CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8598|Reply: 47

Makan Gaji atau Berniaga?

[Copy link]
Post time 27-2-2017 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Salam rakan2 forumer sekalian,


Aku nak tanya sikit perihal di atas. Pendek cerita, aku keje sebagai supervisor customer service di satu syarikat swasta ni. Gaji bulanan dalam RM2.6k, setahun ada dapat dalam 3-4 kali bonus (bonus sebulan). Bini aku fulltime housewife. Dia ada buat sikit2 meniaga online (makanan). Alhamdulillah lama2 income wife agak stabil, dan sekarang dalam perancangan nak bukak kedai (almost 80%). Untuk makluman sume, aku pon ada sedikit sebanyak tolong dia run business.

Yang merunsingkan aku sekarang ni, wife aku ada jugak suarakan pendapat untuk aku benti keje, & tolong dia run business tu fulltime. Aku pon terpikir jugak sebab dalam sebulan, untong bersih bisnes boleh lah cecah dalam 3-4k, bersih. Buat masa ni kitorang sewa umah, bapak mertua dengan adik ipar stay dengan aku sebab family wife aku nak jaga. Adik ipar pon keje & ada tolong2 byr sewa umah (bahagi dua). Sewa, kereta, belanja makan, susu & pampers anak2 memamg cukup aku peruntukkan.

So kalau korang ada kat tempat aku kan, rasanya patut ke kalau aku benti keje & buat bisnes 24/7? Aku celaru sikit sebab aku tau, business ni memang ada ups & downs dia. Cuma so far takde rugi la, banyak atau tak banyak untong je. Aku harap mana2 korang yang pernah alami, atau ada idea bernas boleh tolong share kan. Aku pernah tanya orang berniaga ni, dia kata dengan keadaan ekonomi sekarang ni, kalau orang umah buat bisnes, aku masih ada kje makan gaji better camtu je, sebagai back-up. Mohon tolong rakan2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 07:42 PM | Show all posts
makan gaji.. sila makan gaji.. akak pun tgh menunggu panggilan pertiwi untuk bekerja semula ..

nak tanya RM 4000 net profit tu cara pengiraan macam mana ye? dah kira list ini tak ? :
> gaji perhour
>gaji staf
> kos bahan mentah /cost of good sold
> transportation
>  marketing ( ni selalu terlepas pandang) brape bajet marketing sebulan/seminggu/sehari/
> kos wastage ( santan basi ( akak dulu bodoh niaga santan lupa letak ais, fikir santan tu macam roti gardenier, sekali basi santan tu),  bahan mentah salah beli, salah guna , terlebih beli)
> kos insurans, kos hiburan, kos  sedekah..
>kos repair kenderaan syarikat atau repair transportation
> duit petty cash

kalau semua dah teratur dan ada pengiraan bagus.. itu langkah bijak..

pastikan gaji perniagaan lebih daripada gaji u sekarang baru u berhenti.. kalau net profit RM 4k maaf baik bekerja.. u berniaga patut ambil gaji.. jangan ambil keuntungan syarikat.. kalau duit RM 4K u sebat buat belanja family , nanti bisnes u down u nak rolling duit apa?

nasihat akak jgn berhenti.. upah pekerja part time kerja dengan isteri.. bayar gaji perhour.. selepas dah stabil bayar gaji penuh dia.. lantik  manpower untuk  urus bahagian masakan..

cari pekerja part time untuk delivery pula.. lepas tu hire marketer .. buat satu2 sampai jadi..  bisnes makan tak susah nak marketing  k( dulu akak niaga kt U12 shah alam .. ).. letak depan muka tahu ini makanan untuk di beli ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:49 PM | Show all posts
wife you meniaga makanan apa ya? berapa lama dah dia meniaga? kalau makanan yg popular sebab viral tu tak boleh nak jangka berapa lama bertahan..

so sebelum you buat keputusan utk berhenti, you kena fikirkan hal2 ni:

- simpanan you cukup utk berapa lama andai kata business merudum? kalau nak berhenti jugak
simpanan yg ada mesti cukup utk you sekeluarga sekurang2 nya nya setahun tanpa income...

