CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1661|Reply: 13

[Tempatan] Malaysia jahil, lembap dalam isu Korea Utara, kata bekas duta

[Copy link]
Post time 27-2-2017 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ..aetis at 27-2-2017 11:31 AM

PETALING JAYA: Seorang diplomat veteran Malaysia berkata Kementerian Luar Negeri dilihat tidak proaktif dalam isu melibatkan Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu.

“Hanya selepas duta Korea Utara melancarkan serangan tanpa asasnya terhadap cara kerajaan menangani kes itu, Wisma Putra akhirnya bersuara, dan itupun hanya memberi jawapan balan kepada duta,” kata Datuk Dennis Ignatius, bekas duta Malaysia ke Kanada.

Dennis bagaimanapun berkata polis mengambil pendirian berbeza dan giat menjalankan siasatan, berbeza dengan Wisma Putra.

Malah, menurutnya, beberapa sumber media antarabangsa juga mengadu, tidak ada sesiapa pun di Wisma Putra yang mahu memberikan komen atau menjelaskan isu mengenai kes tersebut.

Pada 13 Feb, Jong Nam berada di lapangan terbang tambang murah klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Korea Utara bertegas lelaki itu bernama Kim Chol seperti mana dalam pasportnya.

Kejadian itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang mahu mayat Jong Nam dikembalikan tanpa bedah siasat.

Siasatan polis Malaysia setakat ini mendapati Jong Nam diracuni, dan ramai percaya ia merupakan angkara pembunuh diupah regim Pyongyang yang selama ini tidak menyenangi Jong Nam.

Berurusan dengan ‘penyangak’

Dennis berkata kes melibatkan Jong Nam mendedahkan kelemahan dasar luar Malaysia, dan mempersoalkan sikap Malaysia yang bertolak ansur terhadap sebuah regim “penyangak” di mata antarabangsa.

Katanya, ini terbukti apabila Malaysia dijadikan Pyongyang sebagai medan memperkasakan program senjatanya, termasuk menggunakan kemudahan perbankan, disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa.

“Korea Utara menggunakan bandar raya seperti Kuala Lumpur bagi menggunakan kemudahan sistem perbankannya, melanggar sekatan PBB.

“Disebabkan kelonggaran terhadap Korea Utara, Pyongyang dapat meluaskan operasinya di Malaysia dan kini terdapat kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara di Malaysia, komuniti Korea Utara paling ramai di wilayah ini,” kata Dennis.

Menurutnya, regim ala Stalin seperti Pyongyang menjadikan setiap warganegaranya menjadi agen kerajaannya.

Adalah naif mempercayai rakyat Korea Utara yang tinggal di Malaysia merupakan ahli perniagaan, usahawan dan pelajar semata-mata. Mereka semua dihantar ke sini sebagai agen negara itu, bagi menjalankan sesuatu misi,” katanya.

Dennis berkata pelbagai agensi di Malaysia seolah-olah senang diperdayakan dalam urusan mereka bersama negara seperti Korea Utara.

Beliau memberi contoh sebuah pameran penjenamaan antarabangsa, Malaysia International Branding Showcase, tahun lalu, yang disertai Korea Utara.

“Salah seorang pegawai kanan perdagangan Malaysia teruja mengatakan Korea Utara kini menjadikan Malaysia pintu masuknya untuk pasaran Asia Tenggara kerana ia mendapati negara ini mempunyai dasar mesra perniagaan.”

Satu lagi contoh diberikan Dennis ialah kerjasama agensi berita nasional Bernama dengan pihak berkuasa Korea Utara, di samping tindakan sebuah universiti tempatan menganugerahkan ijazah kedoktoran kehormat kepada Kim Jong Un atas jasa beliau kepada rakyatnya dalam sektor pendidikan.

“Kita tertanya-tanya apa yang menjadi motivasi di sebalik keputusan yang bodoh seumpama itu,” tulis Dennis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2017 11:33 AM | Show all posts
seluruh pekerja,,pelajar dna pelancong dari  kroya utara ialah ejen perisik yang diutus kim jong un untuk mensabotaj negare malaysie

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:38 AM | Show all posts

Ade Dotcom Dia Ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:45 AM | Show all posts
hmmmm msiaku y trcinta...baik x kna tmpat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga ckp ex duta ni..
Knowing si gemok jong un tu seksa rakyat, internet lansung x boleh pki... tutup negara rkayat x tahu dunia luar.. tiba2 leh bagi rakyat di blajar bisnes kat luar negara... hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:10 PM | Show all posts
Sila ekspor sume korea utara gemokk pegi Jakarta dna duduk dalam kotak di sono. Agen Korea Utara sekor hendon tue nanti kau hantar lar jadi dayang cum duta Kim Jong Gemok tue  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 12:36 PM | Show all posts
malaysia kn ramai menteri bersangka baik

dulu, ada 100 org bersenjata kt sabah pn bole bersangka baik lagi, rileks2 bagai, kata bkn pengganas la.

dh terkorban rakyat kita , baru la menggelabah beruk nk kerah tu ni, cari kambing hitam bagai.

diri sendiri terlibat yg jadi penyebab kematian rakyat sndiri, takde la ckp minta maaf kene dkwa bagai..

entahlah labu

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hubungan diplomatik sejak 40 tahun lebeh tidak membawa byk keuntungan bagi malaysia.NK yang untung gunakan kita sebagai gate way.elok putuskan terus hubungan diplomatik dgn negara berok tunggal ni.tak de faedah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 27-2-2017 12:36 PM
malaysia kn ramai menteri bersangka baik

dulu, ada 100 org bersenjata kt sabah pn bole bersangka ...

Siap bergambar masuk paper. Klas kau jah     
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:56 PM | Show all posts
dengan korea utara lembab!!! macam siput babi!!
dengan Korea selatan...cepat!!! pantas!!! perghhhh kpop!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:34 PM | Show all posts
menteri semua tidurrrr!!! dah berapa tahun dorg bersarang kat sini n takde sape mempersoalkan & perasan?? ke buat2 tak perasan, sebab ada yg motivate all these to be allowed to happen cam Dennis cakap tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 04:55 PM | Show all posts
datuk.....dah 40 tahun pun hubungan diplomatik malaysia -NK datuk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
1- kes bunuh kes polis, mana la boleh campur tangan
2 - NK hanya memberi ancaman kepada warga dia sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 05:55 PM | Show all posts
batmana replied at 26-2-2017 04:36 PM
malaysia kn ramai menteri bersangka baik

dulu, ada 100 org bersenjata kt sabah pn bole bersangka ...

Dengan babi gemok luar negara boleh bersangka baik. Dengan rakyat snirik bersangka buruk. Pukimak ngkaulah menteri2 kabinet pecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.301834 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list