CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5524|Reply: 28

Iskandar Rizqi Nama Baby Shahrol Shiro, Mahu Besarkan Anak Di Kampung

[Copy link]
Post time 23-2-2017 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Selepas dua minggu bergelar ibu, isteri pelawak Shahrol Shiro mendedahkan nama bayi lelaki mereka di akaun Instagram (IG) miliknya, @anna_dalisha.

Shahrol dan isteri memilih untuk menamakan bayi sulung mereka yang dilahirkan pada 8 Februari lalu sebagai Iskandar Rizqi.

Menerusi foto yang dimuat naik malam semalam, isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi, 27, turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sentiasa berada disisinya sepanjang proses kelahiran, walaupun tidak dibenarkan masuk ke bilik bersalin kerana bayi mereka lahir pra matang.

Iskandar Rizqi, dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor.

Menurut Shahrol, Iskandar Rizqi dilahirkan pra matang ketika kandungan Farhanah berusia 35 minggu, dengan berat hanya 2.1 kilogram.

Mengikut jangkaan doktor, Farhanah sepatutnya bersalin pada pada 15 Mac ini.

Tambah Sharol, dia bercadang untuk membesarkan Iskandar Rizqi di kampung halamannnya, Kluang, Johor.

“Saya dan isteri berasal dari sini dan selepas berkahwin kami memang tinggal di sini (Kluang). Rumah ibu saya dan mertua hanya 10 kilometer saja jaraknya.

“Saya juga bercadang untuk membesarkan bayi kami di kampung kerana lebih selesa menetap di kampung berbanding Kuala Lumpur,” katanya kepada Astro Gempak.

Untuk makluman, bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua bagi Shahrol dan pertama bagi Anna. Sebelum ini, Shahrol pernah dikurniakan anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu. Shahrol berkahwin dengan Anna pada 18 Mac 2016.

Dalam perkembangan lain, Shahrol dan Ajak (Kumpulan Shiro) bakal beraksi di minggu kedua pentas Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) bersama 14 kumpulan lain di Royal Teater, Shah Alam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap namanya..

Akak pun suka dok sini.. Nyaman, bersih dan orgnya ramah mesra x kira bangsa.. Dah ada rasa mcm nak jual aje rumah di Kuantan tu.. Udara kotor berdebu, orgnya x mesra alam sgt, nak kebumi di kampung sebelah pun siap boleh ditolak permintaan walau sanggup bayar ke badan khairat kematiannya.. Ko hader? Terpaksa kami minta kat kampung seberangnya.. Boleh aje.. Eh! OT pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:03 AM | Show all posts
nak tengok muka baby iskandar plss
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:56 AM | Show all posts
simple je nma nya.. x la bbelit nk sebut. tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah shahrul
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org pon mmg kalo boleh nk hidup kt kampung je.. Aman, x payah hadap jem, kos hidup rendah..  Tp apakan daya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 12:27 PM | Show all posts
ank dgn bini lama dh ok ke uols?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:28 PM | Show all posts
IxoraP replied at 23-2-2017 11:56 AM
simple je nma nya.. x la bbelit nk sebut. tahniah

kalau shahizil arran terbelit tak lidah #sistanye je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
comelnya nama Rizqi tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:43 PM | Show all posts
nasib baik...kot la bubuh alexander beckham ke abraham abigail ke...ujung2 rupa kasiren harus simpan dalam rumah jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:36 PM | Show all posts
tahniah sharul!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:47 PM | Show all posts
nononcrux replied at 23-2-2017 12:28 PM
kalau shahizil arran terbelit tak lidah #sistanye je

ni ok lg sis.. jgn nma cam anak wawa zainal dh ler.. smpi skrg i x reti nyebut nya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:50 PM | Show all posts
congrates..sedap nama iskandar rizqi
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 04:05 PM | Show all posts
ai tak tau yg die ni dah kawin
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bnyak kerja kat kl kan. So mostly ada kat kl. Memandngkan sejarah dia tak bagus mana rasanya baiklah duk sekali ngan bini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:06 PM | Show all posts
Iskandar Rizqi. Sedap nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Diamje at 23-2-2017 05:21 PM

Korang kalau ada anak letak la nama elok2 tk payah nk acah2 urban ke telenovela ke. Ada anak murid aku letak nama anak katun. Ko ghase??  Aku kt felda ok.. nama anak murid semua acah2 urban kepam.. nama mcm omputehm alih2 g sekolah baju pon x gosok.. kasut pon x basuh.. biar bersederhana tp pembawakan diri anak nampak bersih dan sedap mata memandang walaupun nama x glamer.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:14 PM | Show all posts
Diamje replied at 23-2-2017 09:08 AM
Korang kalau ada anak letak la nama elok2 tk payah nk acah2 urban ke telenovela ke. Ada anak murid a ...

Letak nama acah2 kokusen ok lagi chuols. I paling pantang kalau dah letak nama ala kokusen pastu sibuk betulkan sebutan rang. Ade sorang member iouls ni anak dia nama mmg spesis Ryan & Ian. bila orang pangil anak dia RAY-YAN, dia marah ok. kena sebut Rai-yen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:27 PM | Show all posts
lostfaith replied at 23-2-2017 04:59 PM
Dia bnyak kerja kat kl kan. So mostly ada kat kl. Memandngkan sejarah dia tak bagus mana rasanya bai ...

hal ape die buat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:57 PM | Show all posts
Tahniah dah dapat baby..

semoga bertambah rezeki sekeluarga
lepas ni..

Aaminn..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.733549 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list