- adakah you mudah untuk dapat kerja semula jika masalah business timbul

-kalau you berhenti adakah you boleh bantu pacu business wife ke peringkat yg berganda2 lebih baik atau sekadar maintain bulanan dengan pendapatan 3-4k seperti sekarang..so wife you cuma kurang letih je sebab you bantu dia

-berapa banyak you dan wife yakin business akan bertahan dan makin maju

you bincang dengan wife.. saya cadang cuba tunggu at least setahun lagi.. tengok keadaan ekonomi akan datang, sambutan pelanggan dan perkembangan business... buat masa ni you boleh terus bantu isteri secara sampingan ...

kalau terus maju nanti boleh upah pembantu.. kalau betul2 berjaya dan business tu betul2 maju di masa depan tu bolehlah you nak berhenti

itu pendapat saya la.. nanti tunggu pakar2 bagi pendapat diorang pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
U cari sorang pembantu jee utk wife. U kerja mcm biasa. Ekonomi sangat tak menentu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
angahsmart replied at 27-2-2017 10:39 AM
Salam rakan2 forumer sekalian,



niaga ada formula dia bang  kena kira sewa tapak. campur lektrikk.campur air campur pekerja(jika ada) cammpur gaji sendiri(jika ada)

kkatalah sewa rm1k lektrik rm100 air rm50

so sebulan RM 1150 bahagi dengan 26hari (consider ada satu. hari awak cuti)

so sehari kena ada RM 44.24  kalau untung jual makanan tu RM 2 awak perlu jual atleast 23pcs makanan(minimum)
tapi kalau satu makanan tu boleh unntung rm30 jual 2 unit dah cover kos operasi utk hari itu SAHAJA.

itu tak termasuk nak Cod ,nak kena upah runner,

kalau nak bukak kedai nak jimat kos jangan buka di shoplot. belanja mmg banyak.cari kiosk di tescco atau giant harga sewa biasa RM 3000 masuk api air.
Niaga kiosk kat giant tesco ni hari hari biasa sales mmgg macam @#$%& tapi hujung minggu hari cuti hari gaji hari event kena prepare siap siap.

Jangan beli kiosk atas tangan orang.ada sesetengah orang di "alibabakan" kios kat tangan dia utk untung mudah. cth dia dapat sewa rm3k dia "flip" kat awak rm4.5k
awak kena rajin pusing pusing anntara tesco atau antara giant.jangan nampak tapak teruss nak sambar.

kalau nak save bajet meniaga kat uptown.sewa sebulan kalau murah dalam RM 350.kalau tmpat tu. ada ong Rm 2kk sebulan sewa

balik pada soalan atas tadi. agak agak awak boeh dapat takk sehari untung
RM 44.24 sehari?????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:02 PM | Show all posts
jgn berhenti kerja..
situasi nie sama mcm pak cik iollss.. krja dia bagus dan gaji pon agak besar.. tiba2 wife suruh berhenti kerja dan fokus pd business ayah dia yakni harum manis.. harum manis bermusim dan bknnya dapat untung sepanjang masa.. adalah sgt bodoh kiranya pak cik iollss ikut ckp wifenya..

patutnya sbg lelaki ada income sendiri andaikan something bad happen to business your wife.. fikir msk2.. jgn nnt dah brhnti kje business plak problem dan your wife akan beremosi dan ungkit segala.. bkn nak mndoakan yg tak baik tp ini adalah brdasarkan apa yg dah brlaku di sekeliling iollss.. bila business dah betul2 stabil kwangan pon ckup dan boleh rolling modal xslh kalo nak brhnti krja..

sekadar pdgn sahaja.. dan iollss mndoakan yg terbaik ok.. all the best and good luck..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan berhenti. At least klu la jangka hayat bisnes ur wife tu x lama, U ada keje lg tuk tampung family. Nk bt pinjaman pn senang sbb u ada keje tetap. Biasa bisnes2 sendiri ni pyh..mcm2 org bank mintak.  Nnti klu ank sekolah pn cikgu2 mntk slip gaji senang nk bg
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 07:55 AM | Show all posts
Jangan berenti, sekarang susah nak dapat keja lebih2 lagi keje yang setahun ada 3-4 kali bonus, untung betul ko, suroh bini ko carikan pembantu ajer dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 10:06 AM | Show all posts
tu dia...

