CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 2

[Tempatan] Ini video Siti Aisyah dan Kak Lin sebelum pembunuhan Jong-nam

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2017 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Siti Aisyah dan Kak Lin

Video: Siti Aisyah Sambut Hari Jadi Sebelum Jong-nam Dibunuh?

Published on Feb 26, 2017

SEBUAH rakaman yang memaparkan suspek wanita berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah yang menyambut hari jadinya beberapa hari sebelum insiden di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2  (KLIA2), tersebar di internet.

Rakaman berdurasi 1 minit 4 saat yang dimuat naik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu memaparkan Siti Aisyah merakam pertemuannya dengan seorang rakan lama bernama ‘Kak Lin’, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum Jong-nam dibunuh.

Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah dikaburkan.



Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lama tidak bertemu dengan Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu.

Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah mengandung,” katanya.

Kedua-dua wanita itu berbual mesra, sambil Siti Aisyah menyatakan bahawa dirinya begitu merindui sahabatnya itu.

Malah Kak Lin sempat mengusik menyatakan Siti Aisyah kini umpama seorang artis.

Siti Aisyah hanya ketawa mendengar usikan tersebut sebelum mematikan rakaman.

Siti Aisyah adalah antara empat individu yang ditahan polis susulan pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada 13 Februari lepas.

Berdasarkan laporan, wanita itu lahir pada 11 Februari 1992 di Serang, Indonesia, manakala empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu. –MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 02:33 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-2-2017 02:30 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1032857&extra=page%3D2&page=2

#49

Noted, TQ

@spiderman80 mohon delete bebenang ini sebab dah ada rupanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.111840 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list