Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
7755
View
176
Reply

Koleksi Pengalaman Angker (updated on 16/3/2017)

[Copy link]

Author: papa.bear    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-3-2017 07:21 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 14-3-2017 01:29 AM
Mana ada yg tggu latest updated aku. Aku peminat kau. Esok update lg haha

hahahahahahahahah xde maknanye. hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 08:10 AM | Show all posts
apehal la ble dh ske citer antu nih...
penulis nye menghilangkan diri
ohhhh dunia....
mengapakah aku diuji sebegini rupa
sakitnye aty aku...
sobsob
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-3-2017 09:46 AM | Show all posts
surwanis replied at 15-3-2017 08:10 AM
apehal la ble dh ske citer antu nih...
penulis nye menghilangkan diri
ohhhh dunia....

hahahaha manade menghilangkan diri. tengah dok mengarang lagi ni. dok simpan dlm note dlm hp. hehehhe sabaq naaa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 03:39 PM | Show all posts
update update
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 04:47 PM | Show all posts
tt bila daa sambungannya.. lama nya mengarang!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-3-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Asrama Part 2
Bila dah dengar bunyi macam orang seret rantai kt koridor asrama memasing tengok sesama sendiri. Lps tu ketua dorm aku si Amir buat isyarat jari dkt mulut sbg tanda utk semua senyap.

"Diaorg ni mmg betul2 nak takutkan kita ni" kata amir.
Semua pakat angguk2 kepala tanda setuju.
Tp aku rasa mcm pelik. Xpenah2 senyap sunyi senior yg kt lvl atas tu. Tp kenapa time ni diaorg senyap.

Disebabkan memasing taknak cari pasal. Semua pakat naik katil memasing dan acah2 tido. *Biasalah bdk2 nerd kan. Selagi boleh diaorg nk play along je dgn senior2 hanat tu.

Tak sampai 5minit the whole block blackout. *Biasa kalau time blackout semua dorm akan riuh. Sapa yg pnh dok asrama tau la camana havocnya kalo blackout. Geng2 bdk nakal biasa kan jerit "booooo" atas sebab apa aku pun xpasti. Dia ingat dia sorg je kot yg perasan blackout tu. Hahahaa

Yang peliknye. The whole block senyap sunyi. Pelik. Sangatttt pelik. Aku dah mula rasa xsedap hati.

Time blackout biasa dkt koridor mmg ada lampu emergency tu. Walau xbyk tp at least adelah cahaya skit. So dlm samar2 cahaya dr lampu emergency tu. Memasing try tinjau tgk kt luar. Ade sesapa ke yg keluar. Kebiasaannya blackout ada automatik semua kuar berkumpul dekat court badminton dkt sebelah dewan makan. Tp ni langsung sorg pon xkuar. Maybe dah tido kot memasing.

Sorg dorm mate aku nama dia fazli tp kami panggil dia Badak sbb bdn dia besar. Dia mcm tak puas hati dia cuba nak bukak pintu dorm. Tp dihalang okeh naim. Naim ni bdk surau. Agak alim la kalau nak dicomparekan dgn kami yg lain. Hahahaha. Badak ushar xpuas hati. "Kau dah kenapa?!" Kata badak. Naim just balas "jangan. Nanti kau menyesal".

Automatically semua turun dr katil dan berkumpul dkt tengah2. *Biasanya dkt setiap dorm mmg ada meja dkt tengah dorm ala2 meja study kononnya. Naim tarik tgn badak utk join kitaorg dkt tgh2. Masing2 mcm nk taulah kenapa naim ckp mcm tu.

Naim buat isyarat suruh semua diam mcm mana amir buat td. Semua pon xckp pape. Ikut je. Pastu dia ckp. "Korg lupa ke bunyi rantai td?"

Semua mcm terkejut. Yela memasing mmg lupa langsung psl bunyi rantai tu sebab sibuk pikir psl blackout n mls nk g kumpul dkt court badminton. Time tu memasing psg telinga. Nk figure out samaada ada lagi tak bunyi tu.

