CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 4

Perihal Faraid Wang Khairat Kematian

[Copy link]
Post time 24-2-2017 06:41 AM | Show all posts |Read mode
Al-KAFILI AL-FATAWI


AL-KAFI #553: ADAKAH WANG KHAIRAT KEMATIAN ITU PERLU DIFARAIDKAN?
sumber :http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... u-perlu-difaraidkan
Ditulis oleh Syed Husaini Syed HassanDiterbitkan: 23 Februari 2017








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2017 06:42 AM | Show all posts
Soalan:

Keluarga kami ada menerima wang khairat kematian dari pelbagai pihak. Adakah wang tersebut perlu dibahagikan mengikut faraid?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2017 06:43 AM | Show all posts
Jawapan:

Berkenaan soalan di atas, perlu difahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan harta faraid itu sendiri. Harta faraid adalah harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.  

Adapun khairat kematian, ianya bukanlah harta yang perlu difaraidkan bahkan kewujudan tabung itu juga adalah bagi memudahkan proses pengurusan sesuatu jenazah yang melibatkan jumlah wang yang tertentu.

Begitu juga dengan wang yang diperolehi oleh keluarga si mati dari derma serta sumbangan orang ramai. Wang itu juga tidak perlu difaraidkan bahkan ahli keluarga si mati boleh menggunakannya pada jalan kebaikan serta kemaslahatan yang lain. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, tuan boleh membuka
laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)[1] pada penjelasan ringkas mengenai faraid/pusaka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2017 06:43 AM | Show all posts
Kami juga berpendapat hendaklah waris merujuk kepada terma dan syarat perjanjian khairat kematian tersebut agar perjalanan harta tersebut dapat diklasifikasikan atau ditentukan sama ada ianya adalah harta yang perlu difaraidkan ataupun tidak. Adapun secara asasnya, khairat kematian itu bukanlah harta yang perlu difaraidkan melainkan padanya ada terma serta syarat yang menjadikan wang tersebut termasuk di dalam bahagian pusaka. Wallahu a’lam.



[1] http://www.maiwp.gov.my/i/index. ... -kami/faraid-pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq...very informative. Tak terpikir pasal duit khairat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056261 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list