CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Kentang.Goreng

[Jenayah] Suami isteri ZALIM, buta hati: MENGHAMBAKAN 18 orang termasuk 5 BUDAK 2 - 7 tahu

[Copy link]
Post time 27-2-2017 08:43 AM | Show all posts
budak2 kecik tu apa yg dia tau..
keje apa la sgt yg dia boleh..
pelik betul ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 08:51 AM | Show all posts
Simpati dengan mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:02 AM | Show all posts
stania83 replied at 26-2-2017 01:51 PM
Pemerdangan manusia malaysia mmg champion tapi kita selalu rasa rakyat Malaysia ni baik. Mangsa sela ...

setuju ngn uols stania 83, selalu gak jumpa spesies meleis yang mentaliti kelas ke-5 ni
buat malu rakyat malaysia yang berwibawa sajork

tapi kalau betullah benda ni terjadi kat rakyat tempatan, better we do something before jadi wabak
jangan kang iols wujudkan meleis mentaliti kelas ke-7 plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:12 AM | Show all posts
kesian kanak2..2- 7 tahun....huhuhu....

apa lah yang anak2 kecik tu tahu buat pun....

kijam betul la.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:42 AM | Show all posts
anak sohai, anak pinjamal, anak awal rilek2 jah kerja
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Haihhh...kesiannnnn.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 10:41 AM | Show all posts
terpaku replied at 27-2-2017 09:42 AM
anak sohai, anak pinjamal, anak awal rilek2 jah kerja

anak awal tu idak la keje angkat batu bata ke atau kerja berat2.....die tu cuma berlari2 cakap mcm comel2 sikti pastu dapat gaji, gaji pulak lumayan sihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:03 PM | Show all posts
senang hidup kerah tenaga budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2017 04:23 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 24-3-2017 04:24 PM



'Pandai pulak dia tunduk'
Jumaat, 24 Mac 2017 @ 1:21 PM

Kuala Kangsar: Pengurus ladang sawit didakwa atas 15 pertuduhan memperdagangkan manusia di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

L Ganis, 43, didakwa memperdagangkan 15 individu, termasuk dua remaja lelaki bagi maksud eksploitasi buruh paksa dengan cara ancaman dan kekerasan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dari April 2016 hingga Februari 2017 di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd, Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, dekat sini, membabitkan mangsa antara 13 hingga 66 tahun.

Semua pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Jayanthi di depan Majistret Noorhidayah Mohd Saad, mengikut Seksyen 12, 13 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Tertuduh turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966 kerana memiliki tatu lambang kumpulan kongsi gelap Geng 04.

Bagaimanapun, Ganis yang diwakili peguam SM Karunananthan mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Pihak pendakwaan minta mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan pertuduhan yang dihadapi Ganis adalah kes serius dan mangsa adalah warga tempatan dikenali tertuduh yang dikhuatiri akan menganggu mangsa.

Karunananthan pula meminta mahkamah membenarkan tertuduh dijamin jamin kerana kes dihadapinya adalah kes yang layak diberi jaminan.

Selain itu, katanya, tertuduh mempunyai keluarga yang perlu ditanggung dan hidap penyakit jantung serta mahkamah boleh keluarkan perintah larangan tertuduh menghampiri mangsa.

Noorhidayah kemudian menetapkan Isnin ini, untuk pertuduhan dibacakan semula terhadap tertuduh di Mahkamah Sesyen oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.

Menurutnya, keputusan sama ada jaminan akan diberi kepada tertuduh hanya akan diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.

Pada 26 Februari lalu, portal berita Harian Metro melaporkan Polis Perak menyelamatkan 18 individu, termasuk lima kanak-kanak dipercayai mangsa buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kampung Tasek.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, pada kira-kira 1 pagi, 26 Februari.

Polis kemudian menahan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 24 tahun dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia itu.
  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilake perangai:
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.298352 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list