Tiba2 amir ttp mulut dia sambil tangan dia sebelah lagi  tunjuk dkt tingkap sebelah pintu dorm. Kitaorg buat muka pelik la. Kau dah kenapa giler. Pasti kami tgk dkt tmpt yg amir tunjuk. Mata memasing terbeliak. Kaku. Kami nampak nampak bayang2 1 lembaga hitam. Tp takdak kepala. Lps tu tangan dia mcm pegang pedang. Gila tak gelabah kau. Naim je yg buat muka selamba. Mmg automatic bulu roma berdiri semua.

Semua menggeletar tgn. Bayang2 tu berhenti betul2 dkt tepi dorm kami. Kami nampak sebab lampu emergency dkt tepi dorm kami je. Badak, amir, dan yg lain2 terus duduk rapat sesama sendiri. Aku rasa time tu kalau toreh muka dgn pisau memang xkeluar darah kot. Pucat muka memasing. Sebab terkejut dan takut semua mengigil ketakutan. Masa tu dah xpikir apa dah.

Dalam 10 minit jgk rasanya benda tu berdiri kaku kt tepi tingkap dorm kami. Semua masih duduk rapat2. Naim nasihat supaya kami baca apa2 ayat Al-Quran dan berdoa supaya kami tak kena gangguan yg lg teruk.

Nak dijadikan ceritanya salah sorg dari dormmate kami tiba2 rebah. Tak sedarkan diri. Nama dia Raja hafiz. *Kami panggil dia Jaja sbb dia ala2 sotong skit. Huhuhuhu. Haih lepas satu2 hal timbul. Kami baringkan Jaja dkt lantai. Naim ambil air mineral botol dkt atas locker dia dan dia bacakan beberapa ayat suci Al-Quran dkt air tu dan sapukan kat muka jaja. Dia menggelupur mcm kena renjatan elektrik plak. "Aduhhh. Nk buat mcm mana ni?" Kata Amir. Naim dengan muka selamba dia ckp "biarkan je dulu. Nanti dia elok la tu."

Time tu lembaga dkt tingkap dah xde. Entah bila masa hilangnya. Semua xpasti. Sekarang semua risau dgn keadaan Jaja. Lepas dia menggelupur tu, tiba2 dia bangun dan bersilat pulak dlm dorm. Kami semua jauhkan diri daripada dia. Risau kena penerajang dan penumbuk free je kang.

Naim sama mcm td. Cool je. Yg lain semua muka cuak. Yela. Tak penah ada pengalaman encounter dengan benda2 mistik mcm tu. Naim just berbisik dekat kami "biarkan je Jaja bersilat. Nanti dia penat, dia berhenti la tu". So kami turutkan je la apa kata2 Naim tu since dia bdk2 surau dan ada ilmu2 skit. Kami follow je.

Adelah dlm 10-15 minit dia bersilat. Dengan segala buah silat terkeluar. Mcm kelakar pun ada. Tp memasing diamkan diri je. Xnak cakap apa2. Lepas tu Jaja tiba2 jatuh rebah semula.

Kami baringkan dia dkt katil. Naim pergi dekat sebelah Jaja dan dia sapukan air dkt muka Jaja. A few moments later, baru Jaja sedar. Kami semua pergi berkumpul dekat tepi Jaja. Nak tanya apa yang terjadi dkt dia. Tp dia mcm blur2. Tak tau apa yang jadi. Kami agak kecewa. Baru nak jadi CSI tapi xjd. Musnah harapan. Huhuhuhu.

Naim tetiba bersuara, "Jaja, family kau ada pendamping ke?" Semua terkejut dengan soalan Naim tu. Jaja yg tgh blur2 tu pun terkejut. "Mana ada!" Kata dia menafikan. Naim hanya senyum dan dia suruh esok mtk Jaja call family dia dan tanya psl benda tu. Jaja mcm malas nak argue dgn Naim and dia just angguk je.

Aku tgk jam dah pukul 3 pagi. Aku suggest utk semua org rehat dan tidur. Since esok pagi ada kelas. Semua setuju dan tidur dlm kegelapan. Sebab blackout kan.

Esoknya kami pergi sekolah mcm biasa. Lps habis sesi sekolah. Aku, Amir dan Badak pergi dkt pondok pak guard. Nk tau psl kejadian malam td. Tanya dia ada buat rondaan ke tak. Nama pak guard tu Pak Hamid.

