CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 10

[Tempatan] warkah terbuka muhyiddin kepada sultan johor

[Copy link]
Post time 26-2-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Terlebih dahulu patik merafak sembah memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini.

Patik terpaksa menjawab secara terbuka titah tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik.

Walaupun tuanku tidak menamakan patik secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa patiklah yang tuanku maksudkan.

Bukanlah niat patik untuk menderhaka kepada tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka. Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh tuanku.

Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap tuanku. Ketika patik menjadi menteri besar Johor dan tuanku adalah pemangku raja, hubungan kita amat akrab.

Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang tuanku kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui umum dan tercatat dalam rekod negara.

Seingat patik, tidak pernah berlaku di zaman patik menjadi menteri besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam.

Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam untuk membayar gaji.

Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh kerajaan negeri Johor telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan datang. Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

Ekonomi Johor tumbuh pesat

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang paling berjaya.

Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7 peratus dari tahun 1991-1995. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8 peratus kepada 3.1 peratus.

Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi menteri besar.

Patik juga telah menangani masalah perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor. Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik.

Ketika patik menjadi menteri besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat.

Urusan negeri dijalankan tanpa campur tangan dari pihak luar termasuk istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan kerajaan negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan.

Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

Tiada tanah tergadai

Tidak ada tanah negeri Johor yang terlepas milikan secara kekal ke tangan warganegara asing. Tanah-tanah yang dipindah milik kepada para pelabur asing untuk tujuan pelaburan dalam bidang perindustrian waktu itu hanyalah berstatus pegangan pajak (leasehold).

Apabila tempoh pajakan berakhir, tanah-tanah tersebut perlu diserah semula kepada kerajaan. Tidak ada tanah yang tergadai kepada warga asing.

Sebaliknya, pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian telah berjaya menyumbangkan kemakmuran serta impak positif yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor keseluruhannya.

Malah ia telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada bukan saja rakyat Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia di negeri lain yang berhampiran.

Pada waktu itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu akrab dan peruntukan yang banyak dicurahkan untuk memajukan negeri Johor.

Patik juga diberi kebenaran untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan Singapura secara langsung kerana sedar tentang begitu pentingnya kerajaan Johor bekerjasama dengan Singapura bagi faedah rakyat negeri Johor.

Malahan selepas patik berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan menteri pusat, negeri Johor sentiasa diberikan perhatian dan layanan yang adil.

Patik masih ingat, ketika patik menjawat jawatan timbalan perdana menteri dan tuanku baru sahaja ditabalkan menjadil sultan, tuanku menitahkan patik supaya menasihati tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor. Patik dengan amat berbesar hati menjunjung titah tuanku.

Bilakah patik dikatakan angkuh dan sombong?

'Murka pada Najib'

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan Timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kerana menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.

Patik masih ingat sewaktu patik mengadap tuanku selepas dipecat di waktu itu pun tuanku menyatakan simpati dengan apa yang berlaku terhadap patik. Nyata, tuanku murka dengan perlakuan Najib yang menyingkir patik.

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan negeri dan negara.

Apa yang patik lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan yang sedang dilakukan oleh Najib.

Jika patik dikatakan angkuh dan sombong hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka biarlah rakyat yang membuat penilaian.

Akhirnya, patik sekali lagi merafak sembah memohon keampunan daripada tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini.

Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan tuanku dan mudah-mudahan negeri Johor sentiasa dilimpahi rahmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.

Amin ya rabbal alamin.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Presiden BERSATU dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
RM300j jota??? @dcruins blh explain mai mna duit nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 08:52 PM | Show all posts
krikk... krikk... jurucakap komunis hanya berminat ulas pasal komunis je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:23 PM | Show all posts
Firenzza replied at 26-2-2017 07:51 PM
RM300j jota??? @dcruins blh explain mai mna duit nih?

kan ada tulis tu. Wang pampasan dari pembinaan empangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 09:23 PM | Show all posts
Firenzza replied at 26-2-2017 07:51 PM
RM300j jota??? @dcruins blh explain mai mna duit nih?

kan ada tulis tu. Wang pampasan dari pembinaan empangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
LavaUollss replied at 26-2-2017 09:23 PM
kan ada tulis tu. Wang pampasan dari pembinaan empangan

Mungkin maksud dia tanya mana wang tu pi kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 09:45 AM | Show all posts
warkah gini takkan sampai ke tangan sultan. kompom.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Open letter kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan ramai mata2 even kat cari ni pun...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:15 AM | Show all posts
TSMY pernah menjadi Menteri Besar Johor. Dalam surat terbuka tu  sepatutnya TSMY terangkan juga mengapa beliau digugurkan/diusir oleh Almarhum Tuanku Iskandar. Ni ceritak yang wangi jerk diterangkan ceritu busuk dinyahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:04 PM | Show all posts
beliau satu2 nya MB yg paling kaya di zaman beta kata Tun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060794 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list