CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7160|Reply: 137

[Tempatan] Siti Nursyafieqah miliki tiga hartanah di usia muda

[Copy link]
Post time 27-2-2017 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Siti Nursyafieqah miliki tiga hartanah di usia muda
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 FEBRUARI 2017


Siti Nursyafieqah miliki tiga hartanah di usia muda Siti Nursyafieqah Abu Bakar
SETAHUN lalu, kisahnya pernah menjadi tular apabila gadis berusia 25 tahun itu berkongsi kejayaannya memiliki hartanah pada usia muda.

Ketika usianya 23 tahun, kisah Siti Nursyafieqah Abu Bakar hebat diperkatakan apatah lagi dengan gaji asasnya ketika itu hanya RM1,600 sebulan.

Namun, siapa sangka di sebalik cerita itu sebenarnya terselit satu cerita dia menyekat nafsunya semata-mata untuk melakukan simpanan untuk masa hadapan.

Benarlah kata pepatah, ‘berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’ tepat menggambarkan situasinya suatu ketika dahulu.

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

“Sehinggakan saya pernah dikatakan 'gila'. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya.

Kejayaan yang diperolehnya bukan datang bergolek di hadapan mata, sebaliknya berusaha keras dengan melakukan dua pekerjaan setiap hari sehingga dia berjaya melaksanakan misinya.

Di sebalik kisah tular itu, Siti Nursyafieqah atau lebih dikenali dengan nama Syafieqah Alya di alam maya, dia berkongsi rutin hariannya selepas menerima tawaran bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini.

“Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 ketika awal permulaan kerjaya dan ketika itu usia saya baru mencecah 21 tahun.

“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.

Tambahnya, setiap 24 jam sehari tidak disia-siakan dengan berlibur, tetapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan.

Bahkan dia juga tiada masa untuk pulang ke kampung halaman kerana sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian untuk mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja.

Dia bersyukur, sikapnya yang jimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan sehingga ke hari ini.

“Biarlah apa jua kata orang, yang penting kita pandang ke hadapan. Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah impian ketika umur 23 tahun.

“Saya akui tidak mempunyai masa untuk berlibur kerana melihat kepentingan misi hidup yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Mungkin ramai mengatakan saya seorang anti sosial atau ‘kera sumbang’, namun kata-kata menjadi pembakar semangat untuk berjaya,” katanya.

Tiga tahun berlalu, Syafieqah Alya kini memiliki tiga hartanah bernilai lebih sejuta ringgit dan merancang untuk meneruskan pembelian hartanah pada masa akan datang.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/siti-nursyafieqah-miliki-tiga-hartanah-di-usia-muda-1.634983


kejap lagi LHDN carik ko........  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yang bangga sangat dapat beli rumah?aku lagi bangga kkalau aku dapat berniagga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan sekadar cerita kak hasanah iye
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud aku entah2 anak org kaya. Gaji 1600. ...........:zz
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hartanah2 yang minah ni ada? Yang dia tunjuk kat fb dia, rumah semi d setingkat, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 27-2-2017 09:47 PM
Apa hartanah2 yang minah ni ada? Yang dia tunjuk kat fb dia, rumah semi d setingkat, kan?

tak kisah aaa... yg pasti minah ni tak potpet politik hari2..... tak mengomel mkn nasi lemak rm10 sepinggan kasi viral  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu in the making
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpai xda msa blk kampung?
Org cari duit pn jgn la smpi x igt family dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 27-2-2017 01:41 PM
apa yang bangga sangat dapat beli rumah?aku lagi bangga kkalau aku dapat berniagga

Pprt nya  kau dekk...beli hartanah merupakan satu pelaburan dan pelaburan tu salah satu cabang perniagaan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 27-2-2017 01:53 PM
Andartu in the making

Sis @Changa ada berapa hartanah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:05 PM | Show all posts



Jaga-jaga, banyak biawak hidup duk perati tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:06 PM | Show all posts
Bagus anak muda macam beliau ada kesedaran memiliki hartanah pada usia yang muda.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:07 PM | Show all posts
best aperrr ada property, bila dah ada beberapa property, nak beli property lain yg lebih berharga, boleh jual salah satu property untuk dibuat modal untuk beli property macam kedai yg lebih mahal.....piii laaa kawan dengan real estate agent,banker dan lawyer.

Kadang2 kalau nasib baik ada deal harga runtuh sebab owner rumah atau kedai tuuu ada problem rumah tangga macam nak cerai ke apa, so ada loopholes dalam perjanjian bersama property mereka yg membuatkan harga property tu menarik gilerrr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 mati nanti harta dunia xleh bwk masuk kubo
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:16 PM | Show all posts
ciri2 org berjaya buat duit n penuhkan akaun bank

ciri2 org gagal pot pet kt cari forum  tgk akaun  bank  boleh bergema akaun bank pertengahan bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 10:16 PM | Show all posts
ada stgh org mmg money driven... tahniah la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:20 PM | Show all posts
property tu kira business you laaa, best gilerrrr semua loan bank kereta & rumah sendiri,bil letrik,internet,air etc di cover guna hasil rental tuuu semua.....

gaji langsung tak sentuh langsung bila dah steady rental income tu semua,mula2 jerrr laaa sengsara, kawan2 pun fikir kiterrr ni "anti social", orang pi lepak socialized fine dine segala, you pulak piiii library etc tempat2 yg tak makan belanja besar, kena tahan laaa mentality sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:45 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 27-2-2017 02:06 PM
Bagus anak muda macam beliau ada kesedaran memiliki hartanah pada usia yang muda.

Setuju dengan Spidey. Kegigihan anak muda ni wajar dipuji dan dicontohi. Bahkan cara anak muda ini berjimat untuk memiliki hartanah juga wajar dicontohi. Tak ramai anak muda zaman sekarang berfikiran seperti Nursyafieqah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:49 PM | Show all posts
Edited by tagas at 27-2-2017 10:51 PM

Mati tinggal dek tu sume

ada anak esok pun berebut rete pusaka

baik enjoy2 berjimba

tak perlu menyeksa kan diri
Yg penting free from debt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068235 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list