CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 9

[Tempatan] Najib mohon bicara kes 10.3 juta

[Copy link]
Post time 22-2-2017 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan, di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM10.3 juta hasil daripada aktiviti pengubahan wang.
Mohamad Najib Kamis, 40, dan Noor Hazaini Yahya, 44, masing-masing berdepan empat dan tujuh pertuduhan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh dan Fathiyah Idris.

Mengikut empat pertuduhan, Mohamad Najib didakwa menerima lebih RM1.3 juta hasil aktiviti pengubahan wang ke dalam akaunnya di tiga bank berasingan di daerah Nilai, antara 25 Oktober 2014 hingga 30 Januari 2015.
Noor Hazaini pula didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan jumlah lebih RM8.9 juta ke dalam akaunnya di lima bank berasingan di daerah ini dan Nilai, antara 8 Ogos 2014 hingga 29 Januari 2015.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Ashikin Mokhtar manakala Mohamad Najib diwakili Datuk Hanif Hassan dan Noor Hazaini (Mohd Harris Abdullah serta Mohd Faizi Che Abu).
Mahkamah membenarkan Mohamad Najib diikat jamin RM30,000 dan Noor Hazaini (RM8,000) serta kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, untuk disebut bersama kes mereka di mahkamah berkenaan.
Pada awal bulan ini, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad, tiga tahun lalu.

      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 3:05 PM   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 04:16 PM | Show all posts
tajuk bikin panasssssssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:19 PM | Show all posts
tajuk bikin panasssssssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:19 PM | Show all posts
Apa lah nak jadi dgn si najib ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:23 PM | Show all posts
najib najib. aku ingat najib mana la tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh berani najib nih....ingat yg ade ujung gor tu...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 04:29 PM | Show all posts
Kalau dah kawin dan akan beranak lepas nih, korang tau la nama apa yg patut dielakkan utk bg pada anak korang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:54 PM | Show all posts
tajuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 05:03 PM | Show all posts
ingat isteri kak ros tadik.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk... 10 juta je, x kena ngan nama. paling kurang 1000 juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.079336 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list