Pak Hamid tersenyum je bila kami tanya dia psl lembaga tu. "Kalau korang nak tau, tapak sekolah kita ni dulu, tempat askar2 jepun. Sebelum ni ada senior korang yg nampak Ada orang mati kena penggal kepala, ada yang berkawad malam2 dkt padang. Kira korang antara insan terpilih dpt tgk benda tu" kata Pak Hamid kemudian mengarahkan kami balik dorm dan bersiap2 untuk pergi Prep. Tak sempat nak tanya dengan lebih lanjut kami dihalau balik ke dorm. Haihh sedih btol.

Masuk dorm kami nampak ada yang tgh nap, ada yang muka selebet gila sebab xcukup tidur. Sejujurnya aku pun ngantuk. Sebab xlena tidor mlm td.

Kami nampak Jaja masuk dorm dgn muka yang emotionless. Kami tanya la dia dh call family ke apa ke. *gigih nak korek rahsia orang kan.

Dia diam seribu bahasa. Kami assume dia penat ke apa ke. So kami biarkan je la. Petang tu family Jaja datang ke asrama dan ambil jaja nak bawak balik ke rumah. Kami pun pelik jgk. Dia tak demam tak ape cuma terkejut skitla dgn ap yg terjadi mlm td.

Seminggu kemudian kami dapat tahu yang Jaja berhenti dah. Dah berpindah ke sekolah lain. Sebab apa kami tak tahu. Kami ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.


Tamat.


p/s: ade banyak lagi benda2 yg jd dkt asrama tu. Nanti aku update lain ye. Heh

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-3-2017 10:33 PM | Show all posts

Hahahaha dah apdet dahhh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-3-2017 10:33 PM | Show all posts
ramaramu replied at 16-3-2017 04:47 PM
tt bila daa sambungannya.. lama nya mengarang!

Hahahaha ater sabor le. Tu dha update dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq papa bear... srronok dgr cite asrama... koi dok asrama 3 tahun 1/2 x pernah kena ..kawan2 kena ada lah..katanya kena tarik kaki la ..dg org nyanyi kat tingkap.. koi memang idak la mampu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-3-2017 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 17-3-2017 12:04 AM
Tq papa bear... srronok dgr cite asrama... koi dok asrama 3 tahun 1/2 x pernah kena ..kawan2 kena ad ...

Hahaha tula. Tl ms ddk asrama dkt sekolah dkt kg xde lak jd ape2. Ni skolah dkt town lak yg jd mcm2. Haihhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:00 PM | Show all posts
ishhh tt misteri la kes jaja ni.. ada sambungan takkk???
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-3-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ramaramu replied at 17-3-2017 05:00 PM
ishhh tt misteri la kes jaja ni.. ada sambungan takkk???

Psl jaja mmg stop kt situ. Kami langsung xdgr apa2 khabar psl dia. Sedih gak. Sbb dia mcm mak2 dlm dorm kitaorg. Huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Papa bear...citer psl ayah papa sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 04:20 PM | Show all posts
TT update lagiiii.. jgn dok berangan jaa.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 20-3-2017 02:26 PM
Papa bear...citer psl ayah papa sama

Psl abah xbyk sgt cite. Cuma ada gangguan dkt umah tu je. Nanti aku update  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jpbstarlife replied at 20-3-2017 04:20 PM
TT update lagiiii.. jgn dok berangan jaa.. hahahaha

