CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16269|Reply: 47

Cerpen : Salahkah..

  [Copy link]
Post time 21-2-2017 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by elia201 at 21-2-2017 01:25 AM

HUJAN turun lebat membasahi bumi sedari petang tadi. Sekujur tubuh masih lagi terduduk lesu menahan kedinginan malam. Masih memakai kemeja dan seluar hitam usai pulang dari pejabat petang tadi. Hati bagai malas mahu pulang ke rumah. Seribu satu masalah membelengu fikiran. Pening mencari jalan keluar lantas diri menyepi sendirian di pondok menunggu berdekatan stesen LRT ini.

Duit , duit, duit !

Maya sudah bosan hidup dalam kemiskinan begini. Berkahwin dalam usia yang agak muda membuatkan Maya rasa menyesal memilih Akif sebagai suami.

Masakan tidak, Akif terlalu taksub mengejar impian menjadi seorang ahli perniagaan berjaya. Daripada perniagaan runcit sehinggalah kepada perusahaan makanan kesemuanya menemui kegagalan. Wang ringgit lesap begitu saja. Hutang bank makin bertambah sehingga Maya tidak mampu bersabar lagi.

Malang buat Maya kerana membenarkan Akif menggunakan namanya membuat pinjaman bank.

Hampir setiap hari bank menelefon menagih pembayaran pembiayaan peribadi dari Maya. Laporan kredit makin teruk memandangkan Maya mempunyai tunggakan pinjaman lebih dari dua bulan.

Stress tatkala melayani peminta hutang yang kerap menelefon sehingga adakala Maya jadi paranoid menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Migrain dan sakit jantung pula tatkala menerima pesanan ringkas yang merupakan peringatan dari pihak bank mengugut untuk menyaman dan menyenaraihitamkan nama Maya sekiranya gagal membuat pembayaran dalam tempoh masa seminggu.

Akif cuba juga untuk meminjam kepada sanak saudara untuk meredakan beban Maya malangnya tiada siapa yang sudi menghulur bantuan.

Justeru, Maya terpaksa berkorban akur meski agak terkilan.

Apatah lagi dizaman ekonomi merudum dan harga barangan naik melampau, setiap insan berjimat cermat demi kelangsungan hidup.

Walau kadang wujud kejelikan dalam diri mengenang sikap mertua dan iparnya yang membangga diri dari golongan berada namun berkira wang ringgit dengan darah daging sendiri.

Seboleh mungkin Maya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Akif dan dirinya yang tersilap membuat percaturan.

Ini adalah harga yang perlu dibayar mereka berdua kerana terburu buru membuat keputusan dahulu.



AKIF buntu memikir sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan harian dan juga perniagaannya. Sewa kedai masih belum berbayar. Manakala modal pusingan kian menyusut. Itu belum dikira gaji pekerja. Pusing kepala dibuatnya. Tambah pening bila mendengar bebelan Ibu yang kepenatan menjaga cucu memandangkan Maya, isterinya, keluar bekerja dari siang tadi. Hampir pukul 9 malam namun bayang Maya tak kunjung tiba.

" Mana sajalah isteri Akif pergi.. Sampai sekarang tak balik balik.."

Husna mendodoi si kecil yang sedang menangis sambil mulut membebel umpama bertih jagung. Protes dengan perilaku sang menantu.

" Ala Ibu.. Kejap lagi baliklah Maya tu.. Biasalah kerja makan gaji.."

Akif endah tak endah. Sudah lali dengan sikap Maya yang gemar bekerja lebih masa demi kepentingan Adam, anak tunggal mereka yang baru berusia 3 bulan.

"Itulah Akif.. Biarkan saja isteri tu bebas.. Maya kan dah jadi Mama.. Mana boleh gila kerja macam dulu.. Duit boleh dicari.. Anak ini amanah Allah.. Jangan sampai abaikan tanggungjawab !"

Panjang lebar Husna memberi ceramah percuma kepada Akif.

"Ish Adam ini kenapa.. Melalak tak tentu pasal.."

