CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1994|Reply: 14

tatacara mandi dan melihat aurat sendiri ( sorry i blushed sikit )

[Copy link]
Post time 28-2-2017 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 28-2-2017 06:05 PM

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-179 : HUKUM BERTELANJANG DAN MELIHAT AURAT SENDIRI
Ditulis oleh Mustakim bin Mahamood @ FauziDiterbitkan: 28 Februari 2017




















sumber  asal :
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1464-irsyad-al-fatwa-siri-ke-179-hukum-bertelanjang-dan-melihat-aurat-sendiri


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2017 06:02 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-2-2017 08:15 PM

Soalan:

Mohon penjelasan mengenai mandi dalam keadaan bogel / tanpa seurat benang/ kain basahan (edited - sebab telanjang tu  agak 'crude bunyinya').

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 06:03 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-2-2017 08:17 PM

Jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله


  • Aurat lelaki bila apabila berada berseorangan adalah qubul dan duburnya.
  • Manakala wanita aurat mereka ketika berseorangan adalah antara pusat dan lutut.
  • Walaupun dalam keadaan berseorangan, seseorang itu tidak boleh bertelanjang atau membuka auratnya tanpa ada sebarang keperluan atau hajat.

Termaktub dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (24/176):

Seperti mana wajib untuk menutup aurat daripada pandangan manusia, maka wajib juga menutup aurat ke atas seseorang yang bersendirian, yakni ketika berada di tempat yang sunyi daripada pandangan manusia.
  • Para ulama yang berpendapat dengan hukum wajib ini adalah ulama mazhab Hanafi mengikut pendapat yang sahih, ulama Syafiiyyah dan Hanabilah.


  • Manakala berkata ulama mazhab Maliki: “Sunat hukumnya menutup aurat sendiri ketika bersunyian, menutup ini adalah dituntut sebagai sikap malu kepada Allah Taala dan para malaikat-Nya.”


Mereka yang berpendapat wajib pula berkata: “Sesungguhnya diwajibkan menutup aurat (walaupun ketika bersendirian) itu berdasarkan arahan untuk menutup aurat itu bersifat mutlak, dan juga kerana Allah Taala itu lebih layak seseorang itu malu terhadap-Nya, seperti hadis Bahz bin Hakim daripada ayahnya, daripada atuknya, berkata: Aku bertanya: “Wahai Utusan Allah! Aurat kami ini siapa yang boleh lihat dan siapa yang perlu kami awasi?” Sabda Rasulullah SAW: “Peliharalah aurat kamu, melainkan daripada isterimu atau hamba sahayamu.”

Sahabat itu bertanya lagi: “Jika lelaki ketika bersama dengan lelaki?” Baginda menjawab: “Jika engkau mampu agar tidak dilihat aurat oleh seorang pun, maka hendaklah engkau lakukan.” Sahabat itu bertanya lagi: “Jika seorang lelaki itu bersendirian?” Sabda baginda: “Maka Allah lebih berhak untuk seseorang itu malu terhadap-Nya.”

Justeru menutup aurat ketika bersendirian itu adalah dituntut melainkan jika terdapat hajat, seperti mandi, menyejukkan badan dan seumpamanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 06:03 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-2-2017 08:18 PM

NABI MUSA AS MANDI DALAM KEADAAN TIDAK BERPAKAIAN DI TEMPAT YANG JAUH DARIPADA ORANG RAMAI.

Rasulullah  SAW bersabda:

Mafhumnya,  “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa alayhissalam mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata : ’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”. HR al-Bukhari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 06:03 PM | Show all posts
Ibn al-Batthal mengatakan dalam syarah Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 392:

“ Adapun mandian yang dilakukan Bani Israel dalam keadaan telanjang dengan melihat di antara satu dengan yang lain, maka ia menunjukkan mereka menderhakai Musa pada perkara tersebut, tidak mengikut sunnahnya kerana baginda mandi sekira-kira tiada orang yang melihat kepada baginda dan mencari kawasan yang tiada orang. Padahal wajib mereka mengikutnya pada perbuatan tersebut. Walaupun perbuatan mereka mandi telanjang ketika berseorangan di bawah pengetahuan Musa dan dia memperakuinya. Namun tidak wajib kita mengikutinya kerana dalam syariat kita hendaklah menutup aurat daripada ditonjolkan aurat pada mata-mata manusia. Ia adalah fardhu ke atas kita. Manakala menutupnya (aurat) dalam keadaan berseorangan adalah baik bukan wajib”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 06:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-2-2017 08:18 PM

NABI AYUB AS MANDI TANPA SEURAT BENANG.