Hahahahha saboorrr saborr
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengalaman aku baru2 ni....baru sgt berlaku...aku anak beranak pg trip ke pangkor...joint sekali dlm trip tu adalah kawan2 husband aku...semua bujang....
kami menginap di homestay TW....homstay rumah biasa terletak  di paling hujung lorong...sebelah belukar...depan homstay tu ada pokok besar.saat mula jejak kaki dlm homstay aku dah rasa x sedap...mcm was2 ...tgk keadaan rumah pun mcm rumah tinggal lama....pegi dapur tgk tingkat2 pinggan dia selubung dgn kain tuala putih...
walaupun pax trip kami dlm 9 org termasuk anak aku umur 2 tahun...dan  lagi geng2 bujang yg riuh rendah tapi aku tetap dapat rasa mcm rumah tu sunyi dan   seram....lepas letak bag aku ckp kat husband aku penat so aku dgn anak tak  joint derang pg snokling bagai tu sumer...so aku lepak ngan anak aku dlm bilik...tertidur...
dlm tidur tu aku mimpi anak aku lari tinggalkan aku ikut sorang budak ni...aku kejar...dan aku warn budak jgn kawan dgn anak aku....aku tersedar dlm keadaan berpeluh2....ok ...tu satu...mgkin mimpi biasa...so mlm tu abis bbque aku rasa ngantuk sgt....anak aku lagi aku jaga....sedar2 derang dah tidur... pastu tetiba aku dgr anak aku menjerit...aku terkejut tgk dia dah ada kat penjuru katil ketakutan....benda ni terjadi 4 kali which is aku rasa dia bukan mengigau...tiap kali menjerit aku peluk dia dan nafas kencang sangat...laki aku bukak ayat albaqarah guna hp....pastu baru anak aku beh tidur sampi pagi walaupun sekejap2 terjaga dan merengek....aku tak tahu apa terjadi sampilah bila aku nak mandikan anak aku... aku ternampak mcm bekas gigitan kat ibu jari anak aku..bekas gigitan berbentuk 2 lubang....memula aku rasa tikus....tapi mustahil jugak sbb anak aku tidur tgh...
so bila aku citer ngan group trip pasal mimpi tu....derang syak benda tu mcm tak puashati la....dlm pada dok syok cerita tu... tetiba sorang geng bujang ni bukak citer yg bila bangun pagi suar jeans dia dah terlondeh sampai kat lutut..sib baik dia pakai boxer...
hihi tu jer pengalaman aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengalaman aku baru2 ni....baru sgt berlaku...aku anak beranak pg trip ke pangkor...joint sekali dlm trip tu adalah kawan2 husband aku...semua bujang....
kami menginap di homestay TW....homstay rumah biasa terletak  di paling hujung lorong...sebelah belukar...depan homstay tu ada pokok besar.saat mula jejak kaki dlm homstay aku dah rasa x sedap...mcm was2 ...tgk keadaan rumah pun mcm rumah tinggal lama....pegi dapur tgk tingkat2 pinggan dia selubung dgn kain tuala putih...
walaupun pax trip kami dlm 9 org termasuk anak aku umur 2 tahun...dan  lagi geng2 bujang yg riuh rendah tapi aku tetap dapat rasa mcm rumah tu sunyi dan   seram....lepas letak bag aku ckp kat husband aku penat so aku dgn anak tak  joint derang pg snokling bagai tu sumer...so aku lepak ngan anak aku dlm bilik...tertidur...
dlm tidur tu aku mimpi anak aku lari tinggalkan aku ikut sorang budak ni...aku kejar...dan aku warn budak jgn kawan dgn anak aku....aku tersedar dlm keadaan berpeluh2....ok ...tu satu...mgkin mimpi biasa...so mlm tu abis bbque aku rasa ngantuk sgt....anak aku lagi aku jaga....sedar2 derang dah tidur... pastu tetiba aku dgr anak aku menjerit...aku terkejut tgk dia dah ada kat penjuru katil ketakutan....benda ni terjadi 4 kali which is aku rasa dia bukan mengigau...tiap kali menjerit aku peluk dia dan nafas kencang sangat...laki aku bukak ayat albaqarah guna hp....pastu baru anak aku beh tidur sampi pagi walaupun sekejap2 terjaga dan merengek....aku tak tahu apa terjadi sampilah bila aku nak mandikan anak aku... aku ternampak mcm bekas gigitan kat ibu jari anak aku..bekas gigitan berbentuk 2 lubang....memula aku rasa tikus....tapi mustahil jugak sbb anak aku tidur tgh...
so bila aku citer ngan group trip pasal mimpi tu....derang syak benda tu mcm tak puashati la....dlm pada dok syok cerita tu... tetiba sorang geng bujang ni bukak citer yg bila bangun pagi suar jeans dia dah terlondeh sampai kat lutut..sib baik dia pakai boxer...
hihi tu jer pengalaman aku...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-4-2017 08:42 AM | Show all posts
anaktoyol replied at 20-4-2017 11:33 PM
Ni pengalaman aku baru2 ni....baru sgt berlaku...aku anak beranak pg trip ke pangkor...joint sekali  ...

