CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11056|Reply: 156

[Tempatan] Penduduk Kg Kerinchi kini mampu duduki Residensi Kerinchi bernilai RM350K

[Copy link]
Post time 27-2-2017 12:45 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Selepas lebih 6 tahun, seramai 472 keluarga menarik nafas lega apabila kediaman usang yang dihuni mereka sejak 1971 bertukar wajah dengan apartmen moden “Residensi Kerinchi”.

“Kami sangat bimbang sekiranya projek pemaju terbengkalai, jika rumah tidak siap hancurlah harapan kami.”

Ia antara luahan penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi ketika cadangan projek pembangunan semula atas tapak mereka seluas 2.8 hektar itu berada di kemuncak pada 2010.

Berbanding kediaman sebuah atau tiada bilik di Flat Empat Tingkat sebelum ini, Residensi Kerinchi menampilkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap unitnya yang berkeluasan 83.61 meter persegi.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Kerinchi, Ahmad Rahman, penantian selama lebih 6 tahun itu berbaloi meskipun pelbagai dugaan yang dialami oleh para penduduk sejak projek pembangunan itu diumumkan.

“Keadaan kami sangat teruk ketika mendiami flat berkenaan, selain masalah kebersihan seperti tikus dan sampah-sarap, ia juga merupakan lubuk penagih dadah suatu ketika dahulu.

“Namun kini, dengan bantuan kerajaan pusat dan syarikat pemaju, hasrat kami untuk memiliki rumah selesa akhirnya tercapai,” katanya.

Warga emas Siti Rohani Idris, 67, berasa teruja dengan kediaman baharu yang jauh lebih baik daripada apa yang diimpikannya.

“Kami menerima kunci rumah baharu itu bulan lepas, apabila melangkah masuk sahaja ke Residensi Kerinchi, saya sekeluarga sangat gembira kerana kemudahannya seolah-olah kediaman kondominium mewah.

“Selain ada sekuriti dan padang mini permainan, mereka juga turut menyediakan kolam renang.

“Oleh kerana pihak pemaju tidak menggalakkan kami menyidai baju di ampaian, kami turut diberi sebuah mesin basuh 2 dalam 1 yang dilengkapi dengan fungsi pengering bagi setiap unit rumah,” katanya.

Katanya, pelan pembangunan pemaju mempunyai skim yang membantu mereka sebelum berpindah ke rumah baharu, antaranya elaun pindah keluar ke rumah transit di PPR Kerinchi sebanyak RM5,000 dan pindah masuk ke Residensi Kerinchi sebanyak RM8,000.

“Selain itu, pihak pemaju turut memberi bantuan kepada penduduk yang mempunyai anak-anak yang bakal masuk ke alam persekolahan dan mengangkut barang untuk berpindah hatta kenduri-kendara, sepanjang kami mendiami rumah transit
selama 6 tahun,” katanya.

Pengarah syarikat pemaju Suez Domain Sdn Bhd, Datuk Yasran Hussain berkata, walaupun projek pembangunan ini mengalami sedikit kelewatan, namun penduduk berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh pihaknya.

“Sepatutnya kediaman ini siap pada Mac 2016. Jadi setiap keluarga dibayar RM1,250 sebulan untuk tempoh lapan bulan projek lewat. Kami tidak menukarkan nilai itu dengan hal lain, tetapi kami berikan secara tunai kepada mereka setiap
bulan,” katanya.

Katanya, projek membangunkan Residensi Kerinchi begitu dekat dengan hatinya kerana ia bukan hanya sekadar mengaut keuntungan, malah turut menaik taraf kehidupan kaum Bumiputera di tengah-tengah kawasan elit itu.

“Ketika sesi penyerahan kunci pada Januari lalu, ramai warga emas yang menangis terharu melihat kediaman baharu mereka yang telah siap, dan turut mengenangkan ada dalam kalangan anggota keluarga yang tidak sempat merasai rumah baharu itu.

