CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2812|Reply: 47

[Tempatan] PAS gelabah di pentas ceramah sendiri

[Copy link]
Post time 22-2-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nor Azariza Alawi menjelaskan beliau ‘mengajak’bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk hadir pada ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu, pada Isnin lalu sebagai penonton dan bukannya sebagai penceramah.

Sehubungan, beliau kesal apabila sesetengah pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi Husam untuk berceramah bersama-sama pemimpin PAS lain.

“Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.

“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari AMANAH,” katanya.

Nor Azariza berkata demikian kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.

“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.

Isnin lalu, tanpa diduga banyak pihak, Husam muncul di di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin.

Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya.

Kemunculan Husam itu dikatakan menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu.

Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari."

Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya.

Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual".

"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, (Exco Kelantan) Datuk Nassuruddin (Daun) tidak benarkan!" katanya di Facebook.

Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 01:05 PM | Show all posts
entah la...

lu sdh pukul org.. org nak balas..lu gari tangan dia.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya kasilah lobai huse berucap. Tak gentle lah lobai pis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai oh lobai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:37 PM | Show all posts
Bila tuan punyer diri dtg nk bg penjelasan tau pulak takut
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:44 PM | Show all posts
Ohh wow...buat ceramah utk kutuk org tu
lepas jemput sebg penonton

baik time ceramah tu ko letak je org tu dalam kurungan kat depan sambil bagi ceramah.. penonton boleh sambil2 jeling duk tengok tertuuduh diam tunduk kepala kesipuan gitu..hahahahaha. baik ko xpyah panggil.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 01:46 PM | Show all posts
lobai2 ni gak ker nak  kuatkuasakan undang2 ruu355 ??


dr perangai pun tau, tak de konsep keadilan
akhirnya org jahat dan rakus gak berkuasa di sebalik topeng beragama
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS sejak dia berkasih dengan DAP, kelaut dah rasakan, inilah balasannya bila ko berkasih dgn DAP, rasain lor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya lobai. Dah dijemput org dtg cerama menghina org tu, lepastu bila org tu nak bela diri kau xbagi. Lobai bodoh baik gi mampos je jadi penonggang agama, baik jadi penonggang todi!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 22-2-2017 01:49 PM
PAS sejak dia berkasih dengan DAP, kelaut dah  rasakan, inilah balasannya bila ko berkasih dgn  ...

Bodohnya kau cacai, kau sedar tak lobai tgah bercomolot dgan tuan kau? Tuan kau siap kirim salam lgi kat himpunan ruu355 tu. Bodoh kan kau?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebai makin merapu..mungkin lebai jemput husam supaya ceramah mengutuk mengata husam sbb nak elak dosa ngumpat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:03 PM | Show all posts
lobai busuk takde telurrrr





ko bantai org tu pastu ko ikat dia supaya dia tak balas...apekebodo punya lobai
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:05 PM | Show all posts
apakah..

takkan tak berani dgr penjelasan tuan punya badan.

amenda la PAS ni. malu tul buat perangai mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:08 PM | Show all posts
Mentaliti pengecut mcm ni lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:20 PM | Show all posts
PAS ni sejak dari bepuluh taun dulu tak abis2 kehulu kehilir dengan ceramah, tak taulah bila masa dia buat kerja.... dan setiap kali ceramah tak abis2 ngutuk/caci orang yg tak sehaluan/tak menyokong dia. Patutlah tak nampak apa2 kemajuan, pi mai pi mai duk tang tu jugak... tak dapek den nak nolong doh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti .paling bangang diddunia ygakak  nampak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 22-2-2017 02:03 PM
lobai busuk takde telurrrr



Tajuk ceramah  pun nama orang tu....awatla pas jd mcm ni skrg. So sad
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:00 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 22-2-2017 02:52 PM
Tajuk ceramah  pun nama orang tu....awatla pas jd mcm ni skrg. So sad

tgk dari pangai PAS skg ni, ditakdir dorang perintah negara aku bet diktator kuku besi nya lg teruk dr UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:50 PM | Show all posts
husam patutnya tk yah la g situ....

patut tgk dlm utube je... baru la  tk kecoh....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekonon jemput husam pi husam nak tolak sebab takut, sekali dia terjah menggelupur orang pas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.479603 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list