CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3475|Reply: 12

Rendam Muka Terus 'Flawless', Jom Cuba Teknik Solekan Jamsu Dari Korea

[Copy link]
Post time 27-2-2017 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Memang tidak dinafikan banyak tips kecantikan dan teknik-teknik solekan datangnya dari Korea. Selepas Dewy Skin dan Ombre Lips, kali ini Korea memperkenalkan pula teknik Jamsu.


Dalam bahasa Korea Jamsu membawa maksud selam atau rendam. Teknik ini dilakukan dengan cara menenggelamkan wajah yang telah disolek ke dalam air sejuk tidak melebihi dari 30 saat.

Foto: www.bebeautiful.in


Jom lihat cara-caranya:


Aplikasikan solekan wajah terlebih dahulu
Solek wajah anda seperti biasa, bermula dengan menggunakn primer, foundation dan concealer.


Gunakan bedak bayi ke seluruh wajah.
Selepas selesai solekan tadi, sapukan pula bedak bayi di wajah. Ini memang kelihatan aneh dan tidak biasa dilakukan, tetapi inilah keistimewaan yang ada pada teknik Jamsu.


Sediakan air sejuk
Air sejuk adalah kunic utama untuk teknik ini. Tuangkan air sejuk dalam bekas atau besen besar, lalu masukkan muka anda ke dalamnya. Tahan selama lebih kurang 30 saat.

Keringkan wajah dengan kain lembut sebelum mengaplikasikan solekan mata dan gincu.
Selepas 'menyelam', keringkan muka dan aplikasikan celak, maskara dan gincu.


Foto: www.cosmopolitan.com



Hasilnya? Sangat menakjubkan! Teknik ini mampu membuatkan solekan anda kelihatan matte, tiada cela dan tahan seharian.


Ada yang berminat untuk mencubanya? Kalau tak percaya, buktikan dengan melakukannya sendiri. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 06:33 PM | Show all posts
Macam2 teknik tapi mungkin tak sesuai dinegara lain atas factor cuaca
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 10:54 AM | Show all posts
satu keje lak nak merendan muka
malassss laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 11:37 AM | Show all posts
tak kuasa aku nak mendera kulit muka aku sedemikian rupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 11:51 AM | Show all posts
tempat dieorg sejuk boleh la.. kena tang malaysia panas ting ting acaner
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:06 PM | Show all posts
Banyaknya kerja. Kosser la nak rendam muka bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2017 10:17 AM | Show all posts
Korea mmg inovatif sangat. Macam2 teknik dorang ada. Recently saya beli gel aloe vera dari Jayeon. Gel korea jugak. Bila malas nak buat teknik jamsu saya guna je aloe vera gel campur dengan Vaseline. Works jugak. Kalau korang nak tahu full details meh la quote saya. Teknik jamsu pun bagus jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 10:29 AM | Show all posts
korean rajin betul bab jaga kulit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
surprisingly. aku da lama buat benda ni. cause air buat powder/foundation aku blend dgn muka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 06:30 AM | Show all posts
pardon me?

u soleh dahlah tutup lapisan kulit muka tu

rendam dengan iar sejuk ? u tutup pores?

aiyoo tak ada spots ke nanti?

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 01:38 PM | Show all posts
esbok replied at 18-3-2017 07:47 PM
surprisingly. aku da lama buat benda ni. cause air buat powder/foundation aku blend dgn muka.

ohh... memang rendam muka terus ke>
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tengah_bosan replied at 3-7-2017 01:38 PM
ohh... memang rendam muka terus ke>

aku takde la rendam. biasa aku ambik hos air kat bilik air tu. sekadar lalukan skali bagi seluruh muka kene air(atau kat sinki ,tadah air paip dgn tangan dan splash ke muka) lepas tu aku ambik tisu bukak jadi empat segi besar. sekadae letak pada satu muka tanpa tekan pada muka dan angkat. siap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:04 AM | Show all posts
esbok replied at 4-7-2017 12:31 AM
aku takde la rendam. biasa aku ambik hos air kat bilik air tu. sekadar lalukan skali bagi seluruh  ...

Ohhh... mcm ala2 org duk spray water mist tu la ehhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059707 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list