Husna merungut sendirian sambil mencapai botol susu yang masih berbaki di atas meja lalu disumbat ke mulut Adam.

Tak semena bayi kecil itu tersedak dan terbatuk batuk sehingga wajah berubah rona. Pucat dan membiru. Cecair putih mengalir keluar dari rongga hidung.

" Akif !!! Kenapa dengan Adam ni??"

Nada suara cemas seraya Husna mengendong Adam mendekati Akif.

"Ya Allah, Adam !!!"

Hampir berhenti berdegup jantung Akif melihat keadaan bayinya. Buru buru mencapai kunci kereta lalu berlari laju ke arah parkir. Husna hanya mengekor sambil berdoa agar Adam selamat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2017 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-2-2017 01:40 AM

"ADAM !!!"

Maya menjerit sekuat hati melihat bayinya kini terlantar tidak bermaya.

Adam menerima dua belas suntikan gara gara tersedak susu. Malah paru paru Adam juga disyaki mempunyai jangkitan kuman.

Namun, pemeriksaan lanjut akan dilakukan untuk mendapatkan kesahihan. Maya hanya mampu berdoa dan bertawakal agar Adam terhindar dari sebarang musibah.

Maya benar benar takut andai terpaksa kehilangan anak yang dikandungnya. Sedari tadi air mata tak henti mengalir. Sungguh Maya lebih rela mati dari hidup tanpa Adam.

"Sabar sayang.. Adam anak yang kuat ! I yakin Adam akan selamat.."

Sekadar menyedapkan hati sendiri. Akif juga gusar memikir keadan Adam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-2-2017 02:29 AM

DARI Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali..

Airmata Akif gugur tatkala melihat jenazah Adam yang sudah siap dimandi dan dikapankan. Terketar ketar tangan mendukung si kecil yang kini sudah tidak bernyawa lagi. Memeluk si anak buat terakhir kali.

Maya pula masih enggan menerima realiti. Meratap hiba sewaktu menerima perkhabaran hiba ini. Serasa bertambah sayu Akif menatap wajah sedih Maya.

"You.. Kenapa you biarkan lelaki tua tadi bungkus Adam?! Macam mana Adam nak bernafas? I cakap buka , bukalah.."

Maya bertindak agresif merampas mayat Adam yang dalam pelukan Akif lalu dibawa jauh ke dalam dakapannya. Tubuh kaku itu didodoi sambil sebelah lagi tangan mencuba membuka ikatan disekelilingi badan Adam.

"Jahatlah Papa biarkan orang buat macam ini dekat anak Mama.. Adam jangan risau Mama ada ! Mama akan jaga Adam.. Kita balik rumah tidur sama sama.. Mama bacakan cerita dongeng untuk Adam tau.."

Tingkah laku Maya menambahkan pilu dihati setiap hadirin ditanah kubur. Ada yang bersimpati. Tak kurang juga yang melabelkan Maya sebagai tidak siuman.

" Anak kita dah tak ada, sayang !"

Akif menyapu titis air mata yang kian lebat menuruni pipi. Cuba meraih tubuh Maya ke dalam pelukan.

" Ini kan Adam.. Suka hati saja you cakap anak I dah tak ada.."

Maya segera menyangkal dakwaan Akif. Pada pandangannya Adam masih hidup. Malah sedang tertawa suka diagah oleh Maya.

"Boleh kita sudahkan urusan pengebumian?"

Imam terpaksa bersuara meminta kerjasama Akif. Enggan fardu kifayah ini dilengahkan.

Antara rela dan terpaksa, Akif mengangguk. Memberi isyarat mata kepada adik lelakinya mengambil jenazah Adam dari dukungan Maya.

Maya menjerit meminta bayinya dikembalikan. Meronta ronta dalam pegangan suaminya sambil merayu memohon pengertian Akif.

"You kenapa mereka sanggup masukkan Adam dalam tanah?! Kan kotor dalam tu.. Tolonglah kesiankan Adam !"

