CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8426|Reply: 66

[Tempatan] Bank Rakyat nafi kaut untung mudah Kad diskaun siswa

[Copy link]
Post time 22-2-2017 10:20 AM | Show all posts |Read mode


KAD Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) yang diperkenalkan kerajaan mulai tahun ini mencetus pertikaian dalam kalangan pelajar universiti.

Mulai 16 Februari lalu, semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) wajib memohon secara online untuk mendapatkan KADS1M bagi menggantikan baucar buku 1Malaysia.

Kad debit pelajar ini  berjumlah RM250 hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih.

Bagaimana pun, kalangan pelajar mempertikaikan bayaran tahunan sebanyak RM5 dikenakan oleh Bank Rakyat, bank yang mengendalikan kad debit pelajar ini, terhadap setiap pemohon.

Dengan 1.2 juta pelajar IPT yang memohon kad debit berkenaan, Bank Rakyat dipercayai akan memperoleh hasil bayaran RM6 juta setahun.

"Ini belum termasuk lagi baki minimum RM10 yang wajib disimpan dalam akaun masing-masing, sekali gus membolehkan Bank Rakyat mempunyai aliran wang tunai sebanyak RM12 juta.

"Apabila ditambahkan dengan bayaran permohonan sebanyak RM6 juta, Bank Rakyat sekurang-kurangnya sudah memperoleh RM18 juta setahun.

"Kesemua wang ini adalah daripada pelajar IPT, " kata seorang ketua hal ehwal pelajar dari sebuah IPTS kepada China Press.

Difahamkan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Bank Rakyat telah mengadakan taklimat kepada lebih kurang 100 wakil-wakil daripada IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengenai proses permohonan KADS1M ini, pada Khamis lalu di Kuala Lumpur.

Mengikut syarat yang ditetapkan, nilai kad debit itu berjumlah RM250 dan setiap pemohon diwajibkan mempunyai baki minimum RM10 dalam simpanan.

"Berdasarkan pengiraan ini, sebenarnya setiap pelajar  hanya diberikan RM235 setelah ditolak dengan bayaran permohonan kad sebanyak RM5 dan baki simpanan RM10," katanya.

Dalam pada itu, wakil Bank Rakyat menafikan pihaknya meraih keuntungan daripada proses permohonan KADS1M Debit ini kerana mengikut peraturan bank, yuran tahunan bagi permohonan kad debit terhadap setiap penyimpannya sebanyak RM8.

"Bagi mengeluarkan kad debit pelajar ini, bank perlu kenakan bayaran. Namun memikirkan kedudukan kewangan pelajar, bank hanya mengenakan bayaran sebanyak RM5 sahaja.

"Selepas tamat pengajian, pelajar itu masih boleh menggunakan kad debitnya itu, tetapi yuran tahunannya akan dinaikkan kepada RM8," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 10:50 AM | Show all posts
so kalau xde akaun bank rakyat, tpksa gak buat akaun bank

. situ dh brpe rm dia ade kan? buka akaun bank dh kena akaun dlm tu, lps tu tahunan rm8 (dia kata utk pelajar cas RM5) je. dh tu sama je la... lps hbs belajar, dia tetap kena ada minima rm10 utk baki simpanan duit yg takleh buat kua.

ke ak yg silap?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:00 AM | Show all posts
konsep nak bagi tapi tak bagi direct. kena susahkan sket. patutnya manafaatkan je penggunaan mykad. nampak beno sistem kat negara kita ni sangat bercelaru. kalau kaji betul2 boleh luas kegunaan mykad ni bukan sekadar pengenalan diri. tapi tu lah tang idea tu kureng. last2 mesti nak susahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Suggestion, kenapa x buat kad diskaun tu menggunakan kad pajar tu sendiri. Universiti pun kenalah up to date kad plajar dorg. 2 dalam 1 gituh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:08 AM | Show all posts
chinta89 replied at 22-2-2017 10:50 AM
so kalau xde akaun bank rakyat, tpksa gak buat akaun bank

. situ dh brpe rm dia ade kan? buka aka ...

kalau nak keluarkan RM10 tu, tutup akaun dapatlah duit

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:30 AM | Show all posts
forumcari777 replied at 22-2-2017 11:00 AM
konsep nak bagi tapi tak bagi direct. kena susahkan sket. patutnya manafaatkan je penggunaan mykad.  ...