bila pakar di cari berbicara... panjan lebar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:50 AM | Show all posts
Aku pun macam tt ni..Berbelah bahagi nak berhenti keje. Nak fokus bisnes..Nak berbisnes dari rumah je secara online. Takde sewa tapak. Tapi laki aku tak kasi..Nak tengok pendapat2 forumer kat sini macam mana. Kot ada yang boleh bukak mata aku..tumpang sekali ye tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:34 AM | Show all posts
wife you meniaga makanan apa ya? berapa lama dah dia meniaga? kalau makanan yg popular sebab viral tu tak boleh nak jangka berapa lama bertahan..
--> kitorang buat bakery, online. setakat ni dah 2 tahun ++ jugakla. at the same time, kitorang ada bniaga kt pasar malam setiap hari khamis. slalu weekend mmg byk order utk delivery.

- simpanan you cukup utk berapa lama andai kata business merudum? kalau nak berhenti jugak
simpanan yg ada mesti cukup utk you sekeluarga sekurang2 nya nya setahun tanpa income...
--> simpanan tu tak la banyak, tapi ada.

- adakah you mudah untuk dapat kerja semula jika masalah business timbul
--> soklan ni agak subjektif. hahaha. tapi based on pengalaman & kelayakan, takde masalah kot, in shaa allah.

-kalau you berhenti adakah you boleh bantu pacu business wife ke peringkat yg berganda2 lebih baik atau sekadar maintain bulanan dengan pendapatan 3-4k seperti sekarang..so wife you cuma kurang letih je sebab you bantu dia
--> mungkin, sebab sekarang ni kitorang promo kat fb pon dalam sehari 2-3 kali. once up iklan, boleh tahan jugak ramai yang order.

-berapa banyak you dan wife yakin business akan bertahan dan makin maju
--> kalau buat kedai, tambah pulak dengan tambah tempat meniaga kt pasar malam, mungkin boleh gi jauh. tapi buat masa ni, kalau pasar malam, cuaca memang main peranan. kalau hujan, memang ber"huhu" jela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:41 AM | Show all posts
gigahertz replied at 27-2-2017 08:54 PM
niaga ada formula dia bang  kena kira sewa tapak. campur lektrikk.campur air campur pekerja(jika a ...

tima kasih tuan/puan sebab reply.
aku tak amik kiosk, memang amik lot kedai. alhamdulillah sewa dapat murah dalam kurang RM1k sebab owner kedai tu adalah mak mertua abang aku. cuma yang aku belum amik kira sekarang ni mungkin tang electricity. sebab nature bisnes kitorang ni bakery, so banyak pakai chiller. air-con setakat ni takde pelan nak pasang pon. so cuak jugak kot2 consumption melampau2 kan.

pasar malam pon kitorang ada bukak, seminggu sekali je. boleh la generate sales dalam 400-600. sebelum ni tak bape nak all out sebab aku tolong paritally je, mostly orang umah yang buat. pembantu memang takde langsung.

balik pada soalan atas tadi. agak agak awak boeh dapat takk sehari untung RM 44.24 sehari?????

--> yang ni belom buat kiraan lagi. sebab biasanya buat kira2 untuk harian, guna lejar biasa je. duit masuk (-) duit keluar. huhuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:43 AM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 28-2-2017 10:50 AM
Aku pun macam tt ni..Berbelah bahagi nak berhenti keje. Nak fokus bisnes..Nak berbisnes dari rumah j ...

gaji ko banyak ke tak? bini aku dulu keje fulltime jugak. gaji dalam RM3k+. tapi dia benti sebab company pindah gi bangi. bos sayang kat dia, ajak dia ikot sama, cari kan umah sewa. tapi tak nak. sebab nak ngadap jem yang kaw2, tak berbaloi katanya. so bila jadi fulltime housewife, dia bosan. at least sekarang dia pon dah tak bape bosan, dapat buat duit + jaga anak lagi, sape yang tak nak bagi kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:46 AM | Show all posts
mirian1110 replied at 28-2-2017 07:55 AM
Jangan berenti, sekarang susah nak dapat keja lebih2 lagi keje yang setahun ada 3-4 kali bonus, untu ...

