CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 9

Konsultasi Syariah - elakkan Cherry picking

[Copy link]
Post time 23-2-2017 07:17 PM | Show all posts |Read mode
sila membaca ...

assalamualaikum

semoga bermanfaat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2017 07:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 07:19 PM | Show all posts
Elak cherry picking dalam hujah agama


"SAYA tetap teruskan Valet Doa walaupun dikecam…” Begitu kata-kata individu yang mengusahakan Valet Doa yang tular kebelakangan ini. Meneliti iklannya di Facebook, terlintas satu soalan, "Di mana agaknya dia mendapat idea untuk mencetuskan bisnes ini? Belum pernah saya jumpa di mana-mana!," Hasilnya, dia mendapat kritikan dan cemuhan daripada ramai netizen. Begitu juga teguran daripada beberapa mufti termasuk Wilayah Persekutuan, Pahang dan Perak.

Bagi saya, terdapat dua isu utama yang melatari kontroversi ini iaitu jaminan kemakbulan doa dan upah ke atas doa. Saya lebih tertarik memberi komentar tentang hal jaminan kemakbulan doa kerana dalam laporan terbaru, pemilik Valet Doa tetap ingin meneruskan bisnesnya dengan alasan, “Mufti (Wilayah Persekutuan) tak berani cakap haram, sebab tidak langgar syariat. Cuma dia takut fitnah orang atas agama… jadi, kami ada dalil masing-masing.”

Timbul satu persoalan, “Ada dalil itu satu hal. Tetapi, yang paling penting adalah tujuan dan kehendak bagi dalil tersebut. Justeru, apa yang sebenarnya dia faham akan dalil-dalil yang dibawakannya?”


CHERRY PICKING DALAM MENGGUNAKAN DALIL AGAMA

Gejala cherry picking dalam menggunakan dalil agama ini dilihat sangat berbahaya dan mampu memberi kesan buruk kepada diri pelaku sendiri. Apa yang sesuai dengan keinginan, itu yang dipilih. Apa yang berbeza daripada kehendak, itu ditolak dan didiamkan. Apabila dia mengiaskan Valet Doa dengan upah mengerjakan haji, saya yakin dia belum membaca kenyataan penuh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Bayan Linnas ke–85.

Dalam artikel tersebut, mufti menjelaskan bahawa Valet Doa tidak boleh sama sekali diqiaskan dengan upah mengerjakan haji (badal haji) kerana upah badal haji disandarkan kepada dalil yang jelas. Upahnya juga adalah kerana ibadahnya. Manakala Valet Doa tiada dalil khusus tentangnya dan upahnya pula kabur; sama ada untuk jaminan doa makbul atau kos perjalanan. Di penghujung artikel, mufti memasukkan juga sebuah hadis daripada Abi Said berkenaan tempoh masa pemakbulan doa sama ada segera, ditangguhkan di akhirat atau digantikan dengan penghapusan keburukan. Jelas, ia hak mutlak Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 07:19 PM | Show all posts
‘MEMAKSA’ ALLAH UNTUK MENGABULKAN DOA

Memberi had tiga bulan, enam bulan atau berapa sahaja tempohnya untuk jaminan kemakbulan doa, seolah-olah memaksa Allah SWT memakbulkan doa kita. Sedangkan, ia terpulang kepada-Nya untuk memakbulkannya atau tidak. Dalam perbahasan akidah, hal ini termasuk dalam hal yang bersifat harus (mumkinat) bagi Allah.

Boleh sahaja Allah berkenan memakbulkannya hari ini, esok atau bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Boleh juga Dia tidak memakbulkannya.

Firman Allah: “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.” (Surah al-Baqarah: 216)

Dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Doa seorang hamba akan sentiasa terkabul selama dia tidak berdoa untuk kemaksiatan atau untuk memutuskan silaturahim, dan tidak tergesa-gesa. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah bentuk tergesa-gesa yang dimaksudkan? Baginda menjawab: Hamba tadi berkata: Aku telah berdoa, sungguh aku telah berdoa, namun Allah belum juga memakbulkan doaku. Dia merasa putus asa dan letih, lalu akhirnya meninggalkan doa.”

Inilah yang kita risaukan pada Valet Doa. Ia seakan membentuk satu kefahaman logik akal terhadap doa, bersandarkan dalil-dalil agama yang difahami secara tidak menyeluruh (juz’i)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 07:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-2-2017 11:39 PM

TEGUR DENGAN BERHEMAH

Nasihat saya kepada masyarakat awam dan netizen, tegurlah dengan berhemah. Tidak perlu sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar kepadanya. Apa yang sudah berlalu, biarkan berlalu. Saya khuatir dengan budaya trolling dan cyber bullying di media sosial yang semakin menjadi-jadi. Jika tidak bersetuju, kemukakan dengan berhemah dan beradab. Saya yakin, dia boleh menerimanya dengan hati yang lapang dan mungkin sahaja membatalkan bisnesnya sebagaimana saranan Mufti Wilayah Persekutuan kepadanya.

Sebagai satu renungan dalam kekalutan netizen mengangkat isu Valet Doa, terdapat sebuah kisah yang berlaku kepada Ibrahim bin Adham (w. 162H).

“Pada satu hari, beliau berjalan melalui pasar di Basrah. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya dan bertanya: “Wahai Abu Ishaq (Ibrahim bin Adham)! Allah berfirman dalam al-Quran: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku kabulkan permintaan kalian.’ Tetapi kami sudah berkali-kali berdoa kepada-Nya sekian lamanya dan Dia tidak memakbulkan doakan kami.

Ibrahim menjawab: ‘Wahai penduduk Basrah, hati-hati kalian pada hakikatnya telah mati dalam 10 perkara: (Lihat Hilyah al-Awliya’ 8/15-16)

1. Kamu kenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya

2. Kamu membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya

3. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu mengabaikan sunahnya

4. Mendakwa bahawa kamu musuh Syaitan tetapi kamu menurut jalannya

5. Kamu berkata yang kamu cintakan syurga tetapi kamu tidak berusaha ke arahnya

6. Kamu katakan kamu takut api neraka tetapi kamu meletakkan diri kamu hampir kepadanya

7. Kamu menyatakan kematian itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk itu

8. Kamu menyibukkan diri dengan kesalahan orang lain tetapi mengabaikan kesalahan kamu sendiri

9. Kamu menggunakan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur untuk nikmat tersebut

10. Kamu menguburkan orang yang telah mati tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.”

Agak-agaknya dengan usaha dan amal kita sekarang, layak atau tidak doa kita dimakbulkan Allah SWT?

Cherry picking adalah kesalahan logik di mana seseorang membangunkan hujah hanya berdasarkan pendapat atau data yang menyokong apa didakwanya sahaja, tanpa mempertimbangkan keseluruhan data yang sebenarnya boleh jadi membantah dakwaan tersebut.

ohhh terase kepedasan pernyataan di atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 07:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2017 07:20 PM | Show all posts
Artikel daripada Unit Konsultasi Akidah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di akhbar Utusan Malaysia.
Klik https://www.utusan.com.my/…/elak-cherry-picking-dalam-hujah…
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya mufti dah tegur dengan cara berhemah tapi tak jalan juga...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2017 11:38 PM | Show all posts
znorm replied at 23-2-2017 11:08 PM
Rasanya mufti dah tegur dengan cara berhemah tapi tak jalan juga...hmmm

depa pun nak jadi mufti jugakkk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 12:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058400 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list