CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 2

[Tempatan] Parlimen Padang Rengas ada majlis penyampaian BR1M berbanding bank-in ke akaun p

[Copy link]
Post time 26-2-2017 10:34 PM | Show all posts |Read mode
PADANG RENGAS: Sistem pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) perlu dikaji semula bagi mengelak penerima menunggu lama untuk mendapatkan wang bantuan itu, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya penerima hanya menggunakan kupon dengan nombor bersiri untuk mendapat wang bantuan.

"Melalui pemberian kupon dengan nombor bersiri itu, ia memudahkan penerima menukar terus kepada wang tunai berbanding sekarang diberikan kupon nombor, (penerima) beratur untuk mengambil baucer dan kemudian ditukar dengan wang tunai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian BRIM 2017 peringkat Parlimen Padang Rengas kepada 1,500 penerima di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata pemberian bantuan rakyat itu juga perlu dibuat di banyak tempat terutama di peringkat mukim/kampung.

"Sekarang ini pemberian BRIM di peringkat parlimen kita buat sebanyak empat kali dan kalau boleh lepas ini dibuat di banyak tempat bagi memudahkan rakyat mengambil wang tersebut di samping mengurangkan kesesakan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata ramai rakyat datang untuk mengambil BRIM dan ini sekali gus membuktikan rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk membantu mereka.

"Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BRIM adalah rasuah, ia membuktikan cakap beliau itu tidak betul kerana beberapa negara lain turut melaksanakan perkara yang sama kepada rakyat mereka.
"Kalau mereka rasa BRIM itu rasuah, mereka (rakyat) tidak akan datang mengambilnya," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 11:21 PM | Show all posts
dalam konteks sekarang ni, BRIM bukan rasuah.
sebab BRIM adalah duit GST yang dibayar sendiri oleh rakyat.

Terima kasih kerajaan kerana memulangkan kembali sebahagian duit rakyat.
Kalo tak semua, dapat sedikit pun dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:32 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 26-2-2017 11:21 PM
dalam konteks sekarang ni, BRIM bukan rasuah.
sebab BRIM adalah duit GST yang dibayar sendiri oleh  ...

Duit Gst ke duit hasil income tax?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057780 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list