Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: “Walaupun tidak selesa, hanya rumah ini mampu saya sewa, asalkan kami ada tempat berteduh,” kata buruh, Mohd Solihin Mohd Ghani, 32.
Dia yang menyewa rumah yang sangat uzur dengan lantai berlubang dan bumbung tidak sempurna serta atap bocor di Kampung Selor Limbat, di sini pada kadar RM60 sebulan.
Rumah itu, katanya, menjadi ‘syurga’ buat isterinya, Norhamizah Rosli, 27, dan tiga anak mereka iaitu Mohd Syafiq Aiman, 8, Mohd Syazwan, 7, dan Nor Hani Umaira, 4, sejak dua tahun lalu.
“Kami terpaksa menelan sengsara akibat rumah yang tidak sempurna dan serba daif ini kerana ini saja yang berpadanan dengan sumber kewangan saya.
“Sebelum ini kami tinggal di rumah sewa di Kampung Belimbing RM150 sebulan, namun disebabkan kesempitan hidup, saya buat keputusan berpindah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 5:31 AM