CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1921|Reply: 24

[Tempatan] Kena gastrik? No problem boh... ambil golok toreh perut sendiri hingga terburai

[Copy link]
Post time 28-2-2017 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 28-2-2017 01:56 PM


Terburai usus

Tidak tahan sakit, lelaki toreh perut
27 Februari 2017

KUALA KRAI - Seorang lelaki cedera parah setelah menikam perutnya sendiri hingga terburai usus dalam kejadian di Kampung Baru Keroh, petang tadi.

Mangsa menikam perutnya dengan golok miliknya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Krai.

Mangsa yang tinggal di  Kampung Keroh dikatakan berbuat demikian setelah tidak dapat  menahan rasa sakit perut dialaminya sejak kebelakangan ini.

Jiran mangsa, Mohd Azhar Azmi,41, berkata, minggu lalu dia membawa mangsa ke Hospital Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan doktor.

Menurutnya,dia simpati dengan jirannya yang mengadu mudah kenyang walaupun makan hanya sesuap nasi.

"Sakit perut yang dialami sejak kebelakangan ini membuatkan dia rasa tidak selesa.

"Dia hanya boleh makan makanan lembut dan dalam kuantiti sedikit hingga membuatkan dia tertekan,"katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, selepas membuat pemeriksaan, mangsa bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana doktor memaklumkan dia hanya menghidap gastrik sedangkan dia sudah tidak dapat menanggung kesakitan.

"Selang beberapa hari selepas itu, dia pergi mendapatkan rawatan alternatif di Pahi bersama jiran. Selepas mendapatkan rawatan, sakitnya tetap tidak pulih," katanya.


Tikam perut sendiri kerana gastrik
27 Februari 2017

KOTA BHARU - Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang buruh berusia 49 tahun yang menikam perutnya sendiri sehingga terburai ususnya dalam kejadian di Kampung Baru Keroh di Kuala Krai di sini, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, melalui maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik.

“Dalam kejadian terbabit, mangsa berada dalam bilik dan mengunci pintu seorang diri manakala anak dan isterinya berada di luar.

"Mangsa menggunakan golok kepunyaan sendiri dan kita turut mengambil senjata itu bagi tindakan lanjut. Melalui hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kediaman mangsa juga tiada elemen jenayah berhubung kejadian itu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan pemimpin kepada lebih 20 pelajar sekolah berkenaan dalam majlis terbabit.

Ab Rahman berkata, mangsa kini dilaporkan stabil di hospital Kuala Krai namun masih tidak sedarkan diri.

“Kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa Dr malas tu....kalau dia pergi Dr lain mesti Dr suruh pergi Hospital buat scan ultrasound bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 01:58 PM | Show all posts
entah2 kena kanser usus kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 01:59 PM | Show all posts
slavehunter replied at 28-2-2017 01:50 PM
Jumpa Dr malas tu....kalau dia pergi Dr lain mesti Dr suruh pergi Hospital buat scan ultrasound baga ...

Jumpalah doktor pakar pasal abdomen, bukan doktor pesakit luar
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 01:59 PM | Show all posts
bhaya sakit gstrik ni...baru2 ni aku kena 4 hari baru hilang.

mula dia attack perut pastu naik ke kepala pastu esoknya tangkap abdomen dan tengah belakang rasa senak..makan skit pun dh ras semput.

syukur alhamdulillah..sebab kita tau sakit tu ujian Allah..terima seadanya..ia akan sembuh sndri
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sam_survivor replied at 28-2-2017 01:59 PM
Jumpalah doktor pakar pasal abdomen, bukan doktor pesakit luar

Betul tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sam_survivor replied at 28-2-2017 01:59 PM
Jumpalah doktor pakar pasal abdomen, bukan doktor pesakit luar

Mana boleh jumpa pakar walk in camtu je. Kena ada surat referral drpd doktor pesakit luar. Prebet pon camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sam_survivor replied at 28-2-2017 01:59 PM
Jumpalah doktor pakar pasal abdomen, bukan doktor pesakit luar

Kt itu kaw kampung luar bandar kak....sejam lebih from kb n boleh jadik berejam2 time cuti kak...selain spital kerajaan tak tau la ada dak klinik leh xray or scan...huhu...spital kerajaan hakak pi beb kali nak br la jumpa doktor pakar kot...
Anyway gastrik mmg sakit...kalo sakit pung badan rs melayang dek asid masid tu..nak tau cuba la....
Tp jate ni buat gini usahkan doktor pakar perut..pakar psikitri pun turun ngk kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 03:00 PM | Show all posts
mak oi..nekad betul
aku nk ketip kuku pun takut kena isi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 03:26 PM | Show all posts
tikam perut sendiri tu kenapa
boleh hilang ke sakit tu
mcam x berakal atau pun jenis panas baran
bru diuji mcam tu da meroyan..


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:17 PM | Show all posts
Dia nak belajar bedah diri sendiri ke macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:28 PM | Show all posts
sebelum doktor belah perut, baik dia belah perut sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:30 PM | Show all posts
Bertindak sebegitu lagi menyusahkan dirinya sendiri.  Kurangnya pegetahuan sebenar pasal sakit yang dihidapinya tu dan apa kekdah rawatan yang sesuai untuknya bolah jadi tekanan buatnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:31 PM | Show all posts
terkena buatan santau orang memang perit dik.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana adik2 akak ni boleh kena gestrik? Mkn APA selalu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:38 PM | Show all posts
Tak pon kau kena santau, yang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 28-2-2017 01:50 PM
Jumpa Dr malas tu....kalau dia pergi Dr lain mesti Dr suruh pergi Hospital buat scan ultrasound baga ...

betul tu, aku yg sakit tang abdomen pi hospital kena  scan x-ray, ct scan dan ultrasound scan. mungkin pasal pakcik ni hospital gomen kut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aku lagi suka check hospital besar gomen
dorang check betul2. kalo g klinik swasta
bagi ubat je. klinik swasta ni rata2 nak duit
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kena gastrik lepas buka puasa.. Sepatutnya buka puasa kena mkn makanan yg ringan2 dulu.. Lp stgh jam atau sejam baru mkn berat. Klu x beringat time berbuka mmg kena lah gastrik mlm tu.. Tak dpt tido.. Sakit sampai ke tulang belakang.. Sampai baring mcm posisi sujud sembahyang menahan sakit. Selalunya keesokan harinya dah pulih sdikit. Tp time sakit tu mmg x dpt nak mkn. Selalunya saya pg jolok mulut keluarkan balik makanan lps berbuka.. Baru lah lega sikit
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gastrik mmg sakit woo..buleh buat org hilang sabar.dh pernah rasa.mmg hazabedah..sampai kena injection sbb ubat biasa mcm gaviscon semua tu dh x jalan.dh inject pun ambik ms nak berkesan ubat tu..sgt serik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.078747 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list