“Ada dalam kalangan mereka terlalu teruja sehingga mula berpindah dengan serta merta selepas mendapat kunci dengan menanggung kos pemindahan sendiri, meskipun kami telah menetapkan jadual pemindahan dan kos ditanggung secara
percuma,” katanya.

Kerinchi Residensi, yang menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar di atas tapak bekas kawasan rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi.

Projek bernilai kira-kira RM600 juta itu yang setiap satunya berkeluasan 83.61 meter persegi, bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit. Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 12:47 PM | Show all posts
Jangan buat perangai yang sama bila pindah tempat baru
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap saja ni nampak cantik.. tunggulah lagi setahun tak ubah macam flat pprt tempat tu nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 12:49 PM | Show all posts
jgn lupa kekalkan perangai PPR
humban sampah dari atas, kencing dalam lif
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:53 PM | Show all posts
sila jadi penduduk yang bertamadun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 247 at 27-2-2017 12:58 PM

Mohon la jgn ade bau kencing dlm lif .. Hapak sangat . pastu kalo aku g uma kwn aku kt flat naik tangga mesti ade bau kencing manusia . hadoi laa .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila upgrade minda jua sis. Jangan nak PPRT sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:00 PM | Show all posts
ape kelassss panggil kerinchii residence .

panggil bangsar south residence  lerr.
baruu urben tergeliattt lidahhh ummah ppr nak menyebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 01:06 PM | Show all posts
Jgn lupa byr maintenance tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ujong2 sama jah jadi tempat sarang tikus dgn sampah sarap mcm flat lama kalau x ubah mentaliti pprt
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:12 PM | Show all posts
Tengok lif dia nanti lepas 6 bulan. Kalau cantik macam masa baru masuk insya Allah ok kalau awal2 jahanem jugak maka boleh imagine utk lain2 aset kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:13 PM | Show all posts
mmmm seminggu ja bagi
hancur lah lif tu
butang lif kena cungkil
dinding kena conteng
lantai penuh kencing
air sampah bertakung
mmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:14 PM | Show all posts
Untunglah siap dapat dryer sekali. Semoga digunakan dengan baik, takde sidai2 baju di ampaian
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:14 PM | Show all posts
forumcari777 replied at 27-2-2017 01:12 PM
Tengok lif dia nanti lepas 6 bulan. Kalau cantik macam masa baru masuk insya Allah ok kalau awal2 ja ...

6 bulan? lama sgt tu
seminggu ja tak pun 3 hari
tak pun 2 hari tak pun 1 hari ja
mewah mcm mana pun rumah
kalau sikap dan mentaliti tidak ubah
stended setinggan juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:15 PM | Show all posts
247 replied at 27-2-2017 12:56 PM
Mohon la jgn ade bau kencing dlm lif .. Hapak sangat . pastu kalo aku g uma kwn aku kt flat naik tan ...

ketulan tahi pun bersepah di tangga
rumah tiada jamban apa
mmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 27-2-2017 01:15 PM
ketulan tahi pun bersepah di tangga
rumah tiada jamban apa
mmmmmm

     siyesss .nasib la x penah jumpe lagi kakakaka .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 01:24 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 27-2-2017 01:14 PM
Untunglah siap dapat dryer sekali. Semoga digunakan dengan baik, takde sidai2 baju di ampaian

dyer bukan cekik karan ka sis??mampus la bill tnbmencanak2

buat stail singapore la sis boh buluh panjang terjuloq sidai underware bra segala
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:28 PM | Show all posts
Flat 4 tingkat tu dah teruk sangat. Lagi teruk peel org2 kat sana..Sewa mahal plak tu dlm 500 sebulan. 3 bulan aje aku duduk sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:30 PM | Show all posts
minda pprt tu mohon tinggal dekat tangga flat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:35 PM | Show all posts
macam ni lah yang kita mahu, mesin basuh tu jangan dijual pulak, rumah tu jangan disewakan kepada Bangla tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.094752 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list