Tak putus asa Maya mendesak Akif yang hanya berdiam diri.

Sayang, Akif hanya diam seribu bahasa. Buntu untuk menjelaskan kepada Maya.

"Tak boleh diharaplah you ini !"

Malas membuang masa Maya segera merentap tangan Akif yang menghalang dari tadi.

Usaha Maya berhasil lalu segera mengalihkan tanah yang mengambus jasad Adam.

Akif pantas menarik isterinya supaya menjauh dari menganggu tugas menguburkan anak mereka. Caci maki dan rontaan Maya diabaikan.

" Anak I.. Tolong jangan timbus badan anak I.. Adam sayang Mama..  Maafkan Mama sebab tak dapat selamatkan Adam !!!"

Maya menjerit semahu hati sebelum terduduk lemah dan pengsan tidak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-2-2017 03:06 AM

"SAMPAI bila Akif nak terbeban melayan gila meroyan si Maya tu?"

Sinis sekali Husna menyoal. Mempertikaikan kesabaran Akif melayan kerenah Maya. Kasihan melihat anak lelakinya terpaksa bertungkus lumus membahagi masa mengendali perniagaan sekaligus menjaga Maya.

"Emosi Maya terganggu sikit, Ibu.. Bukan senang Maya nak terima hakikat kehilangan Adam.. Maya tak gila !"

Nada suara Akif meninggi. Marah apabila kesedihan Maya dianggap sebagai 'gila' oleh ibu sendiri.

"Ibu bukan apa Akif.. Maya perlukan rawatan segera.. Mungkin Akif boleh tinggalkan Maya dekat hospital pakar jiwa sekejap.. Bila Maya dah pulih esok, Akif bawalah dia balik.."

Husna berharap sangat agar Akif bersetuju dengan cadangannya.

"Tengoklah macam mana, Ibu.."

Akif serba salah.

Dalam kesukaran hidup masa kini, adakala diri mudah mengaku kalah namun Akif tidak sampai hati membiarkan Maya terkontang kanting jauh dari pandangan mata.

"You nanti belikan sabun mandi Adam tau.. Busuk dah anak Mama ni.."

Maya muncul sambil mengelek anak patung yang dipakaikan menyerupai bayi. Senyum riang terukir dibibir.

"Nanti I belikan ok.. You rehatlah dengan Ibu.. Ada apa apa you text atau call I.."

Akif senyum, mengiyakan saja kehendak Maya. Satu ciuman dihadiahkan dipipi Maya sebelum beralih ke Husna.

Seketika kemudian, Akif pamit untuk pergi.

" You tak nak cium anak ke?"

Maya menyoal sayu seraya menunjuk ke arah patung ditangan. Pengganti Adam pada pandangan Maya.

Akif hanya akur. Patung kecil itu disambut sebelum dicium.

Sejenak, sedih bertandang mengenang perilaku aneh Maya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 01:13 PM | Show all posts
kesiannya maya..mak mertua dia tu tak rse bsalah ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 09:47 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-2-2017 10:28 AM

MAYA pelik melihat lelaki berjubah doktor ramai berada disini sedangkan Akif menyatakan mahu membawa dirinya dan Adam bersiar siar menikmati panorama alam. Justeru Maya berdandan cantik. Baju baru disarung ke tubuh tinggi lampainya semata mata ingin tampak menarik dipandangan Akif.

"You duduk sini sekejap tau.. I nak jumpa orang.. Jangan ke mana mana.."

Akif senyum seraya meminta Maya duduk di kerusi menunggu yang terdapat disitu.

Maya hanya akur sambil tangan mengelek patung yang di anggap Adam.

Seketika kemudian Akif menemui seorang doktor bertugas sambil menunjuk ke arah diduduki Maya.

"Tolong jaga isteri I doc.. I tak sampai tengok isteri I hidup dalam khayalan lagi. "

Sememangnya ini keputusan yang berat buat Akif. Tekad meninggalkan Maya dalam jagaan pakar jiwa disini namun Akif tiada pilihan lain. Keadaan mental Maya makin lemah dan Akif takut lama kelamaan Maya makin sukar dipulihkan.

