CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1544|Reply: 26

[Tempatan] Majoriti isteri yang didera bertahan demi anak, ikatan perkahwinan

[Copy link]
Post time 27-2-2017 12:48 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Zaharah (bukan nama sebenar) kini menjadi sukarelawan membantu wanita yang ditimpa nasib sepertinya suatu ketika dulu, dipukul dan dikasari suami.

Beliau bergiat aktif dengan beberapa NGO yang membela nasib wanita, antaranya Women’s Aid Organisation (WAO), selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tidak lama selepas berkahwin beberapa tahun lalu, Zaharah dimasukkan ke hospital kerana dipukul suami.

Menceritakan kepada FMT, Zaharah berkata dia melarikan diri mencari perlindungan dengan WAO.

“Di sana saya mendapat kaunseling dan berkenalan dengan ramai wanita yang senasib dengan saya, malah ada yang lebih teruk keadaannya dan seperti menuju jalan buntu.

“Ketika itu saya tekad untuk mengumpul semangat dan bangkit semula, demi anak-anak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Zaharah merupakan sebahagian daripada beribu-ribu kes keganasan rumah tangga di Malaysia setiap tahun.

Pada 2014, sejumlah 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan, iaitu tertinggi sejak 2000.

Kajian bagi tempoh 2007 hingga 2011 oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita) di Universiti Sains Malaysia mendapati 9 daripada 100 wanita berhadapan keganasan rumah tangga dengan pasangan mereka.

Mungkin ia hanyalah angka, namun bagi wanita yang menghadapinya, ia penderitaan yang amat besar.

Zaharah juga terpaksa mengambil langkah sendiri kerana hubungannya yang renggang dengan keluarga kandungnya.

Mengemis di Masjid Negara

“Ia bermula ketika anak-anak kami masih kecil, apabila suami terlibat dengan ajaran sesat. Semua duitnya dihabiskan kepada ‘tok guru’. Dia juga terpengaruh dengan kawan daripada kumpulan itu sehingga ketagih judi.

“Rumah dan kereta terpaksa dilelong. Kami tiada wang nak makan, sehingga saya terpaksa bawa anak-anak mengemis di Masjid Negara,” katanya.

Beliau tidak lagi ingat bilangan laporan polis yang dibuatnya, atau berapa kali berulang-alik ke pejabat agama – ada kalanya bersama suami – untuk sesi kaunseling.

Sehinggalah polis yang mengendalikan kesnya mencadangkan beliau berlindung di WAO.

“Suami saya seorang yang baik, tetapi berubah selepas terjebak dengan ajaran itu. Demi anak-anak dan untuk memberi pengajaran kepada suami, saya perlu ambil tindakan drastik – meminta cerai dan meninggalkan rumah,” katanya.

Ketika wawancara FMT bersama Zaharah, ibu kepada dua anak berusia 9 dan 8 tahun itu dilihat seperti mana-mana ibu lain, berulangkali menegur mereka “tidak boleh duduk diam”.

Zaharah menceritakan seorang lagi anaknya meninggal dunia dalam kemalangan beberapa tahun lalu, yang juga hampir meragut nyawanya.

Tidak kira latar belakang

Keganasan rumah tangga terjadi kepada semua golongan, tanpa mengira latar belakang dan ekonomi.

“Ia mempunyai pelbagai dimensi dan lebih menjurus kepada kawalan emosi,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, Sulaimah Daud.

“Namun tidak dinafikan keluarga dan pengalaman semasa kecil banyak mempengaruhi… keganasan sering dikaitkan dengan pendedahan awal terhadap kekerasan dalam keluarga pelaku,” katanya kepada FMT.

Setakat Oktober tahun lalu, JKM mengendalikan 719 kes keganasan rumah tangga, meningkat berbanding 2015 dengan 667 kes.

Tetapi Sulaimah berkata peningkatan itu menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai kesalahan keganasan rumah tangga dan membuat laporan, termasuk melalui “Talian Kasih” 24 jam yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ambil masa sebelum bertindak

Kebanyakan wanita menghadapi keganasan rumah tangga selalunya bertahan untuk tempoh yang lama, sebelum mengambil tindakan drastik.

Ini disebabkan faktor seperti anak dan tanggapan rumah tangga sebagai “ikatan suci”, menurut WAO.

Laporan WAO 2015 berhubung kajian kes keganasan rumah tangga menunjukkan 89 daripada 110 wanita berhadapan dengan masalah itu lebih setahun sebelum berlindung dengan badan itu.

Laporan sama juga menyatakan 67 wanita pernah meninggalkan rumah mereka sekurang-kurangnya sekali dan 22 lagi membuat percubaan lebih daripada 5 kali, sebelum kembali kepada pasangan mereka.

“Wanita kembali ke rumah mereka atas pelbagai sebab – mereka ingin memberi peluang kepada pasangan untuk berubah, takut tiada tempat tinggal dan masalah kewangan, takut membesarkan anak sebagai ibu tunggal, atau takutkan stigma sosial berkaitan penceraian,” kata laporan itu lagi.

