|
Edited by Kentang.Goreng at 24-2-2017 09:25 AM
Pondan cantik
Ajal sehari sebelum hari lahir
Jumaat, 24 Februari 2017 @ 12:18 AM
Kuantan: "Esok sepatutnya kami sekeluarga berkumpul di Karak, Bentong untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
“Namun, kami tidak sempat mengadakan majlis itu apabila dia ditemui mati hari ini,” kata V Reenunair, 29.
Dia adalah sepupu K Selamparasan, 27, mak nyah berasal dari Mentakab, yang ditemui mati selepas ditembak tiga das, selain putus lima jari akibat dipotong dengan senjata dipercayai parang di Jalan Pasar, di sini, pagi tadi.
Reenunair berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menyewa rumah di Jalan Bukit Ubi, di sini, sempat bertemunya beberapa hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.
Reenunair yang tingal di Jalan Wong Ah Jang, di sini, berkata, dia mendapat tahu berhubung kejadian berkenaan melalui rakan mangsa yang memaklumkan sepupunya itu keluar membeli makanan dan kad tambah nilai telefon bimbit sebelum kejadian.
Dia yang terkejut selepas mendapat tahu berita itu pada mulanya tidak mempercayai mangsa ditembak dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya tergamam apabila menemui sepupu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Dalam pertemuan minggu lalu, dia kelihatan cerita dan bekerja seperti biasa di kedai bunga, namun saya tidak tahu pula ada musuh memerhatikannya sehingga tergamak melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi, di sini.
Reenunair turut memaklumkan mangsa melakukan pembedahan menukar jantina sejak berusia 19 tahun.
Menurutnya, mayat mangsa akan dibawa pulang ke Karak untuk pengebumian selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Sementara itu, seorang saksi hanya mahu dikenali Ahmad Muslim, 25, mendakwa terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke lokasi berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ingat ada orang baling mercun namun tidak sangka ada orang kena tembak menyebabkan saya ketakutan lalu bergegas meninggalkan tempat kejadian,” katanya. yang juga seorang peniaga di kawasan berkenaan.
Nasib si pondan
Mak nyah maut ditembak, ditetak
Khamis, 23 Februari 2017 @ 10:58 AM
Kuantan: Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala serta putus lima jari di Jalan Pasar, di sini, hari ini.
Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan dianggarkan berusia 20-an, maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 5 pagi tadi
Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.
Pondan India cantik
Pondan dibunuh pada hari lahir24 Feb 2017
KUANTAN – Seorang mak nyah yang telah menjalani pembedahan menukar jantina tidak sempat menyambut hari lahir­nya semalam selepas dibunuh dengan kejam apabila ditetak sehingga putus lima jari tangan kiri sebelum ditembak di Jalan Pasar di sini pukul 3.30 pagi semalam.
Mangsa, Selamparasan Krishnasamy sepatutnya menghadiri majlis hari jadinya yang ke-27 bersama ahli keluarganya di Karak, Bentong.
Sepupunya, V. Reenunair, 29, berkata, majlis ulang tahun kelahiran mangsa dirancang untuk diadakan di Karak pada tengah hari semalam.
“Hari ini (semalam) kami se­keluarga sepatutnya berkumpul di Karak untuk sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27, tapi dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
She is beautiful
Transgender found dead, mutilated
Friday, 24 February 2017
KUANTAN: A transgender was found dead here with a gunshot wound and her body mutilated. Her funeral will be held today – which was also her birthday.
The victim, known to her family as Shameera Krishnan (pic), 26, was said to have gone out at 3am yesterday to buy food.
Her cousin V. Reenunair, 29, said they were told that Shameera was seriously injured in an attack in Jalan Pasar here at about 4am.
“We didn’t know she had died at that time. We went to the mortuary and found that she had been shot in her posterior.
“Four fingers of her right hand were severed and she had serious head injuries.
“Her right arm was also badly mutilated as though she had been trying to ward off repeated blows from her assailant,” Reenunair said when met at Tengku Ampuan Afzan Hospital here.
“Why would anyone want to hurt her like this,” she added.
Reenunair said Shameera worked at a florist outlet here and had never complained of anyone disturbing her.
Shameera was born a male but had lived as a woman for the past seven to eight years.
Kuantan OCPD Asst Comm Abdul Aziz Salleh confirmed the incident, adding that investigations were underway.
Sharan Manthira Naidu, who called herself the victim’s aunt, was at a loss for words in the wake of the grisly incident.
“Funny that her funeral is on her birthday. What a way to celebrate your birthday. I have no more words,” said Sharan in a Facebook posting yesterday.
Just hours before, she had shared that her niece, Shameera, had been found dead.
The funeral will be held in Karak, Pahang, at around noon. |
|