Jumaat lalu, di laman media sosial tersebar meluas visual rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjatuh dalam pusat beli-belah Orchard Road di Singapura.
Memetik laporan Asia News Network, rakaman itu diambil dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu.
Dalam paparan video yang berdurasi kira-kira 15 saat itu, kelihatan remaja itu yang dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang sedang bersembang dengan seorang gadis, tidak berapa lama kemudian remaja berkenaan tiba-tiba melompat penghadang kaca setinggi 1.2 meter.
Akibatnya, gadis yang bersamanya itu kelihatan terkejut dengan situasi yang berlaku.
Menurut saksi, ketika itu Jonathan melonjakkan badannya untuk melompat melepasi pagar jambatan di tingkat empat pusat beli-belah itu untuk mengambil telefon yang jatuh di atas sekeping 'papan' yang dilihat kukuh.
Bagaimanapun, ia hanyalah sekeping papan plaster yang tidak dapat menampung beban.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Jumaat di mana Jonathan telah jatuh di atas kepingan tersebut sebelum ia runtuh.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura membawa remaja berkenaan ke Hospital Tan Tock Seng tetapi beliau kemudian meninggal dunia di hospital.
Dilaporkan punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan polis.- CARI
kan hp die jatuh kat belah luar railing tu..ade papan..tp die ingat papan tu stabil kot. papan plaster tu mcm dah cat kot
ntah2 die ingat simen..konkrit...tu yg die lompat je tu..