“Bagi wanita yang menghadapinya, ini (lari daripada suami) adalah langkah yang amat sukar,” kata Zaharah.

Zaharah kini sudah kembali bersama bekas suaminya selepas terharu dengan bekas suami dan keluarga mertuanya yang menjaganya yang parah akibat kemalangan, sehingga pulih sepenuhnya.

“Selepas meninggalkan ajaran sesat yang suatu ketika dulu memporak-porandakan hidup kami, dia kembali menjadi dirinya yang saya kenali sebelum berkahwin dulu,” katanya sambil berkata beliau kini menjadi pembuat keputusan dalam keluarga.

Beliau mengakui ada wanita yang berhadapan masalah yang lebih buruk selepas memberikan banyak peluang kepada pasangan mereka.

“Ada ribuan kes keganasan rumah tangga, namun semuanya bergantung kepada keadaan masing-masing. Apa pun langkah yang diambil, kita perlu ada kawalan penuh terhadap hidup kita,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 12:58 PM | Show all posts
adehhhh nikah smula ngn ex laki durjana tu...x jadi nk kesian
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berubah ke arah lebih baik takpe. Kalau masih mcm dulu mmg serah tengkuk la. Tahniah sekarang akak ada say dalam rumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:58 PM | Show all posts
tahniah utk kakak zaharah...maybe ex dia btol2 berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 01:59 PM | Show all posts
konsepnyah asal berlaki jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade tak badan NGO utk lelaki ? I nak tgk jugak peratusan kes suami didera isteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci betul klu dengar akak akak yg asal berlaki ni duk sebut bertahan demi anak anak.. nonsense.
Ingat emosi anak2 tu tak tganggu ke tgk mak kena dera.
Cerita panjang panjang last last kahwin semula.. mmg xleh idup tanpa k***k eh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:29 PM | Show all posts
aku tengok kt fesbuk ramai camni, 2mgu lepas tulis sweet jah, pastu baru ni tulis, laki p nkah kt siam, pahtu katanya kalu lepas ni naik tangan nk cerai, tp dok mengandung.. tak pahama la cinta tu mmg buta dan membutakan lah..

tu la lain kali kalu cinta jgn serah semua hundred persen, bukan kata body saja, tapi hati pun kena simpan sikit utk diri sendiri.. x leh caya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 27-2-2017 02:08 PM
Ade tak badan NGO utk lelaki ? I nak tgk jugak peratusan kes suami didera isteri.

Rasanya tade proper NGO for abused husbands and men. Tapi kalau ada lelaki atau wanita yang berani dan proaktif, boleh buat NGO untuk mangsa keganasan rumahtangga  yang gender nya lelaki. Kesian mereka, bila mengadu mereka dipukul isteri, kebanyakan lelaki dan perempuan kata 'alahai lembiknya. Takkan lah boleh kalah dengan isteri'.


Husbands being physically abused and mentally abused by wives sememangnya wujud. Dan mereka juga malu dengan stigma masyarakat, jadi masalah mereka tidak dapat perhatian. And like abused wives, these abused husbands think about his children too.....Tu yang kekadang mereka tidak ceraikan wife abusive mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
serinegara replied at 27-2-2017 02:29 PM
Rasanya tade proper NGO for abused husbands and men. Tapi kalau ada lelaki atau wanita yang berani ...

Yes mmg wujud. Cumanya byk mereka berdiam sbb pandangan masyarakat. I tak terkejut jika peratusan lelaki didera lebih tinggi dari perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga isteri yg laki main pancut luar sebab si laki tarak telur takut ada anak. Dah macam pelcur peter buat bini dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:39 PM | Show all posts
kalau ak dpt suami mcm ni, tak payah nak jadikan ank-ank sbg alasan. kesiankan diri dgn ank-ank je. laki pi lantak sne
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap warning bini dia, kalau mengandung, kena cerai talak 3.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia pun makan ubat anti bunting, ye la kan, kalau kena cerai si peter, mamat mana lagi nak kawin dgn dia, muka huduh cam babi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdegar2 akak zaharah.. Pastu balik semula kat laki yg dikutuk2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah muka buruk cam babi tak laku, nak tak nak balik la pada si isteri pada si peter laki dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 02:50 PM | Show all posts
baguslah... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Si peter ni sapa plak ??

Yg andartu takde keje boleh join grup ni
Semoga insapp daripada keinginan nakk berlaki

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 02:59 PM | Show all posts
aku rasa not fair mengadili dia bodoh.
sedangkan we are not in her shoes.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 03:21 PM | Show all posts
maybe prempuan yg xde income sanggup bertahan kut..
takut nnti bercerai hidup lg susah x tahu mana nak pergi
kena pulak time kawin x dpt restu parents..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.466482 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list