CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 6

[Tempatan] 5,300 restoran daun pisang milik India Malaysia tidak naikkan harga

[Copy link]
Post time 26-2-2017 10:25 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR –  Persatuan Pengusaha restoran India Malaysia (Primas) hari ini menasihatkan pemilik restoran daun pisang supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan berikutan kenaikan harga barang, lapor akhbar Tamil Nesan hari ini.

Walaupun, harga makanan daun pisang dijangka naik mulai Mac ini rentetan kenaikan harga sayur, ikan, ayam dan daging, adalah tidak wajar harga makanan direstoran itu dinaikkan sewenang-wenangnya.

Penasihat Primas, Datuk Rena Ramalingam berkata, keputusan supaya tiada kenaikan harga makanan restoran pisang dimuktamadkan dalam mesyuarat persatuan itu Jumaat lalu.

“Kini makanan daun pisang begitu popular dan digemari pengguna pelbagai lapisan masyarakat baik untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

“Niat untuk menaikkan harga makanan daun pisang hanya akan menyusahkan pengguna dan pelanggan kita dan para pengusaha restoran daun pisang cuba untuk tidak naikkan harga.

“Jangan menaikkan harga makanan daun pisang hanya disebabkan harga barang keperluan sayur, ikan dan daging melambung di pasaran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rena mengakui sedar akan keresahan pemilik restoran daun pisang yang terpaksa menanggung kos perbelanjaan agak melampau dan pulangan tidak seberapa.

“Saya tahu hakikat bahawa mereka terpaksa berdepan pelbagai masalah kewangan dan perniagaan lembap oleh kerana harga barang melambung selain harga daun pisang mahal.

“Sebelum ini sehelai daun pisang dijual pada harga 15 hingga 20 sen sahaja tetapi sejak dua tahun lalu ia dibeli dengan harga 30 hingga 50 sen sehelai.

“Senario itu memaksa pengusaha restoran daun pisang membeli daun pisang dari Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagaimanapun, dalam mesyuarat tadi kami memutuskan supaya lebih 1,263 pengusaha restoran yang mengendalikan lebih 5,300 kedai makanan daun pisang supaya tidak menaikkan harga menjelang Mac ini,” ujarnya.

Timbalan Presiden Primas, J. Suresh pula mengakui cuaca tidak menentu, dan kos pengangkutan turut menyumbang kepada kenaikan harga daun pisang yang mengakibatkan pemilik premis terjejas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 11:15 PM | Show all posts
tudiooo mahainya daun pisang
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Daun pisang pun mahal juga ye. Maybe selepas ni akan kedengaran berita yang ladang pokok pisang kehilangan daun kerana dirembat orang yang x dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak daun pisang pun sdp
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 26-2-2017 11:40 PM
Daun pisang pun mahal juga ye. Maybe selepas ni akan kedengaran berita yang ladang pokok pisang kehi ...

memang pun dah ada yg mula merembat daun pisang kat kebun orang kat tanah aku.aku yg tuan tanah pun mintak izin dr tukang tanam bila nak ambik sehelai dua.ini sedap sedap je sipenyangak tebang sampai terang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hindu punya sembang... tak naikkan harga la konon, perangai serupa mamak jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 10:56 AM | Show all posts
kedai dorang pun memang sediakala harga berganda dari kedai biasa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.369294 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list