terlondehhh??? me likeyyy *ehhh hahahaha benda tu dlm cobaan nk merogol kwn tu kah? hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 09:12 AM | Show all posts
Cerita pasal asrama ni aku pernah jugak kena kacau, satu asrama la kena, katanya sekolah aku ni setiap 4 tahun sekali akan kena gangguan secara teruk. Masa aku form 1   tu cun cun pulak tahun gangguan. Sebabnya tepi sekolah ada tasik tempat memuja. Memang makhluk kat situ kacau la kalau dah tk ada sapa  bagi dia makan kan. Kakak senior form 5 dah selalu dah warning kiteorang, dengan cikgu2 sekali tapi biasalah kan budak baru masuk, kenal kengkawan baru pulak. Dahla dia letak semua form 1 kiteorang ape lagi seronok la meng 'epxlore' tempat ni. Ada satu tandas level kiteorang tu ditutup, dahla duduk level atas sekali, junior kan. pastu tandas tempat mandi tu tutup pulak, hari2 la kena turun naik aras bawah.

Satu hari hujung minggu tu aku dan kengkawan rasa macam curios sgt, kenapa eh tutup jamban ni, kawan aku ajak p skodeng dalam tu. Sanggup kami tak outing. So kami curi kerusi biik prep, susun2 tinggi2 sebab nak tengok dalam ada ape, bahagian atas tu ditutup dengan besi2. so kena panjat nak tengok melalui lubang besi tu. Aku pun ape lagi panjat and tengok. Dalam bilik tu ada katil and bantal. Lepas tu aku rasa mak aiii seram sejukk je nampak katil tu, sebab dia macam bersawang kan. Aku cakap kat kawan aku. wei dalam bilik ni ada katil. Dah kenapa? Kawan aku (Ain) pun suruh aku turun dia nak tengok, so ak turun dan dia pun panjat, lepas panjat dia tengok kejap terus turun dan lari , aku n kawan2 lain pun ape lagiiii  lari.!!!! even tak tau pape.haha. Lepas tu dia cakap seram wehhh. . Masa tu dah nak dekat maghrib.........

Dan.. Malam tu.. Perhhh histeria besar besaran. Sampai ke bilik2 bawah. Kejadian mistik tu macam2 berlaku lepas malam tu, aku pun igat2 lupa yang mana satu terjadi. tapi aku cerita la sikit2 ape yang aku ingat eh. Mula2 kawan dorm aku ni tiba2 sesak nafas, kami pun panggil akak ajk cakap kawan tiba2 sesak nafas. Si Ain ni dia rajin pulak  buat keje sekolah. sebab kan semua orang duk kerumun tengh dorm jaga kawan aku sakit. dia duk betul2 depan pintu dorm buat kerje sekolah dengan tawaduqnye, kak ajk pun nak masuk bagi salam, once ain tu angkat muka, since dia depan pntu kan, akak bertiga tu lari lintang pukang. uhhuh. aku pandang ain. dia cakap wei kenapa. aku angkat bahu tanda aku pun tak faham.