"Encik  Akif jangan risau.. Pihak kami akan memantau keqsqan Puan Amaya dan berikan rawatan yang bersesuaian.."

Doktor muda yang memakai tag nama Addi memberi jaminan.

Akif mengangguk faham lalu kembali semula kepada Maya.

"You kena tinggal sini buat sementara waktu.. I akan melawat you selalu.."

"Apa?!"

Maya terpempan. Terkejut dengan kata kata yang keluar dari mulut Akif.

"I nak pergi jalan jalan .. Tak naklah duduk sini !!"

Akif serba salah melihat reaksi  negatif Maya. Memandang sekilas ke arah Addi.

Mengerti keadaan yang dialami oleh Akif, Addi segera mengarahkan dua orang pembantu lelaki  bersiap sedia bertindak sekiranya Maya kekal berdegil.

"Puan Amaya tak sihat.. Kami cuba ingin membantu tapi Puan kena duduk disini sementara  waktu. Bila keadaan Puan dah stabil, Puan boleh balik macam biasa.."

Giliran Addi pula memujuk.

Malamgnya , Maya kekal menolak mentah mentah untuk mendiami hospital jiwa ini.

Tiada jalan lain. Suntikan penenang  bakal diberi kepada Maya jika Maya masih kekal bertindak agresif. Akif pula hanya terpaku memerhati. Perasaan bercampur baur.

"Sampai hati you buat I macam ni.. You pun sama macam orang lain yang anggap I gila .."

Sayup sayup suara sayu Maya kedengaran dicuping telinga Akif.

Lantaran sebak melihat keadaan Maya yang masih lagi berusaha untuk melepaskan diri dari pegangan dua kaki tangan wanita hospital jiwa ini. Rayuan dan panggilan Maya diabaikan. Akif mencekalkan hati untuk melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 26-2-2017 10:29 AM

GENAP seminggu Maya ditempatkan di hospital sakit jiwa. Selama itu hati Akif tidak tenang. Makan minum terabai gara gara sedih mengenangkan Maya. Terbayang bayang kekecewaan di wajah Maya sewaktu Akif melangkah pergi dari situ.

" I gagal jadi suami yang baik untuk you.. I minta maaf !"

Akif bersuara lemah.  Putus sudah ikhtiar untuk memulihkan Maya.

Husna pula seperti tidak bersimpati dengan Maya. Acapkali mendesak Akif supaya meletakkan Maya dibawah jagaan pakar jiwa.

Ibunya kerap merungut terbeban kerana banyak menghabiskn masa menemani Maya sedangkan Husna juga punya anak lain yang perlu perhatian darinya

Aqil, adik bongsunya baru sebulan berkahwin. Entah mengapa Husna kerap melayani dingin Maya dan membandingkan Maya dengan Dira , isteri  Aqil.

Hanya kerana Maya anak yatim piatu dan tidak berharta maka Husna jadi gelap mata melihat kekayaan yang dimiliki keluarga Dira.

Namun memandangkan itu adalah ibu yang melahirkan dirinya, Akif hanya memendam rasa melihat isterinya diperkotak katik ibu sendiri.

Malah Akif terkilan apabila Husna seperti rasa tidak bersalah di atas kematian Adam sedangkan Husna adalah punca segala.

Meski ini adalah ketentuan Allah, namun kecuaian Husna menjadi sebab  Adam meninggal. Adakala Akif rasa seperti anak terbuang. Sikap pilih kasih Husna kerapkali menjeruk tangkai hati Akif. Diri mengharap bantuan Husna menjaga Maya yang terganggu emosi lantaran Akif tak mampu mengupah jururawat peribadi untuk Maya. Maka, Akif meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Husna.

Akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Acapkali Akif terdengar Husna memaki hamun Maya.  Melabelkan isterinya sebagai menyusahkan dan perempuan gila. Sedih melihat Maya dilayan kasar sebegitu.