Sabda Nabi SAW:

Mafhumnya, “Sewaktu Nabi Ayyub alayhissalam mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyab, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan pemberianMu.” HR al-Bukhari

Ibn al-Muhallab berkata :

“ Dalam hadith Musa dan Ayub adalah dalil keharusan bertelanjang ketika berseorangan untuk tujuan mandi dan sebagainya , sekira-kira tenteram daripada mata-mata manusia kerana Ayub dan Musa adalah antara manusia yang diperintahkan kita agar mengikut petunjuk mereka” lihat Syarah Sahih al-Bukhari karangan ibn al-Batthal.

Dalil keharusan di atas adalah berdasarkan syarak umat sebelum kita (بشرع من قبلنا).

Ibn Hajar mengatakan :

“Kesimpulannya, hukum sesiapa yang mandi tanpa sebenang urat (telanjang) sekiranya dia berada di tempat yang tersembunyi dan tidak dilihat oleh sesiapapun yang diharamkan ke atasnya melihat aurat orang tersebut, maka halal baginya untuk melakukannya. Tetapi yang afdhal adalah menutup auratnya kerana segan atau malu dengan Allah taala. Jika dia mandi sekira-kira dapat dilihat oleh seseorang maka haram orang tersebut melihat auratnya dan wajib ke atasnya menutup auratnya daripada orang tersebut secara ijmak sebagaimana diriwayatkan”. Lihat dalam Mirqaat al-Mafatih Syarah li Misykaat al-Masabiih, jilid 2 halaman 368.

Imam al-Nawawi dalm kitabnya al-Majmu`, jilid 2 halaman 197:

“ Inilah mazhab kita (harus mandi telanjang). Dan Qadhi ^Iyadh menukilkan daripada mejoriti ulama tentang keharusan mandi dalam keadaan telanjang ketika berseorangan”.

Antara adab yang perlu dijaga oleh seorang yang ingin mandi tanpa sebenang urat pun adalah sebagaimana disarankan oleh sebahagian fuqaha:

“ Sesiapa yang mandi tanpa sebarang pakaian (telanjang) disunatkan ketika menanggalkan pakaian mengucapkan “ Dengan nama Allah, tiada yang berhak disembah melainkannya” kerana ia mampu menutup seseorang daripada terkena panahan mata-mata jin”. Perkara ini disebut oleh al-Dimyathi dalam kitabnya I`anah al-Talibin, jilid 1 halaman 97.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2017 06:04 PM | Show all posts
Kesimpulan

Berdasarkan keterengan di atas jelaslah bahawa membuka aurat dalam keadaan berseorangan adalah :

Haram : jika tiada keperluan atau hajat tertentu.
Harus : jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (mengilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian.
والله أعلم وأحكم
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-2-2017 06:04 PM
Kesimpulan

Berdasarkan keterengan di atas jelaslah bahawa membuka aurat dalam keadaan berseoranga ...

Yang tak berakal mcm mana? Haram jugak ke kalau telanjang?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-2-2017 06:04 PM
Kesimpulan

Berdasarkan keterengan di atas jelaslah bahawa membuka aurat dalam keadaan berseoranga ...

Kalau mengendap orang mandi, hukumnya apa? boleh attach di page ini tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
thank u, tt.. good info..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
thanks tt.
first, aku gugel qubul.. maksudnya, kemaluan bahgian depan (kpd yg x tau mcm aku)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 04:33 AM | Show all posts
mziskandar replied at 2-3-2017 02:09 AM
thanks tt.
first, aku gugel qubul.. maksudnya, kemaluan bahgian depan (kpd yg x tau mcm aku)

tak pe ...layman's term kat sini pun  guna: front passage , back passage.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
time trim aku x brani x tengok bagi mengelakkan kesilapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 04:39 AM | Show all posts
mziskandar replied at 2-3-2017 04:36 AM
time trim aku x brani x tengok bagi mengelakkan kesilapan.

pardon? time trim tu ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 04:41 AM | Show all posts
mziskandar replied at 2-3-2017 04:36 AM
time trim aku x brani x tengok bagi mengelakkan kesilapan.

actually menarik jugak ni article ni , opportunistic learning dari aspek pragmatik ( kelakuan ) bahasa.

kan bahasa Melayu kaya dengan bahasa kiasan ke  org panggil euphemism ?

so air kecil
buang air = tu euphemisim

qubul atau dubur tu  

first time i terjumpa  istilah ni masa belajar  perkara perkara batal wuduk hehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.703714 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list