CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4469|Reply: 82

[Tempatan] (Anti klimaks: sepakat damai tiada tindakan #1) Video guru tarik telinga, tendan

[Copy link]
Post time 27-2-2017 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 28-2-2017 08:43 PM

Anti klimaks

Kes Belasah Murid, Kedua-Dua Pihak Berdamai
Published on Feb 28, 2017

SUSULAN kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian di Jitra, Kedah dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial, kedua-dua pihak mengambil keputusan menyelesaikan kes itu secara berdamai di antara pihak yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut, sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Saya dimaklumkan kes itu hanya salah faham kerana berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

“Penuntut dan tenaga pengajar terbabit bagaimanapun bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis,” katanya memetik Harian Metro.

Beliau berkata, disebabkan kes itu tular di media sosial, pihaknya turut menghantar detektif ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa.

Mangsa juga dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengadu pedih di bahagian pipi.

Walaupun begitu, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes tersebut.

Justeru, Abd Hadi menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan kejadian itu sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana kes itu telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, rakaman seorang penuntut pusat latihan perindustrian ditendang dan dikasari tenaga pengajarnya ketika sedang memasukkan gas ke dalam kompresor pendingin hawa, mengundang kemarahan netizen yang mendakwa tindakan tenaga pengajar itu agak keterlaluan. -MYNEWSHUB.CC


Apa nak jadi ni?

Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar
Published on Feb 27, 2017

RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.

Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas pendingin hawa.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga menyebabkan pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa.

Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Netizen di media sosial mempertikaikan guru lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman.

Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. –MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 08:33 PM | Show all posts
Cikgu ni kena rasuk setan ke?? Tetiba mengamuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:38 PM | Show all posts
Ku fikirkan guru sekolah td
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau budak tu pintar n cerdik dia tak msuk sekolah kemahiran la cikgu..adoii la cikgu ni pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pijak kepala cikgu tu pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rakaman baru tau nk hentam cikgu. Selalu murid je dipersalahkan :zz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyall punya cikgu:zz
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kim jong un ke tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 08:49 PM | Show all posts
mohon hantar ke north korea ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini guru ke pengajar?harap x salah paham.kan abis semua guru kena kutuk sat gi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:04 PM | Show all posts
kuang ajaq punya anak haram, budak tu besaq jugak kenapa tak penerajang ja cikgu anak haram tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu ni ntah2 amik batu.. try buat urine test
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya murid tu. Cikgu tu kerasukan ke sampai macam tu sekali hentam pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak tgk budak tu.. cikgu tu tension gado dgn bini. Tu psl angin aje..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-2-2017 08:49 PM
mohon hantar ke north korea ..

Boleh dipertimbangkan    
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 laa kalau nak pukul murid pun.. Mentang2 murid tuh takut nak balas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni di pusat latihan kemahiran awam...
Xleh panggil cikgu...sbb cikgu utk sekolah rend @menegah je kan...
Kene panggil ala2 lecturer atau tutor ni...

Pasti ke? Kot kadang2 senior yg tlg ajarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 27-2-2017 08:15 PM
Apa nak jadi ni?

Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar

Hamagash..xkanlahcikgu buat gitu.ni mesti edit ni..anak murid ni saja je buat2 seksa bebenor.cikgu pendidik bangsa suci murni haruman syurga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu mcm ni meols sokong budak tu or kawan2 bantai cikgu tu balik tanpa ada rasa tkut or kesian hanya semata nk hormat status pendidik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-2-2017 08:49 PM
Ini guru ke pengajar?harap x salah paham.kan abis semua guru kena kutuk sat gi

Haah..btol gak tu...kesian plak kat cikgu2 kena pukul rata nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.288496 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list