CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2967|Reply: 40

[Tempatan] [2] Saman serta-merta merokok di Taman Awam mulai 1 Jun !

[Copy link]
Post time 26-2-2017 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 26-2-2017 12:47 PM

Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.

"Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.

"Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250," katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 12:06 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatifnya kerajaan dalam usaha menambahkan pendapatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 12:51 PM | Show all posts


Penguatkuasa mengeluarkan notis amaran  terhadap seorang perokok di Taman Botani Perdana
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah..lg2 perokok yg jnis xde timbangrasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mahkamah ramai lowyer isap.rokok dkt kaki 5. Better lantik 1 group utk buat rondaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 26-2-2017 12:51 PM
Kreatifnya kerajaan dalam usaha menambahkan pendapatan.

He...he...kau tgok dari sudut tu pulak ek...

Aku sokong ...
Kekdg beruk beruk ni bkn nya paham...selamba bodoh je hisap rokok & asap bg org sedut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Perokok ni sometimes xde sivik.dpn baby/kanak2 pun bole dia merokok tanpa rs bsalah apetah lg klu psgn dia tgh pregnant.klu sy blk kg,no smoking inside d house sbb da d warning sblm msk umah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusss, aku skong jer. lemas la idung klu kt kdai mkn tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 01:45 PM | Show all posts
jangan mula2 je tegas camtu..pastu penguatkuasaan ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi2 pegi kat RnR sg buloh. Sape yg berani hisap rokok kat kedai makan tu. Orang biasa x berani kecuali..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-2-2017 01:17 PM
He...he...kau tgok dari sudut tu pulak ek...  

Aku sokong ...

Cukai rokok ni dah mahal. Silap tempat hisap, kena saman pula....    
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:57 PM | Show all posts
saladin780 replied at 26-2-2017 01:45 PM
jangan mula2 je tegas camtu..pastu penguatkuasaan ke laut

Selalunya mcm tu lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Aku tak suka orang yang suka merokok kat tempat awam. Hari tu masa beratur nak bayar tiket parking kat Aeon, selamba je seorang lelaki ni hisap rokok. Dah la masa tu cuaca berangin. Habis angin tolak asap rokok dia tu kena kat orang2 belakang dengan kat tepi dia. Ada yang siap tutup hidung dengan baju sebab tak tahan bau rokok tu. Dia nampak orang tak selesa tapi lepas tu sambung balik hisap rokok dengan muka tak bersalah.:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
AlienGurlz replied at 26-2-2017 03:01 PM
Baguslah. Aku tak suka orang yang suka merokok kat tempat awam. Hari tu masa beratur nak bayar tiket ...

Pernah kat ledai mkn sekor beruk tu hisap rokok, asap betul betul pergi kat aku..

Aku sabar lagi....dah habis sebatang, dia sambung sebatang lagi....aku bangun, tolak kerusi pastu pindah meja lain....rasa nk hempok je beruk perangai mcm ni....

Kau nk mati...mati sorang lahh.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:38 PM | Show all posts
Elok la tuh.. Aku yang bukan penghisap rokok apa nak resah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Menyampah dengan perokok-perokok bangang ni. Dia igt kita suka hidu asap rokok dia.vavi. :
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 26-2-2017 12:46 PM
Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan d ...

Sembang kencang sgt haih..sejuta akta pun xde enforcement x jd apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila kuatkuasakan jua di semua tempat. Merokok hanya dibenarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Ramai jg yang merokok di tempat2 makan.nampak kanak-kanak dan baby pun buat bodoh sahaja. Banyak kali aku terpaksa berpindah tempat sebab perokok-perokok ni. Nak sound aku tak cukup berani. sebab sekarang ramai orang gile
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Larangan kat taman awam shaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.242602 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list