Justeru, Akif lebih rela menempatkan Maya dihospital jiwa dari berterusan menjadi bahan kejian mertua sendiri. Hanya mampu berdoa agar isterinya pulih seperti sedia kala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 10:57 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-2-2017 01:34 PM

"AKIF.. Bulan 10 ni kontrak sewa rumah Aqil habis.. Ibu nak Aqil duduk dekat sini.. Kesian Aqil nak kena  cari rumah baru.."

Belum sempat Akif menjamah sarapan pagi, Husna sudah menambah stress di dada. Akif sedar diri menumpang dirumah sewa milik Ibunya. Kata kata Husna seperti peringatan supaya Akif keluar dari sini memberi ruang supaya Aqil dapat pindah masuk.

"Yelah nanti Akif cari rumah lain.."

Enggan berbalah merebut tempat tinggal yang hanya sekangkang kera, Akif segera menyatakan persetujuan.

Tak semena Akif terbayang saat pertama menjejak kaki ke rumah ini bersama Maya. Sewaktu awal pernikahan mereka dahulu.

Penyewa lama memang pengotor. Lantai berhabuk hitam dan tandas dipenuhi kotoran yang menjijikkan.

Jenuh Akif dan Maya menyental segenap ruang sehingga bersih.

Bukan keadaan rumah saja yang kotor, malah bil api dan air juga dibiarkan tertunggak sehingga mencecah ratusan ringgit. Berhabisan juga Akif dan Maya membayar tunggakan bil serta cukai pintu.

Pada masa itu, tiada seorang pun adik beradik Akif yang ingin mengambilalih tanggungjawab arwah Abah menjaga rumah sewa ini.  Masing masing lepas tangan.

Kini setelah penat Maya dan Akif menjaga serta memperbaiki segala kerosakan sewenang saja adiknya ingin tinggal disini.

Nampaknya, baik Husna maupun Aqil tidak langsung memikirkan tentang Akif atau bersimpati dengan keadaan Maya.

Darah daging sendiri membuat hidup Akif bertambah sukar. Sedih tetapi itu adalah satu kenyataan yang tak dapat disangkal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2017 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-2-2017 02:34 AM

AKIF merenung sayu ke arah rumah yang pernah dihuni bersama Maya. Segenap ruang diperhati sambil fikiran mengimbau kembali saat bahagia dulu.

"You peluklah I.. 30 saat saja.."

Maya senyum cantik sambil mendepa tangan ke arah Akif.

" You tau tak, ada info viral dekat internet, kalau nak kekal kurus, minta husband peluk selalu.. Sebab tulah I nak you peluk I.."

Seketika kemudian, tawa Maya pula terburai. Geli hati dengan fakta itu barangkali namun tak salah rasa jika Maya mencuba. Siapa tahu benar benar berkesan.

"I ingat you ikhlas nak manja dengan I.. Rupa rupanya ada udang disebalik batu.."

Wajah Akif berubah rona. Sengaja dimasamkan untuk membuat Maya serba salah.

"Ala you ini.. Janganlah merajuk.. I sayang you banyak banyak tau ! Tak terkira.."

Wajah Maya kelihatan gusar. Risau jika benar Akif terasa dengan kata katanya.

"I pun sayang you jugak.. Dunia akhirat.."

Spontan, jari jemari kasar Akif mengusap lembut rambut ikal Maya. Seraut wajah isterinya ditatap tanpa berkelip. Satu satunya wanita yang menjadi suri dihati.

"Kenapa rumah kau kosong ni? Mana pergi barang barang semua?! Pintu pun kau biarkan terlapang.. Nasib aku yang masuk bukan pencuri.."

Satu suara kedengaran mematikan khayalan Akif tentang Maya.


"Banyak yang aku terpaksa jual.. Lagipun aku nak pindah.. Adik aku nak duduk rumah ini.."

Sugul sekali wajah Akif ketika ini. Buntu memikirkan masa depan yang kian suram.

