Edited by R2D2 at 22-2-2017 03:32 PM
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Nasib pekerja dan vendor Proton Holdings Bhd. (Proton) menjadi kerisauan utama kerajaan, namun pada masa yang sama tetap mahu syarikat kereta itu mencari rakan strategik asing sebagai pemegang kepenti­ngannya.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun syarikat berkenaan kini merupakan sebuah entiti swasta yang dipunyai oleh DRB-Hicom Bhd., kerajaan tidak boleh membiarkan usaha penjualan itu menyebabkan kehilangan pekerjaan atau peluang perniagaan kepada rakyat dan vendor-vendor tempatan. Jelasnya, Proton ke­tika ini mempunyai se­kitar 10,000 kakitangan, selain 100,000 peluang pekerjaan secara tidak langsung menerusi vendor mahupun sektor-sektor berkaitan.
“Kita tidak mahu kesemua pekerja ini hilang pekerjaan, le­bih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Kita mahu nasib pekerja dan vendor ini terjamin,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini. Proton pada masa ini dilapor­kan menilai beberapa potensi jenama automotif asing untuk dipilih sebagai rakan strategik bagi meluaskan pasaran syarikat Malaysia itu. Dikatakan dua syarikat iaitu Geely dari China dan Groupe PSA dari Pe­rancis yang memiliki jenama Peugeot dan Citroen sebagai pembida utama untuk menjadi rakan strategik Proton. Pada masa sama Johari berkata, kerajaan menyokong usaha mendapatkan rakan strategik ­asing memandangkan setelah 30 tahun ditubuhkan, prestasi Proton tidak berkembang pesat de­ngan hanya tertumpu di pasaran tempatan serta jualannya kurang 100,000 unit kereta setahun.
|