kan.... ntah aper2x. this is 2017, everything should be very easy, one-click, and secure. Ini mcm zaman tok kadok punya gaya. tersangat2xlah tidak cerdik. Rasa nk cekik2x saper punya idea nh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 11:33 AM | Show all posts
Edited by Voyagers at 22-2-2017 11:35 AM
Lollipop111 replied at 22-2-2017 11:30 AM
kan.... ntah aper2x. this is 2017, everything should be very easy, one-click, and secure. Ini mcm  ...

dulu bagi kupon RM50 x 5 tu kan
senang sangat

tapi bila bagi kupon, ramai pula yang tipu. pekedai beli kupon dari student dengan harga murah. so student dapat cash tanpa beli barang dari kedai pun.

so kena buat sistem baru yang boleh detect transaction



PUTRAJAYA – Kedai buku dan pelajar yang dikesan terlibat dalam penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berdepan dengan tindakan disenaraihitamkan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata kementeriannya telah menerima aduan mengenai dakwaan pelajar menjual BB1M kepada kedai buku untuk mendapatkan wang tunai dan akan melakukan siasatan holistik mengenainya.
“Kita akan turun padang dalam tempoh terdekat mengenal pasti jumlah kedai buku yang mengambil kesempatan menyalahgunakan baucar itu,” katanya mengulas laporan penyalahgunaan BB1M ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Buku Rubrik Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di sini hari ini.

Menurut laporan media, pelajar “menjual BB1M” bernilai RM250, yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku, kepada kedai-kedai buku dengan harga antara RM190 dan RM230 tanpa membeli apa-apa.
Menurut laporan itu, kedai buku akan menggunakan baucar tersebut untuk membeli buku-buku yang tidak mendapat sambutan dan menuntut semula daripada kerajaan, dan pada masa yang sama, kedai terlibat akan menjual semula buku-buku berkenaan di kedai buku terpakai untuk mengaut keuntungan.
Idris berkata pelajar yang disenaraihitamkan kerana menyalahgunakan BB1M tidak akan menerima baucar pada tahun depan manakala kedai buku yang disenaraihitam tidak akan menjadi wakil menjual buku yang boleh menerima BB1M pada masa akan datang.
Jumlah penerima BB1M pada tahun ini ialah 1.2 juta dengan nilai baucar bernilai RM300 juta.
Mengenai pelancaran Buku Rubrik iCGPA, Idris berkata buku itu merupakan satu sumber rujukan dan sokongan serta panduan kepada tenaga pengajar universiti bagi melaksanakan iCGPA di universiti masing-masing.
“Buku Rubrik akan menerangkan amalan terbaik yang boleh dirujuk untuk mereka bentuk kurikulum, hasil pembelajaran, serta menerangkan tugasan yang sejajar dalam usaha melaksanakan iCGPA,” katanya.
Kini, satu fakulti di lima universiti melaksanakan iCGPA iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). – BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:38 AM | Show all posts
Edited by Lollipop111 at 22-2-2017 11:39 AM
Voyagers replied at 22-2-2017 11:33 AM
dulu bagi kupon RM50 x 5 tu kan
senang sangat

Bagi jelah cash kt universiti and terus bank in dlm akaun pelajar... apalah yg susah sgt. Dah dorg nh pon manusia gak, takkan nk paksa beli buku manjang. duit petrol pon sepatutnya skali termasuk. Mana taknya di jual je kupon2x tuh sbb ini menunjukkan kupon2x buku tuh tak diperlukan, yg diperlukan cash. Kata dengar suara rakyat apalah, suara pelajar tak nak dengar ker???
Mcm BR1M jugak, kerajaan bagi utk topup subsidi yg ditarik balek tp pada masa yang sama, kerajaan tak boleh paksa penerima BR1M untuk tidak spend duit beli benda lain yg dia rasa perlu...


Serius sgt ntah aper2x...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 12:38 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 22-2-2017 11:38 AM
Bagi jelah cash kt universiti and terus bank in dlm akaun pelajar... apalah yg susah sgt. Dah dorg ...

saya pun setuju... bagi duit je kat pelajar. Lagi pun bagi masa untuk beli buku
cth la bln 2 , tarikh luput bulan 5 atau awal bulan jun. macam pelajar uitm diploma
contohnya diorg masuk bln dec, cuti semester awal april.

bila voucher tu nak guna beli buku belajar diorg?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sume nak pree je. X pk pulak jenuh nak open account create kad baru tu. Sama mcm masa bukak akaun Brim. Customer beratur smpai pintu. Dh xde baki dlm akaun or dh x terima baucar biar jela akaun tu x aktif. Xpon tutup. Sure la ade giv n take
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:21 PM | Show all posts
yes, betul sgt2. Mengambil kesempatan sgt. Perlu ke nak caj rm5. Dah sah2 yang rm250 tu utk pelajar. Bukan kitorang mintak kreditkan ke akaun bank rakyat pon. Diorang sendiri yang aturkan pastu suka2 je nak caj orang. Kejadahnya entah Ala2 paksa orang bukak akaun bank rakyat gituh choiii...