Masakan tidak, Akif sebenarnya langsung tiada memiliki wang untuk mencari tempat tinggal baru. Maka segala perabot dan kelengkapan rumah dijual demi mendapatkan duit. Ada juga yang sudah dipindah ke rumah sewa baru.

Akif mengeluh diluar sedar.

Selama ini hanya Maya saja mengerti kesusahan yang dihadapi oleh Akif. Sanggup bergolok gadai demi membantu Akif mencapai impian.

Ibu dan adik beradik Akif selalu beranggapan Akif hidup senang lenang dan perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan besar. Sedangkan hakikat sebenar Akif banyak terhutang budi kepada Maya.

Pengorbanan dan jasa bakti Maya sehingga kini belum mampu Akif bayar.

"Maya.. Mana Maya?"

Mata Hazrel melilau pula mencari kelibat Maya. Serasa pelik pula melihat Akif sendirian tanpa Maya.

" Macam macam berlaku bro.. Kita lepak Mamak lah.. Aku cerita dekat kau satu persatu.. Hidup aku miserable sekarang ni.."

Akif segera menarik lengan Hazrel untuk keluar dari rumah menuju ke parkir kereta. Hanya Hazrel, teman akrabnya sejak kecil saja yang boleh dijadikan sandaran tika Akif ditimpa permasalahan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-2-2017 07:38 PM

ADDI serba salah untuk menyampaikan perkhabaran duka ini buat Maya.

Meski hubungan antara mereka sekadar pakar jiwa dan pesakit namun Addi dapat merasa satu perasaan aneh menjalar dihati bilamana mata menatap figura bernama Amaya itu.

Justeru, Addi sengaja membawa Maya keluar dari hospital untuk sama sama melakukan kerja amal dirumah anak yatim ini.

Lagipula keadaan mental Maya sememangnya stabil sejak dulu.

Cuma mungkin Maya menjadi terganggu sedikit kerana ingin melupakan semua kesedihan gara gara kehilangan anaknya.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari pergi dalam usia yang mentah. Addi mengerti tekanan yang dialami Maya. Sesiapa pun pasti akan terpukul jika menerima ujian segetir itu.

Namun kini seiring masa berjalan, Maya kian tenang. Malah wajah wanita itu bertambah ceria dan bertenaga. Berbeza dari saat kali pertama mereka bersua.

"Doktor banyak tolong Maya.. Maya takkan lupakan jasa doktor.. "

Maya benar benar bersyukur kerana berkat sokongan dan semangat dari Addi, diri sedar dari kesedihan yang panjang.

Serasa sia sia Maya menolak realiti kepergian Adam sedangkan Maya tahu Adam kini bahagia berada disyurga.

Dan, Maya bersyukur kerana diberi kesempatan menjadi Mama kepada Adam. Cahaya mata pertama yang akan kekal hidup dalam ingatan Maya selagi masih bernafas dimuka bumi ini.

Tunggu Mama disana, Adam.. Sampai masa kita akan bertemu semula.. Selamanya..

Sejenak hati Maya berdetik mengingati Adam. Terlupa sebentar kewujudan Addi disisi.

"Kalau Maya tak suka dipanggil Puan, Addi pun tak suka digelar Doktor.. Kan lebih senang kalau Maya panggil saja, Addi.."

Maya hanya senyum mendengar kata kata Addi.

"Baiklah Addi.. Maya hanya menurut perintah.."

Sudah boleh bergurau senda, Addie senang dengan jenaka Maya. Jantung berdegup kencang saat melihat senyuman manis yang terukir dibibir Maya.

Addi sedar cintanya hanya bertepuk sebelah tangan namun entah kenapa hati bersorak kegembiraan bila berdua duaan begini.

Salahkah jika aku ingin menyunting bunga yang ingin dibuang oleh pemiliknya?

