CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Kentang.Goreng

[Tempatan] Sungguh tak sangka, rupanya inilah dua punca utama masalah mental menurut pakar

[Copy link]
Post time 26-2-2017 08:22 PM | Show all posts
Dia gila juga lah kalau camtu
jual buku jual air liur demi $$$$$
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 08:30 PM | Show all posts
astagaaa aku ingat masalah mental rakyat mesia neh pasai jibon...meleset ropenyer
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:10 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 26-2-2017 09:12 PM
CiliPadiSedap replied at 26-2-2017 09:04 AM
dia dapat doctor daripada mana? sebab curious lagi satu pakar motivasi dapat doctor palsu syok ...

tinggi ilmu dia ni bukan calang2....
dulu pernah htr my doter attend program dia...

Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.  Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Ren. Keb. Seberang Takir dan seterusnya di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri.  Pada tahun 1982 beliau telah memasuki Matrikulasi I dan II di Universiti Sains Malaysia.  Pada Tahun 1984 beliau mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral dan menamatkan pengajiannya pada Tahun 1988.  

Setelah tamat pengajian, beliau sempat bertugas di SEDC Kuala Terengganu selama 6 bulan di bahagian geologi dan carigali dan terlibat dengan penemuan emas di Rusila pada Tahun 1989.  Setelah itu, beliau menyambung pelajarannya di University of Queensland, Brisbane, Australia pada Tahun 1989 hingga 1993 dan menerima Ph.D dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan pada Tahun 1994.  Pada Tahun 1994 dan 1995 beliau berkhitmat sebagai pensyarah di Kampus Cawangan Kejuruteraan USM di Tronoh, Perak (yang kini telah diambilalih oleh Universiti Teknologi Petronas, UTP).  

Pada November, 1995, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai pensyarah universiti dan memulakan syarikat latihannya sendiri iaitu MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.  Beliau adalah Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini.  Beliau juga merupakan seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.  Antara program atau segmen yang beliau pernah muncul ialah:

TV1:  Suluh Bestari, Inspirasi Pagi, Cahaya Permata, Selamat Pagi Malaysia, Fitrah Kasih.
TV3:  Motivasi Pagi, Al-Kuliyyah, Halaqah, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini.
TV Bernama:  Hello Malaysia
Astro Awani:  Awani Pagi
Astro Ria: Malam Ini Z&R, Bersama Anita, Malam Ini Linda Onn.
Astro Oasis: Selami Jiwa bersama Dato' Dr. Fadzillah Kamsah.
NTV7:  Soup For The Soul (segmen Bahasa Melayu sebanyak 12 Episod).
TV9:  Muqadimah dan Keluarga di 9.

Beliau juga sering ke udara di radio seperti Radio IKIM.FM, KLfm, Klasik Nasional, Salam FM, Perak FM, Pahang FM, Kedah FM dan banyak lagi.

Beliau juga seorang penulis dan artikel tulisan beliau sering diterbitkan oleh Harian Metro, Majalah Ibu Bapa, Mingguan Wanita, RAPI, iluvislam, Majalah ANIS, Harmoni dan sebagainya.  Dua buah buku karangan beliau iaitu Motivasi Alihan Pelajar dan Teknik memotivasikan Anak Cara Positif, telah diterbitkan oleh PTS Milennia Sdn. Bhd.

Beliau merupakan Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia), Yang Di Pertua Silat Hijrah Malaysia, dan seorang aktivis di PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Beliau juga banyak terlibat dengan Pusat Rawatan Komplimentari Islam bersama YASHFIEN.



Kelayakan Profesional
[url=][/url]
Bachelor Engineering in Mineral Resources (USM),
Ph.D in Mining Enggineering (Univ. Of Queensland, Australia)
Jurulatih Bertauliah PSMB (TTT/1529)

Certified Professional Trainer HRDF to conduct the 5 Days TTT programme.
NLP Train The Trainer (Since 1994)
Certified ABNLP Coach,

Certified ABNLP Practitioner,
Certified LAB Profiles,
Certified Timeline Therapy™ .
Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. yang sudah 20 tahun dalam bidang latihan.



Buku-buku Tulisan BeliauDr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad merupakan penulis di PTS Millinea Sdn. Bhd.  Sehingga kini empat buah buku sudah pun diterbitkan dan buku Motivasi Alihan Pelajar telah terjual sebanyak 60,000 nashkah.  


Buku kedua tulisan beliau berjudul Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif yang telah diterbitkan pada Tahun 2009, juga oleh PTS Milennia Sdn. Bhd.  Buku ini telah memenangi tempat pertama Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian dan Popular Bookstore pada Tahun 2009.  Sehingga kini sebanyak 40,000 nashkah telah pun terjual dan masih mendapat permintaan yang menggalakkan dari pembaca.  Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup membesarkan tujuh orang anak dan juga pengalaman menjalankan kursus 'parenting' serta khidmat nasihat yang telah diberikan kepada ribuan ibu bapa di luar sana.  Malah berdasarkan pengalamannya, beliau telah mengendalik









Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:15 PM | Show all posts
monreyes replied at 26-2-2017 09:10 PM
tinggi ilmu dia ni bukan calang2....
dulu pernah htr my doter attend program dia...

alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:55 AM | Show all posts
dr nihn terlupa punca paling utama masalah mental kat malaysia nih.
walaupon best studen dgn pointer 3.85 sekalipon, bila join je perstubuhan haram tu
...tross jd mental.

tgk mentality dorang pon kita paham.

- matawang jatuh dianggap bagus.
- harga kangkong diturunkan mintak dipuji.
- harga gula naik sbb nak cegah diebetis.


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:39 AM | Show all posts
sifat manusia ni mmg pelik..segala mende nak fikir...
pas tu stress ..high blood pressure...
marah sana sini...cari psl dgn orang....
tambah pulak kalau sen pun kurang...
mmg cepat la biol..
.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 10:44 AM | Show all posts
Yang mental pasal bini pun ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:58 AM | Show all posts
drivethru replied at 26-2-2017 02:46 PM
Dah tak ingat nama nyer. Nama rancangan tu pun dah lupa. Yg aku ingat dia ni abg kepada minah seng ...

what women want ke....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 27-2-2017 10:58 AM
what women want ke....

'Mencari cinta' kat tv3.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:22 AM | Show all posts

yg ni kan..ok...

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:02 PM | Show all posts
betulla pic adik ipar dia tu...apa cite ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 03:02 PM | Show all posts
gigahertz replied at 26-2-2017 11:08 AM
org hisap dadah ni suruh bawak lori 1 hari takde tido pun xpe

eh iye??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.537648 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list