Ye btol, nak dapatkan semua duit tu, kena tutup akaun dapatla full. Tapi bank rakyat tetap caj rm5. Adalah lebih baik kreditkan terus ke akaun pelajar.

Tahun lepas dapat baucar buku pon dalam bulan 3/4 camtu, expiry date bulan 6. Nak beli apa tatau sebab bulan 3 tu dah nak dekat exam...orang bagila awal2 sem mcm bulan 1...tak paham iols
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:41 PM | Show all posts
Jangankan uni nak bagi cash kat pelajar, bayar utk yuran
pun kita yg kena bank-in, misalnya UITM kena bank in kat BSN
katanya nak memudahkan..tapi menyusahkan.. apa pun bayaran
hatta RM 15 pun kena student sendiri bank-in kat bank ,  duit cash tak diterima
kalau kampus dekat dgn bank senanglah tapi dapat kampus yg kat
tengah hutan macam di Merbuk & Puncak Alam, bukankan
menyusahkan student utk keluar...
Saja nak tanya elaun Pembantu / Penolong Akauntan tu nak buat apa?
tak ada rasa bersalah ke terima elaun  tapi kerja x mau buat.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu pun dpt wasap dari hem suh daftar kads1im debit ni..tak kuasa aku..aku dah dpt br1m rm450 pun..
Rm250 baucer buku tu bukan berguna sgt..dah la acik hem tu mcm jilake..asik ugut student je lambat bayar yuran nti kena tindakan tatatertiba la tak dpt amik exam la..chooi!!ingat iols ni bebudak diploma ka nak main ugut2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:09 PM | Show all posts
ermmmm....semua business maa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:11 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 22-2-2017 11:38 AM
Bagi jelah cash kt universiti and terus bank in dlm akaun pelajar... apalah yg susah sgt. Dah dorg ...

Dah elok dah tu gomen bagi duit utk beli buku. Lagipun pakai kad debit ni transaction dia nampak. Kalau pakai kopun, mudah nak disalahguna sbb student tu boleh jual kopun tu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dollyzzzz at 22-2-2017 02:33 PM

Student apply online je Kad tu..x yah dtg bank..Dah dpt email confirmation kata ok br dtg bank ambik kad...pastu bkn semua student dpt baucar buku tu tahun ni....huhu...tak mcm thn lepas...ni apa yg iols paham le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 02:42 PM | Show all posts
Edited by AznieBunnie at 22-2-2017 02:43 PM
hyie replied at 22-2-2017 01:21 PM
yes, betul sgt2. Mengambil kesempatan sgt. Perlu ke nak caj rm5. Dah sah2 yang rm250 tu utk pelajar. ...

kami guna utk borong buku kat Big Bad Wolf. hihihih...tahun ni taktau nak spent mcm mana dah...


so total dapat RM245 saja lah kan?
RM5 masuk bank? untung atas angin. orang lain buat deal masuk poket depa, orang lain yang tak tahu menahu kena tanggung.
bangang melantun-lantun!

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:43 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 22-2-2017 02:42 PM
kami guna utk borong buku kat Big Bad Wolf. hihihih...tahun ni taktau nak spent mcm mana dah...

...

bukan rm5 tu nak kena buat kad tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 03:00 PM | Show all posts
"Berdasarkan pengiraan ini, sebenarnya setiap pelajar  hanya diberikan RM235 setelah ditolak dengan bayaran permohonan kad sebanyak RM5 dan baki simpanan RM10,"
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:10 PM | Show all posts
Wanieesyah replied at 22-2-2017 01:41 PM
Jangankan uni nak bagi cash kat pelajar, bayar utk yuran
pun kita yg kena bank-in, misalnya UITM ke ...

Dekat USM student bayaq guna cash for those yg sendirian berhad lah... ok ja. Depa ada counter utk terima bayaran tersebut. It means kt uitm tuh, depa serahkan kerja bank-in ke bank tuh ke studentlah. Takot disonglap lah kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.135937 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list