|
Nama pelakon hebat Angelina Jolie bukanlah sekadar aktres yang disegani malah ia merupakan satu jenama yang sangat kuat dan mempunyai pengaruh tersendiri.
Oleh itu, tidak hairanlah dengan susulan kisah perpisahannya dengan Brad Pitt yang dilabel sebagai sangat 'berprofil tinggi' melebarkan lagi popularitinya sehingga dipilih sebagai wajah baru untuk sebuah jenama minyak wangi mewah dari Perancis, Guerlain.
Diasaskan sejak 1828, Guerlain Parfumeur mengumumkan aktress Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi, Angelina Jolie sebagai icon untuk minyak wangi wanitanya, Mon Guerlain.
Memetik laman star2, kedua pihak telah bersetuju untuk berkolaborasi sejak Disember 2015 lagi.
Jolie, 41 sebelum ini pernah berkongsi kisah bagaimana Guerlain mengingatkannya tentang bedak yang pernah dipakai oleh mendiang ibunya ketika Jolie masih kecil.
Minyak wangi itu akan dilancarkan bulan Mac ini dan paling menakjubkan, Jolie akan mendermakan keseluruhan keuntungan dari jualan minyak wangi berkenaan kepada badan kebajikan. Wow! - CARI
Foto: Carian Internet
|
|