CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3873|Reply: 25

[Tempatan] mampukah Gila-Gila gemilang semula?

[Copy link]
Post time 28-2-2017 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Semua pesaing terkubur, mampukah Gila-Gila gemilang semula?




KUALA LUMPUR, 28 Feb — Hampir empat dekad berdiri, Gila-Gila berjaya muncul sebagai majalah humor paling lama bertahan, bukan hanya di Malaysia tetapi di Asia Tenggara.
Meski pernah dicetak 300,000 naskhah di kemuncak kehebatannya pada pertengahan 1980-an, majalah yang diinspirasikan daripada Mad kini bergelut untuk mengekalkan kelangsungannya.

Walau Gila-Gila yang dipimpin kartunis dan pelukis tersohor Jaafar Taib berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya Geli Hati, Batu Api dan Ujang, ia kini dicetak tidak sampai 30,000 naskhah.
Ia semacam terperangkap antara mengekalkan identiti lama yang pernah menjulang kejayaannya atau mencari imej baru, bakat baru dan mengembangkan khalayak pembaca.  
Diterbitkan sebulan sekali mulai 1 April 1978, sebanyak 9,000 naskhah sehingga edisi kesebelas, Gila-Gila menambah keluaran kepada dua kali sebulan atas permintaan tinggi peminat.
“Saingan [terawal] Gila-Gila majalah Geli Hati pada tahun 1979 sehinggalah majalah itu tutup pada 1998 kerana kegawatan ekonomi,” kata editor barunya Ronasina kepada ProjekMMO.



“Tetapi pertengahan 1980-an muncul Batu Api, saingan yang hampir menyamai Gila-Gila kerana konsep satiranya. Selepas Geli Hati, keluar pula Batu Api pada tahun 1984.”
Namun, dua majalah ini tidak menggugat produk Creative Enterprise itu selama dua dekad sehinggalah muncul Ujang yang membawa satira generasi baru pertengahan 1990-an.
“Ketika Batu Api tutup dan [kartunisnya] pulang semula kepada Gila-Gila, pada itu [kartunis popular] Ujang keluar dan membuka majalah Ujang,” kata Ronasina, nama glamor Mohd Affandi Ramli, baru-baru ini.
Ujang bukan sahaja jadi pencabar terdekat tapi berjaya mencipta fenomena, menewaskan Gila-Gila hingga dalam tempoh 20 tahun orang lupa konsep satira humor Gila-Gila.”
Keengganan Gila-Gila mengikut trend semasa, sewaktu berdepan lambakan komik Hong Kong dan Jepun dan kemunculan internet, memburukkan lagi prestasi majalah itu.
“Tetapi Gila-Gila kekal sampai sekarang kerana komik ini sendiri yang mempunyai ciri Malaysia dan kemelayuan, tetapi [mengekalkan imej] itu cabaran yang sangat getir,” kata Ronasina, 43, yang mengikuti majalah itu sejak berusia belasan tahun.
Kartunis itu, yang pernah menerbitkan Gedung Kartun bersama Zunar, mengakui bukan mudah mengembalikan kegemilangan Gila-Gila terutama berdepan industri penerbitan yang kian tenat.
“Orang beli Gila-Gila dulu melalui agen [pengedar]. Apabila agen hendak pergi Kelantan, ada banyak majalah dalam satu lori, [tetapi] sekarang operasi dikecilkan sebab banyak majalah tutup.
“Jadi, ia memberi kesan pada pengedaran Gila-Gila, inilah antara kesan trend [industri media cetak] yang berubah kini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangsar Utama di sini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2017 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:21 PM | Show all posts
kaktom membesar zaman  majalah gila2 ini popular, waktu itu kurang bacaan2 yang menghiburkan setelah penat belajar subjek sekolah. sekarang bukan zaman majalah, la zaman berhibur di internet.

jadi, agak sukar untuk majalah ini untuk 'kita bolos saja dinding itu.'



Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:36 PM | Show all posts
iols suka gila2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:46 PM | Show all posts
abang pestol is back!!!


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang ni ada bekazon ke apa tah. nampak kat fb ari tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 05:15 PM | Show all posts

bukan dia selalu panggil diri dia abang lokman ke si pestol ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:18 PM | Show all posts
suka gila2 ni..antara komik tempatan yang aku suka selepas ujang...ujang sekarang pun dah xde..sedih..sebab aku jenis tak suka baca benda2 heavy lepas keje..nak baca yang ringan2 tuk otak aku ni..baca heavy ikut mood je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 05:27 PM | Show all posts
budak2 skrg cari hiburan kt intenet jah..duk hadap fb meran, sultan melaka dan page troll yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
URTV, Mangga ada lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:30 PM | Show all posts
cepheid replied at 28-2-2017 05:15 PM
bukan dia selalu panggil diri dia abang lokman ke si pestol ni

mmg pun
tp ttp nk panggil die abg pestol


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gila2 dia jual novel jgk. profesor serba taw
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:40 PM | Show all posts
matchstick replied at 28-2-2017 05:27 PM
budak2 skrg cari hiburan kt intenet jah..duk hadap fb meran, sultan melaka dan page troll yg lain

betul tu, jadi pada kaktom lebih menguntungkan mereka kalau bukak kilang jahit baju tudung langsir dan kemudian dijual di fb, lazada, 11street.
macam yang kaktom tengah usahakan sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
better start dgn harga yg reasonable..nipis sikit pon xpe..rm4 ke misalnya..ni terus2 rm6.50..zaman ekonomi x seberapa ada ni..payah la skit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka Jungle Joke , Lagak A Mahmud , Dan Din Don....kartun tanpa dialog Aza tu pun best gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik gila-gila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 28-2-2017 09:48 AM
better start dgn harga yg reasonable..nipis sikit pon xpe..rm4 ke misalnya..ni terus2 rm6.50..zaman  ...

aku tak setuju. bagi aku gila gila harga dah ok (tapi aku x beli pun )
cuma dari segi platform nak jual @ letak barang kena ubah. kena direct sales macam lazada ,11street. mudah.my

tibai harga RM 10 pun ok. tapi bayar pakai debitkad/kredit kad la. kalau nak walk in org bayar cash mmg tak akan orang beli.
lepas tu kena join market cenderhati macam baju,kitchen, topi etc etc. ....

kalau pihak gila gila nak consutant boleh PM aku. free aku beri. aku tak berapa suka nama yang dah 4 dekad mampus macam tu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:23 PM | Show all posts
Mengenang nostalgia lak, zaman kecil dlu smbil tunggu nk berbuka bca mjlh nie dgn ujang

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bumper raya taun 92 yg paling aku ingat..asal usul nama juadah raya...
Gila2 ni bagi aku yg best is tiga dara pinggitan..pastu 90 an ke atas ada jaki jipang...tu pn aku layan
Sama gak ngan ujang..lukisan gayour...suka gila aku...n aku budak blues ke apa...lukisan dia jadi fenomena..sampai stiap tshirt yg jual kat u aku dulu mesti tiru lukisan aku budak blues tu..
Sayangnya kalau berkubur..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tau kat mana nak beli komik citer Abe... Ala yg ada watak nama abe dan budak terencat tu.. Smpi skang aku cari tak jmpe
Nak beli Sbb nk buat koleksi.. Citer tu best
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070858 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list