CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3517|Reply: 29

[Jenayah] Suami isteri ZALIM, buta hati: MENGHAMBAKAN 18 orang termasuk 5 BUDAK 2 - 7 tahu

[Copy link]
Post time 26-2-2017 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 24-3-2017 04:20 PM


Modern slavery

Suami isteri zalim, buta hati
Ahad, 26 Februari 2017 @ 11:20 AM

Pengkalan Hulu : Polis Perak menyelamatkan 18 individu termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, di sini, awal pagi ini.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, pada kira-kira 1 pagi itu.

Polis menahan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 24 dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia itu yang bekerja sebagai pengurus ladang itu.

Difahamkan, sebelas mangsa yang diselamatkan berusia antara 27 hingga 64 tahun termasuk enam wanita, dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun manakala lima kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun.



Semua mereka yang juga warga tempatan ditempatkan secara sementara di rumah perlindungan di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya kini mendapatkan perintah reman terhadap suami isteri berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menawarkan gaji RM900 kepada mangsa namun hanya membayar RM100 manakala kanak-kanak dipaksa bekerja di ladang tanpa upah.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengikut Seksyen 2(2) Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966:-

Kanak-kanak cuma boleh melaksanakan kerja-kerja berikut:

(a)   kerja-kerja ringan yang sesuai dengan keupayaannya bagi pekerjaan yang dijalankan keluarganya.

(b)   pekerjaan hiburan awam yang mengikut syarat-syarat permit.

(c)   pekerjaan yang perlu dilakukannya seperti dilulus atau dianjur oleh Kerajaan dan dilaksanakan di sekolah, institusi latihan atau kapal latihan.

(d)   pekerjaan sebagai aprentis dibuat suatu kontrak aprentis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh.

Di bawah Seksyen 2(2), seseorang orang muda pula boleh lakukan:

(a)   Semua/mana-mana (a) – (d) di atas (semua kerja yang dibenarkan buat kanak-kanak)

(b)   sebagai pembantu rumah

(c) pekerjaan di pejabat, kedai, gudang, kilang, bengkel, setor, rumah tumpangan, pawagam, pementasan, kelab atau persatuan

(d)   pekerjaan dalam sesuatu industri yang sesuai dengan keupayaan

(e)   pekerjaan di kapal yang dibawah kawalan keluarga

Dengan syarat orang muda wanita hanya boleh bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan dan kelab yang dibawah pengurusan/kawalan keluarga/penjagaanya (kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh).

Seksyen di atas juga perlu dibaca dengan Seksyen 2 (5) yang mengatakan:

“Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja yang berlawanan dengan Akta Kilang Dan Jentera 1967 atau Akta Elektrik 1949 atau bekerja dibawah tanah” ; dan

Seksyen 7:

Kanak-kanak atau orang muda hanya boleh bekerja di tempat hiburan awam jika:

(i)   dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Buruh (dengan dikenakan syarat-syarat tertentu);

(ii)   ianya tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan atau moral mereka itu

Syarat-syarat pada Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 telah diperketatkan lagi dengan Pindaan tahun 2011 yang memasukkan definasi pada perkataan “kerja ringan” pada Seksyen 2 di atas yang berbunyi:

kerja ringan” bermaksud apa-apa kerja yang dijalankan oleh pekerja:

(a) jika duduk, dengan pergerakkan yang sederhana pada bahu, kaki dan badan; atau

(b) jika berdiri, dengan kebanyakkan pergerakkan sederhana pada bahu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
o ingatkan anak depa. baru nak tag sohai
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia?
Warga tempatan?

Mcmana tu.....tak terpikir aku blh jadi lg mcm ni kat msia....

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tak logik la berlaku kat malaysia....
kn org malaysia kaya2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tak logik la berlaku kat malaysia....
kn org malaysia kaya2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:49 PM | Show all posts
Ayyoyyyooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemerdangan manusia malaysia mmg champion tapi kita selalu rasa rakyat Malaysia ni baik. Mangsa selalu perkeja asing

Contoh banyak perkeja kedai mamak yg tak dapat gaji passport kena pegang

Ex polis simpan perkeja indonesia layan mcm hamba ugut nak masuk penjara pasdport pegang
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek muka skit adakah umah terpujj junjungan shorga firdausi ? Sebab kalau ummah terpuji sah2 akan dibekap mastarakat fb katanya warga shorga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa nigger tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:29 PM | Show all posts
ada jugak kes macam ni di zaman moden ni... kesian buruh mangsa ni terutama warga tua & kanak2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja ladang sawit ke?
Kalo meracun/membaja pun melepuh kulit tangan.. kesian yg budak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng kicap? Hanya geng2 kicap jah yg sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pelik kan sbb diorg tak lari, atau report ngadu report kat sape2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti orang Sri Lanka atau India kita mana tau dia Malaysia ke tak sebab dah macam orang India Malaysia cuma jangan dibayar untuk demo tuntut MyKad dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:58 PM | Show all posts
siannya                           
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 26-2-2017 04:21 PM
Tapi pelik kan sbb diorg tak lari, atau report ngadu report kat sape2.

I saspek not educated, and don't know who to turn too.

Kesian btol. Zaman moden ni masih lagi Ada yg mengamalkan Cara hidup feudal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 01:41 AM | Show all posts
bunuh je 2 ekoq setan ni  
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan ladang tu konon rasa on top of the world la bleh buat kat org lain gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:12 AM | Show all posts
kanak2 2-7 tahun tu dia kerah buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:24 AM | Show all posts
kesian nya..kanak2 2-7tahun tu kena kerah keje ape la?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.076717 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list