Lepas tu ckgu pulak datang n tiba2 ramai pulak dalam dorm aku menjerit2. Sampai ade yang berbuih buih mulut haa. Kecoh la masa tu. ckgu suruh aku p amek wuduk baca yasin since ak ain dan 2,3 org kawan je yang ok.  Aku pun bangun nak keluar, dan dan pulak kawan aku aina ni menagis kuat2 dan datang peluk aku, aku pun peluk dia balik, kakak ajk yang lain terus tarik kawan aku aina tu. Terus aina menjerit histeria. kus semangat aku. AKu tanya kak nor tu (kak ajk) nape akak tarik aina. Kakak tu cakap nampak something nak masuk dalam badan aku melalui badan aina. I is seramsss. terus aku ambik wuduk and baca yasin, si aina tu menjerit marahhhh pandang aku tapi tak daya nak lari dekat aku ramai pegang dia. Dalam ati tobat la taknak kacau lagi tempat tuu. Dekat subuh jugak kejadian ni. beberapa kerat je yang tak kena histeria. Ckgu arahkan kami2 yang tak kena histeria ni tido dalam  dewan makan. Lepas tu la aku tahu kenapa kak ajk ni lari tengok ain, sebab dia cakap ain muka lain. muka seram bukan muka dia... Nanti aku cerita lagi kejadian pelik aku and ain kena lepas kami p skodeng bilik mandi tu. Bos datang pulak. heee
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
GadisShizuka replied at 21-4-2017 09:12 AM
Cerita pasal asrama ni aku pernah jugak kena kacau, satu asrama la kena, katanya sekolah aku ni seti ...

Kisah ni boleh gabung dgn kisah tangga batu dammerung
Menarik.
Apa rahsia bilik/ jamban tu dgn tasik tu??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 09:36 AM | Show all posts
Edited by GadisShizuka at 21-4-2017 09:37 AM
Ipo replied at 21-4-2017 09:24 AM
Kisah ni boleh gabung dgn kisah tangga batu dammerung  
Menarik.
Apa rahsia bilik/ jamban  ...

Tasik tu zaman dulu tempat pemujaan besar besaran dekat situ, tapi bila dah sekarang mana ada lagi orang memuja kan. Warden aku cakap dia memang lapar darah ayam & tulang la kot sebab everytime kami buat bbq dekat asrama memang akan ada histeria, kadang sampai ke sekolah ko tau. Warden yang cerita ni pun dah tua, sebab cikgu ni dah berpuluh tahun jaga asrama tu. Yang misteri jamban tu sebab dorm aku tu ada student mati, sebab kena kipas. ak rasa benda ni common kan every asrama sebab tu kami xcaye sangat. tp warden ak ni cakap ko xcaye cuba ko tgk cat dindin sbelah kiri kaler hijau sebelah lain semua kaler putih? Kami terdiam. warden tu cakap darah tepercik,so kami cat bahagian tu je aku tau lah ak dah jaga lama asrama ni. Dann yang bestnye bahgian cat hijau tu katil aku beb. ahahah. batch kami ramai sangat sebab tu dorm tu terpaksa  bkk balik bilik tu, ain cakap mybe katil tu katil arwah yang meninggal tu. Wallhualam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 10:44 AM | Show all posts
GadisShizuka replied at 21-4-2017 09:36 AM
Tasik tu zaman dulu tempat pemujaan besar besaran dekat situ, tapi bila dah sekarang mana ada lagi ...

oh i see..
jadi cat hijau kat dinding tu nak cover darah yang terpercik la kan?
that's why dicat kaler hijau, yang lain putih je

ada penunggu la tu kot kat tasik tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kisah tipah masa g bercuti di pulau belah2 pantai Timur..baru je berlaku.maaf kalo tak Seram.tapi tipah nak berkongsi pengalaman tidur dipulau. hari first kami sampai di pulau , kami hiking bukit berdekatan. konon nak tengok view pulau dari atas.jarak bilik penginapan dengan bukit dlm 1 jam. dah selesai bergambar huha huha kami pun mula mendaki turun.smpai pukul 7. Dah Mandi sokay semua masing2 penat terus tertido. Masa tengah tido tuh tipah mimpi, ada 3 bayangan wajah datang seolah mcm kita tengok slideshow.satu persatu. gambaran pertama wanita tua, baju lusuh pkai tudung, tersenyum kat tipah. pastu gambaran tu hilang. gambaran kedua wanita muda, muka pucat rambut panjang basah.mood dia sedih.pastu gambaran tu hilang.gambaran ketiga muncul, lelaki , tp yang ni kabur wajahnya cuma dapat rasa pilu/ sayu sangat mood masa tuh. bila gambaran ketiga hilang, tipah tersedar.pelik sebab tak kenal pun mereka ni. Mungkin mainan tidur ? ? tipah pun tak pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
*solat typos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063383s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list