye lawa..aku pun tak tengok lg yg 2015 punya..laki aku je dah tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 09:03 AM | Show all posts
Edited by Apai90 at 21-2-2017 09:12 AM

Dah tengok weekend aritu.. Memang best la..Sedih woo

Pelakon2 berlakon x kayu, cantik2 lawa2  but talented.. Even pelakon kanak2 pun lakonan sampai. Nora Danish not bad lakonan, banyak jugak scene dia.

Sinematografi memukau, OST best, diselitkan jugak elemen2 Islamic yg tak terlalu berat tapi still membuat kita berfikir sambil menonton

In conclusion, berbaloi la tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 09:41 AM | Show all posts
raline shah...oh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:04 PM | Show all posts
mcm best je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:14 PM | Show all posts
santek hokeh raline tu..dah la santek belakon pn x kayu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meirose yg cantik dan berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 04:05 PM | Show all posts
Ntah knp iolls suka jalan cite sytd 1.. but sytd 2 still not bad. Lbh bnyk scene lawak.. cuma jln cite cam expected ckit..hehe..
Budak yg belakon jd nadia tu sgt bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 04:48 PM | Show all posts
masalahnya ...yg berjaya tu bukan psl  filem tu filem  agama.byk je filem2 islamik dan biographical  pejuang2 agama tapi  tak laku pun.yg  laku tu sbb filem ni drama psl poligami.ntah kenapa org  m'sia  suka betul tgk citer2 poligami..mcm ayat2 cinta.dulu drama nur kasih psl poligami pun rangking tinggi jugak kann?go figure....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 05:10 PM | Show all posts
bellxx replied at 20-2-2017 05:45 PM
sytd yang first je memang best apatah lagi yang kedua ni   x sabar nak gi tgk dkt wayang e ...

JOMLA KITE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 12:00 PM | Show all posts
nagess tengok cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:52 AM | Show all posts
ooohh...x sbr nk tgk cita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:38 PM | Show all posts

filem Indon yg tema macam ni bagi aku yg the best ialah Ketika Cinta Bertasbih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:12 AM | Show all posts
ok i'm a genius. patutla movie ni tajuk dia sytd 2..... sbb ada no 1... ok nak cari yg first dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.423669 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list