Addi buntu. Bingkisan dari Akif buat Maya masih belum diserahkan. Bimbang memikir penerimaan Maya bila mengetahui kiriman talak dari sang suami.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:20 PM | Show all posts
kejamnyee akif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ziti23 replied at 27-2-2017 01:20 PM
kejamnyee akif

Dugaan perkahwinan kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-3-2017 01:09 PM

Akif berpaling merenung ke satu arah. Meski hati berat namun apalah daya Akif. Perniagaannya rugi besar dan kini Akif berhutang keliling pinggang. Pembekal serta pihak bank mengugut untuk mengambil tindakan undang undang sekiranya Akif gagal menyelesaikan pembayaran seperti yang dijanjikan.

Tiada pilihan lain, Akif terpaksa 'lari' sementara untuk meredakan keadaan. Andai Akif gagahkan juga untuk bertahan, Akif khuatir otak menjadi tidak waras lantaran stress melampau.

"Maafkan I Maya.. I terpaksa tinggalkan you.. I takkan berjaya kalau I masih disini.."

Berat mata memandang berat lagi bahu Akif menanggung bebanan.

Ekonomi Malaysia yang tidak menentu dan susut nilai ringgit punca kebanyakan syarikat gulung tikar. Cukai barangan dan perkhidmatan menambah buruk keadaan kewangan yang kian tenat.

Hijrah kali ini perlu dilakukan demi kelangsungan hidup. Akif tidak sanggup melihat Maya terseksa disisinya lagi.

Justeru Akif rela melepaskan Maya untuk mencari kebahagiaan sendiri meski Akif terluka.

Selamat tinggal Malaysia !

Akif tidak sama ada diri bakal kembali lagi ke sini.

Namun, satu keazaman dipasak dalam hati. Akif takkan kembali selagi belum mencapai kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:40 AM | Show all posts
elia201 replied at 27-2-2017 07:49 PM
Akif berpaling merenung ke satu arah. Meski hati berat namun apalah daya Akif. Perniagaannya rugi be ...

kerana terpaksa aku melangkah. kesian Akif...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2017 11:40 AM
kerana terpaksa aku melangkah. kesian Akif...

Mcm lagu le plak.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2017 02:34 PM
Mcm lagu le plak.. haha

lebih kurang ler... hehehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-3-2017 04:27 PM

Beberapa tahun selepas itu..

MAYA menatap kosong keluar jendela. Solekan tebal masih melekat diwajah. Gaun malam pendek dikenakan ke tubuhnya yang indah. Bersedia menyambut kedatangan si dia yang berjanji untuk menemui Maya. Rindu katanya lantaran sudah hampir seminggu tidak bersua muka.

"Jauh berkhayal nampak.. Teringat kekasih lama ke?"

Lantas tubuh Maya dipeluk erat seperti enggan dilepaskan. Serasa kasih sayang sejati mengalir dalam diri meski jurang usia mereka terlalu jauh...

Seumpama anak dan ayah namun Dato' Amer enggan ambil kisah. Malah bangga apabila berjaya 'membeli' jiwa wanita sejelita dan semuda Maya.

Setiap tutur kata dan permintaannya dipenuhi oleh Maya. Malah diri dilayan persis Raja. Dato' Amer tidak kisah berhabisan duit asal saja Maya akur dengan kehendaknya.

Kuasa wang dan kekayaan. Petik jari saja ramai yang tunduk mengalah.

Buat masa sekarang, Dato' Amer berpuas hati dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh Maya. Bosan belum bertandang dan Dato' Amer seakan hanyut pula dibuai asmara Maya. Jatuh cinta dengan wanita yang hampir sebaya anak bongsunya.

"Maya cuma ada Abang saja.. Tak mungkin Maya nak memikirkan lelaki lain selain Abang.."

Maya bermanis kata sambil membalas pelukan Dato' Amer.

Sedar diri terhutang budi dengan jasa baik lelaki berusia itu maka Maya rela menjadi 'simpanan'. Matlamat Maya hanya satu. Enggan dihimpit kesusahan hidup lagi.

Perkenalan dengan Dato' Amer membuatkan Maya mengambil tindakan drastik menggoda lelaki yang sememangnya sudah terpikat dengan kecantikan yang dimilikinya.

