CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1027|Reply: 7

[Tempatan] Polis kaji penyebaran video Jong Nam diserang di klia2

[Copy link]
Post time 20-2-2017 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Polis kaji penyebaran video Jong Nam diserang di klia2
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.
Penyebaran rakaman CCTV itu dilihat mengganggu siasatan polis berhubung kes itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berhubung penyebaran rakaman itu serta tindakan terhadap mereka yang menyebarkan rakaman itu berkata: “Kita akan kaji”.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika ditanya soalan sama berkata, polis akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Perkara ini (penyebaran rakaman CCTV) sedikit sebanyak mengganggu tugasan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rakaman selama 2.33 saat di Lapangan Terbang Antarbangsa KL 2 (klia2) yang disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu tular di media sosial sejak malam tadi.
Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila didatangi 2 wanita yang menyembur sejenis cecair dan menekup mukanya dengan sehelai kain.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 06:27 PM | Show all posts
Kaji konon

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah....

Buat malu je....
Perkara serius mcm ni pun blh bocor....

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:14 PM | Show all posts
penyebaran video ni akan mneyebabkan rejim korea utara bertambah bengang dan furious
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:19 PM | Show all posts
kaji la sekali mcm mana nak ngelak peluru berpandu korea utara tu ye...kaji, kaji, kaji...haktuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya polis s ckp 'kaji' ni byk kali jugak dlm kes kes lain
Hujung hujung tinggal kajian level PhD, 'ambik masa'  nk selesai dan terus senyap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 07:31 PM | Show all posts
kelasss polis malaysia... syabas...
terus kan mengkaji...
dah siap buku nanti boleh iollss beli gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat research proposal dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.160195 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list