Kebanyakan anak muda terutama di kalangan graduan pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta berjenama luar negara tetapi mampu milik apabila sudah melangkah ke dunia pekerjaan.
Bagi yang betul-betul mampu itu, tidak mengapalah. Namun bagi yang cukup-cukup makan, kasihankanlah diri anda.
Seorang pengguna Facebook bernama Hasni Liana Hj Ahmad berkongsi input diperolehi daripada seminar yang dihadirinya.
"emilikan kereta Vios, Honda city dan yang seangkatan dengannya mampu memandu anda ke 'Neraka Kewangan'," tulisnya.
Wanita itu menjelaskan kenderaan berkenaan pada asalnya mampu dibeli, namun ia akan menjadi harta tidak mampu milik apabila menyedari bahawa kos penyelenggaraan dan penggunaannya agak tinggi.
"Mereka hanya “MAMPU BELI” namun tidak “MAMPU BELA” dan akhirnya menjadi tidak ” MAMPU MILIK," katanya.
Untuk memperjelaskan lagi perkongsiannya itu, Hasni turut berkongsi sebuah senario yang menggambarkan bagaimana seorang lelaki menjalani kehidupan sehariannya sehingga pada suatu hari dia mula menyedari masalah kewangan dihadapi.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
"Kenapa beli Vios, banyak lagi kereta yang instalmentnya jauh lebih rendah," komen netizen.
Sebelum membeli sesuatu terutama yang melibatkan kos penyelenggaraan tinggi, kita perlu ambil kira semua aspek perbelanjaannya. Namun tak jadi masalah jika anda memiliki sumber pendapatan tambahan atau bijak mengurus kewangan. - CARI |