CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 6

Tips Memutihkan Gigi Buat Bakal Pengantin

[Copy link]
Post time 22-2-2017 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 22-2-2017 09:25 AM



Menjadi raja sehari dalam majlis perkahwinan anda pastinya bakal pengantin ingin kelihatan menawan dan segak bergaya. Anda akan sentiasa melemparkan senyuman kepada tetamu yang menghadiri majlis anda. Untuk sesi bergambar juga, senyuman yang menampakkan gigi akan kelihatan pasangan pengantin nampak lebih ceria dan seronok. Tetapi, anda malu untuk senyum nampak gigi kerana gigi anda berwarna kuning. Nak buat rawatan pemutihan gigi di klinik gigi memerlukan kos yang tinggi dan anda tiada bajet yang mencukupi. Jangan risau, entry kali ini saya ingin berkongsikan tips memutihkan gigi untuk anda semua dengan bahan-bahan semulajadi sahaja. Diharapkan ianya dapat membantu bakal pengantin di luar sana.

Lemon + Garam
Gabungan jus lemon dengan garam dapat membantu anda menghilangkan karat pada permukaan gigi. Campurkan beberapa titik jus lemon dengan secubit garam. Kemudian gunakan berus gigi anda dan calitkan campuran tersebut dan gosok gigi anda.

Strawberi
Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi.Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatangigi.Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.

Baking Soda
Terdapat manfaat penggunaan baking soda untuk kecantikan. Salah satunya adalah untuk memutihkan gigi yang kuning. Baking soda bersifat alkali dan ianya akan meneutralkan asid di gigi anda akibat daripada makan makanan yang masam dan minum kopi. Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 sudu teh baking soda, air yang mencukupi untuk membuat pes dan juga berus gigi. Caranya ialah campurkan baking soda dengan air dan kacau sehingga menjadi pes. Kemudian, letakkan pes pada berus gigi dan anda boleh menggosok gigi anda dengan pes tersebut. Biarkan selama 3 minit kemudian kumur mulut anda dengan air.

Kulit Oren
Apabila anda makan buat oren, jangan buang dahulu kulitnya. Kulit buah oren boleh digunakan untuk memutihkan gigi anda. Ambil kulit buah oren dan jadikan saiznya sesuai dengan mulut anda. Kemudian, gosok bahagian putih kulit tersebut pada gigi anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 02:12 PM | Show all posts
tq for info..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try nie.. tq bg info
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cam senang je. bole cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 09:47 AM | Show all posts
boleh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:03 PM | Show all posts
BOLEH LA CUBA NANTI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cuba guna baking soda tapi rsa ngilu pula gigi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055314 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list