bonus sebulan je walau 3-4 kali. mungkin rezeki aku kat situ la. nak cari pembantu tu dalam planning jugak, cuma awal2 ni baru nak merangkak kan. sebelum ni pun kitorang buat tak pakai pembantu pon. kalau yang tolong pon kakak2 bini aku, especially time raya la. lagi 1, nak menggaji orang ni, macam2 ragam orang. hahaha. pening aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:48 AM | Show all posts
Buttercakes replied at 28-2-2017 07:32 AM
Jangan berhenti. At least klu la jangka hayat bisnes ur wife tu x lama, U ada keje lg tuk tampung fa ...

aku ada tanya camtu la kat orang area tempat aku meniaga ni. dia dah meniaga bertahun2. dia sendiri cakap kalau boleh jangan benti. tapi tu lah, keje daily dengan berniaga lagi, serius penat giler, macam takde life. aku tengok anak2 aku sendiri macam cepat giler dorang membesar. hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:49 AM | Show all posts
letter2 replied at 27-2-2017 08:44 PM
U cari sorang pembantu jee utk wife. U kerja mcm biasa. Ekonomi sangat tak menentu sekarang.

ada dalam perancangan. tu yang dalam planning, ingat nak amik pembantu. observe dalam setahun boleh pegi atau tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2017 11:52 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-2-2017 07:42 PM
makan gaji.. sila makan gaji.. akak pun tgh menunggu panggilan pertiwi untuk bekerja semula ..
...

wow. ini memang betol2 orang lamo ni. hahaha. mekasih atas info2 yang sangat bermanafaat. cuma saya nak tahu jugak, ape yang buat akak stop berniaga?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 01:16 PM | Show all posts
angahsmart replied at 28-2-2017 11:43 AM
gaji ko banyak ke tak? bini aku dulu keje fulltime jugak. gaji dalam RM3k+. tapi dia benti sebab c ...

gaji aku boleh tahan jugak..tu yang laki aku tak bagi berhenti. Laki aku pun gaji besar dari aku. bisnes makin maju..kadang tak dan..nasib custmer tak cerewet. boleh nego lagi tapi kalau selalu kang imej bisnes tak elok la..tu yang nak fokus bisnes..orang sekeliling cakap kena ikut cakap suami..tapi hati takde untuk keje sekarng..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
angahsmart replied at 28-2-2017 03:41 AM
tima kasih tuan/puan sebab reply.
aku tak amik kiosk, memang amik lot kedai. alhamdulillah sewa d ...

shoplot? masaklah kau. lektrik tak akan kurang RM200 per month.(kalau ada aircon) satu lagi masalah perbandaran dtg check lesen. kalau kedai kau dah naik signboard esok majlis perbandaran dtg tanya lesen. .  tu tak kira nak apply lesen majlis. pemadam api sendiri. pintu belakang kena pastikan berfungsi.

lektrik air atau apa apa bil yang atas nama kedai atau syarikat rate tidak akan sama dengan rate rummah. ada commercial rate.

kalau kedai tu share pastikan jiran sebelah bukan kedai dobi. dia punya bil nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 02:58 PM | Show all posts
gigahertz replied at 28-2-2017 02:18 PM
shoplot? masaklah kau. lektrik tak akan kurang RM200 per month.(kalau ada aircon) satu lagi masala ...

memang sekarang ni tengah dalam proses nak apply lesen. start tahun lepas macam2 hal / undang2 baru. nak up signboard kene ada approval daripada DBP. aku punya da lulus. sekarang tinggal benda2 kecik tu la. pemadam api la, saringan minyak la, pest control. selamat la awal2 meniaga aritu aku memang dah ada amik kursus pengendalian makanan dengan injection thypoid. benda2 camni memang remeh, tapi rasanya boleh je anggap sebagai requirement nak bukak kedai.

pasal bil tu yes, memang nak tak nak kena buat kira2. so dalam sehari tu memang kena ada target minimum sales la. haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.357447 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list