CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Tempatan] Kutip selagi boleh, Kerajaan BN kutip GST atas rokok di kedai bebas cukai

[Copy link]
Post time 26-2-2017 10:47 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memulakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada penjualan rokok dan minuman keras di kedai bebas cukai di kawasan sempadan dan lapangan terbang.
Kutipan bermula 1 Januari itu bagaimanapun tidak mengambil tempat di tiga pulau bebas cukai iaitu Langkawi, Tioman dan Labuan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, hanya rokok dan minuman keras yang dikenakan GST dan keadaan itu bermakna produk lain seperti coklat tidak dikutip cukai tersebut.
Beliau berkata, Menteri Kewangan sebelum ini mengecualikan kedai bebas cukai daripada GST tetapi mekanisme cukai tersebut telah diubah mula tahun ini.
Sinchew Daily sebelum ini melaporkan kedai bebas cukai di Kedah dan Perlis telah menerima notis bahawa kutipan GST dikenakan.

Chee Leong berkata, negara lain turut mengenakan GST ke atas produk tembakau dan minuman keras.
Katanya, langkah itu diyakini dapat mengawal jualan produk berkenaan dengan lebih berkesan termasuk dalam mencegah penjualan jenama arak yang palsu.
Mengenai aduan peniaga kedai bebas cukai yang terlewat menerima notis JKDM sehingga tidak sempat mengutip GST daripada pelanggan, Chee Leong berkata, mereka boleh menulis surat kepada Menteri Kewangan untuk dikecualikan bayaran untuk tempoh terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.574247 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list