Jerat Maya mengena dan Maya yakin Dato' Amer pasti takkan terlepas dari genggaman.

Tiada cinta dalam hati buat lelaki tua itu namun Maya sanggup berusaha keras untuk membuat Dato' Amer mengahwininya walau terpaksa memusnahkan rumah tangga Dato' Amer.

Kerana duit manusia lupa segala..

Dan Maya tidak peduli andai dilabel perempuan murahan. Dugaan hidup membuat Maya kini tersasar jauh. Enggan menoleh ke belakang lagi, Maya tekad meneruskan hajat dihati.

Keutamaan adalah untuk memastikan perancangannya berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2017 12:52 AM

BERSENANG lenang di spa menerima urutan diseluruh tubuh.

Maya memejam mata seketika. Telefon bimbit dimatikan. Malas menerima gangguan dari sesiapa pun.

Malah, Dato' Amer yang merangkap 'sugar daddy' nya sudah sedia maklum akan tabiat Maya.

Di zaman gajet dan tablet mendominasi hidup, ramai manusia leka dengan telefon pintar ditangan.

Namun, Maya sememangnya berbeza. Jarang sekali bermain dengan telefon bimbit. Maya lebih gemar menggunakan telefon bimbit bila perlu sahaja.

Meski pernah dimarahi oleh Dato' Amer gara gara Maya membiarkan panggilannya tidak berjawab, akan tetapi Maya enggan berubah. Kadang Iphone 6 plus miliknya terbiar sepi berhari hari.

Maya cuma ingin ketenangan.

Bukan Maya tidak tahu segala tindak tanduknya dalam pengawasan 'sugar daddy' tua itu.

Setiap aktiviti dan siapa yang Maya temui setiap hari semua diketahui oleh Dato' Amer.

Rimas namun demi kemewahan hidup, Maya layankan saja asal Dato' Amer gembira.

Maya sedar wang ringgit bukan penentu kebahagiaan.

Dalam keadaan terdesak, Maya tiada pilihan lain.

Meski memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan namun sukar untuk Maya mendapat peluang pekerjaan memandangkan Maya memiliki sejarah tekanan jiwa.

Temuduga yang dihadiri semua berakhir dengan kekecewaan.

Bersendirian melayari hidup sebaik melangkah kaki keluar dari hospital jiwa membuat Maya terumbang ambing.

Akif terus lenyap sejurus selepas menceraikan Maya.

Maya adalah anak yatim piatu dibesarkan dirumah kebajikan sejak dari kecil.

Seumur hidup Maya belum pernah mengenali kedua ibu bapa kandung. Tiada keluarga atau sahabat boleh bergantung harap.

Mujur, Maya memiliki rupa paras menawan. Bisa mencairkan hati lelaki dalam sekelip mata.

Berbekalkan kecantikan yang dianugerahkan, Maya terjebak bekerja sebagai pelayan dipusat karaoke terkenal ibu kota.

Melayani lelaki 'hidung belang' minum dan menyanyi sambil meraih tips lumayan.

Walaupun begitu, Maya punya prinsip tegas. Tegar menolak segala pelawaan ke ranjang. Diri bijak mengelak cubaan lelaki lelaki miang yang bermacam helah dan ragam.

Perhubungan dengan Dato' Amer juga bermula disitu.

Maya kelabu mata melihat kekayaan yang dipamerkan sehingga sanggup 'bermain cinta' dengan lelaki yang layak dipanggil 'Ayah' itu.





Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:37 PM | Show all posts
Cerita yang bagus. Jika digarap dengan lebih indah dan puitis, mampu membuatkan pembaca menitiskan air mata. Teruskan usaha ya TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2017 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 replied at 1-3-2017 05:37 PM
Cerita yang bagus. Jika digarap dengan lebih indah dan puitis, mampu membuatkan pembaca menitiskan a ...

Thanks kak. I cme memeriahkan board ni saja.. Amatur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.218325 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list