|
Edited by ara-xtian4eva at 28-2-2017 09:59 PM
Tadi scroll2 facebook, terbaca status kawan lama dekat office i dulu. Dia sekarang ada kat hospital sebab sakit. Dia tulis kat status facebook dia yang orang sebelah katil dia tu ialah Ary Malik, tgh sakit kanser stage 4. Ary Malik ni pelakon dan peserta Masterchef Malaysia tu. Betul ke? Siapa boleh sahkan berita ni? I minat dia masa tgk Masterchef Malaysia dulu. Sedih pulak dengar ;(
Edited 25 Feb 2017
Ary Malik Kini Kritikal Akibat Kanser Ovari
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 7:50 AM
[size=0.875em]image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/
[size=0.75em]Kita doakan agar Ary Malik segera sembuh. Foto dari Instagram miliknya.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini akibat kanser ovari yang kini pada tahap empat.
Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.
"Ary mengalami sakit-sakit kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan (Wansga Maju) pada Mei lalu, barulah kanser ini dikesan. Mulanya kami ingat ia ketumbuhan biasa,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.
Shahrul Nizam berkata, susulan itu sejak Jun tahun lalu Ary terpaksa menjalani kimoterapi bagi memulihkan kansernya itu sehinggalah terpaksa dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaanya semakin kritikal.
Ujarnya, doktor turut mengesyaki Ary juga menghidap tumor yang dipercayai sudah merebak ke kepala.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen.
Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malasyia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.
Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... jJruVxOO4ltGGgeL.99 |
|